7/23/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:40 am
Petang itu, adik ipar saya memaklumkan bahawa keluarga jirannya di Taman Seri Telawi menghadapi gangguan pontianak. Saya difahamkan pontianak tu ‘mengikut’ salah seorang anak jirannya yang baru sahaja balik dari menyertai kem motivasi di sebuah perkampungan tradisional. Menurut ceritanya, pontianak tu berkeliaran di dalam rumah sehingga dia dan anak-anaknya takut untuk turun ke tingkat bawah rumah selepas jam 10 malam. Tambahan pula, suaminya tiada di rumah sebeb menjalankan tugas di Sarawak.
Pontianak tu menampakkan dirinya sebagai seorang perempuan berpakaian serba putih, berambut panjang tetapi menyembunyikan wajahnya. Anaknya memberitahu, dia pernah terserempak dengan pontianak tu duduk di sofa ruang tamu, di dapur dan di tepi tangga. Wah, meremang juga bulu tenguk dibuatnya.
Saya tiba di rumah Puan F jam 10.15 malam. Dia dan anak-anaknya dah berkumpul di tingkat atas, tak berani turun ke tingkat bawah, sehinggalah saya sampai barulah mereka semua turun ke tingkat bawah. Niat saya malam tu sama ada nak tangkap, halau atau bunuh pontianak tu. Saya minta bantuan salah seorang anak Puan F yang pernah terserempak dengan pontianak tu untuk membantu menjayakan misi saya kali ini. Allah ilhamkan kepada saya untuk menggunakan teknik TKR untuk memburu Pontianak tu.
Saya: Sekarang kamu berdiri di ruang tamu dan scan dengan tangan. Apa yang kamu dapat ‘lihat’ sekarang?
Arif : Saya nampak macam asap di sudut ruang tamu ni.
Saya: Ok, kamu musnahkan dengan ayat yang saya bekalkan tadi. Hembus kuat-kuat dengan menyebut ‘Allahu akbar’.
Arif: Dia lari ke tingkat atas, ustaz.
Saya: Kamu kejar dia, cari di mana dia nak sembunyi.
Arif: Dia ada kat bilik mama. (Saya minta Arif musnahkan dia)
Arif: Dia dah lari ke bilik saya pulak. (Saya minta Arif hapuskan dia dan akhirnya Pontianak tu ghaib)
Saya: Scan lagi…..turun semula ke tingkat bawah. Mungkin dia dah turun tangga.
Arif: Betul, ustaz. Dia ada kat ruang tamu ni. Betul-betul di hadapan saya.
Saya: (Pasung Pontianak tu dengan 4 Yaasin) Baik….niat bakar dia dengan kalimah Allah. Hembus kuat-kuat kea rah dia sambil bertakbir.
Arif: Dia dah terbakar dah.
Saya: Alhamdulillah…..Allah bantu mudahkan urusan kita.
Akhirnya, saya pagar rumah Puan F mudah-mudahan gangguan itu tidak berulang lagi. Amiiiin.
7/20/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 12:54 pm
Apabila disebut je jin sihir...memang tergambar tentang kejahatan, kekejaman, kezaliman, penganiayaan, dan semua la istilah yang merujuk kepada kedurjanaan amalan sihir ni. Kebanyakan sihir akan melibatkan mangsa sihir, barang sihir, pengupah alhi sihir, ahli sihir dan jin sihir. Sebab tu, rawatan melibatkan kes sihir lazimnya memakan masa yang lama. Ada yang berbulan-bulan dan ada yang bertahun-tahun lamanya. Perawat kena sabar....lebih-lebih lagi la pesakit....memang kena banyak bersabar dengan ujian yang Allah datangkan. Pujuk la hati tu agar redha dengan ketentuan Allah. Kan ujian Allah tu tanda kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya. malah, ujian yang ditimpakan tu sebagai penghapusan dosa dan peningkatan darjat di sisi Allah. Pahala sabar yang Allah beri tu akan diperlihatkan di akhirat nanti. Kira macam simpanan atau pelaburan kita la. Terperanjat nanti kita tengok modal termasuk dividen sabar tu bila ditunjukkan kepada kita di akhirat. Jadi......banyak-banyak la bersabar dengan ujian Allah. Kitra patut bimbang kalau Allah tak uji kita dalam hidup ini. Takut-takut kita ni Allah tak pedulikan. So, mari kita banyakkan istighfar dan muhasabah diri ye....
Puan B, pesakit saya ni dah disihir sejak 8 bulan yang lalu....daripada cerapan saya dia ni kena sihir pemisah juga la. Semua jin sihir yang dikirim kepadanya membawa misi bunuh. Tapi, berkat kesabaran, kesungguhan dan kekuatan jiwa Puan B untuk berubat, sehingga kini Puan B masih mampu bertahan. Saya mula merawat Puan B sejak akhir bulan April yang lalu. Alhamdulillah.... nampak la dengan izin Allah perubahan demi perubahan positif yang berlaku pada dirinya. kalau sebelum ni dalam sehari 2 hingga 3 kali kena serangan. Sekarang ni dah dapat dikurangkan, 2 hingga 3 minggu baru kena serangan.
Amalan wirid dan bacaan ayat-ayat tertentuyang diijazahkan oleh guru saya kongsikan untuk rawatan Puan B. Alhamdulillah....Puan B memang mengamalkan apa-apa sahaja yang saya sarankan sungguh-sungguh. Kesannya memang ada.....Jin-jin sihir yang sebelum ini memang ganas dan agresif dah mula bertukar 'nada'. Apabila masuk sahaja ke dalam tubuh Puan B, jin-jin ni mula pening, kepanasan dan rasa tak selesa. mereka lupa misi dan visi yang telah diarahkan. Beberapa sesi dialog dengan jin-jin ni memang meyakinkan saya bahawa jin-jin ni telah berpaling tadah. Mereka jadi insaf, mohon maaf, dan simpati pulak kepada pesakit. Malah mereka sendiri yang merayu agar dibebaskan segera atau rela mati daripada terus 'tersiksa' dalam tubuh Puan B atau menjadi hamba ahli sihir semula. Ada juga jin sihir yang mengakui, kalau semua jin yang akan dihantar tu tahu apa yang akan berlaku, mesti mereka tak akan sanggup ikut arahan dan telunjuk ahli sihir durjana tu.
Pelik tapi benar....tapi itulah hakikatnya. apabila datang kebenaran (hak) daripada Allah, akan musnahlah kebatilan...sebab kebatilan adalah sesuatu yang pasti akan musnah. Kita hanya berikhtiar....Allah jua yang mengizinkannya....SubhanaLLAH.
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 12:15 pm
Saya pun tak ingat entah sesi ke berapa rawatan ke atas kak long, anak sulung Puan Umi. Gangguan jin sihir dan saka yang ada pada dirinya sentiasa bersilih ganti. Setiap kali dapat dihalau keluar (dengan izin Allah), ada saja ‘pendatang-pendatang baru’ yang mengambil tempat. Minat betul ‘mereka’ pada kak long agaknya, hehehe. Cuma yang kesiannya, apabila kak long menghadapi gangguan, aktiviti hariannya sebagai pelajar tingkatan 4 turut terjejas. Punya la lama tak hadir ke sekolah akibat gangguan, sehingga pihak sekolah mengambil tindakan buang sekolah ke atas kak long. Saya turut bersimpati dengan nasib kak long. Dia bukan suka-suka atau saja-saja nak ponteng sekolah. Dah kaki tu tak dapat nak melangkah ke sekolah dek gangguan…lagipun kak long tergolong dalam kategori ‘budak pandai’. Otaknya memang cair dan mudah menerima pelajaran. Harap pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran bertimbang rasa la sikit terhadap masalah pelajar ini.
Rawatan ke atas kak long kali ni saya fokuskan kepada teknik TKR (Teknik Kembara dan Rawat). Saya rasa gangguan yang berlaku terhadap kak long bukan sahaja berpunca daripada diri dia semata-mata, malah rumah yang diduduki oleh kak long dan keluarganya juga mungkin menjadi faktor penyumbang. Sekilas pandang saya dapati rumah tu pun ‘bermasalah’. Tak putus-putus doa saya agar dimudahkan rawatan malam itu. Saya terangkan mengenai sesi rawatan malam tu kepada kak long, ibu da ayahnya agar mereka faham dan dapat berikan kerjasama. Setelah saya bacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan beberapa potong ayat Quran, saya terus minta kak long memejamkan mata dan ‘lihat’ dengan pandangan mata batin apa yang ada di dalam rumahnya. Maknanya malam itu saya bawa kak long mengembara sambil ‘membersihkan’ gangguan yang ada dalam rumah.
Saya : Sekarang saya nak kak long berdiri di pintu masuk ke ruang tamu ye. Apa yang kak long dapat ‘lihat’ sekarang?
Kak long : Ye ustaz. Nampak satu lembaga hitam berdiri di sudut kiri sebelah pintu masuk ni.
Saya : Ok, saya akan bekalkan ayat-ayat pembakar, pemusnah, pancung dan pukul apa sahaja gangguan yang kak long nampak, ye. Tadah tangan sekarang, kak long. (Saya pun bacakan ayat-ayat tersebut dan tiup ke tapak tangan kak long sebagai ‘senjata’ ampuh sepanjang pengembaraannya tu). Sekarang kak long halakan tapak tangan kea rah lembaga tu, niat musnahkan dia dan tiup dengan hembusan nafas yang kuat.
Kak long : Ha, lembaga tu dah lenyap ustaz.
Saya : Alhamdulillah…sekarang teruskan pengembaraan sambil scan kawasan ruang tamu rumah ni.
Kak long : Saya nampak patung diletakkan atas kabinet hiasan tu. (Zahirnya tak de patung pun)
Saya : Mmm…kak long musnahkan patung tu sekarang….
Kak long : Ha…dah hancur dah ustaz.
Dalam sesi TKR malam tu, kak long diperlihatkan dengan pelbagai entity jin yang menyerupai lembaga hitam berbulu lebat, harimau, bebola hitam, buaya, pohon merah yang berduri bisa, burung helang, toyol, dan sebagainya. Alhamdulillah, semua dapat dibakar dan dimusnahkan secara kerohanian dengan izin Allah. Jam 1.30 pagi saya tamatkan sesi TKR dan yang terakhir saya keluarkan gangguan yang ada dalam diri kak long (dengan izin Allah). Bagi saya kak long ni budak berani. Sedikit pun dia tak gentar dengan pandangan-pandangan objek serta makhluk yang menakutkan itu. Steady je dia musnahkan satu persatu. Bukan calang-calang orang mampu buat macam tu tau. Ramai pesakit saya walaupun dewasa yang tak sanggup buat TKR sebab takut dan trauma bila tengok jin.
Saya doakan kak long dan keluarga dapat melalui kehidupan yang lebih aman, tenang, dan ceria tanpa gangguan selepas ini. Semoga Allah bantu mereka sekeluarga. Segala-galanya adalah ketentuan dan keizinan Allah jua.
7/06/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 10:34 am
7/02/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
15 comments | 11:37 am
Saya masih ingin kongsikan dengan anda mengenai kelebihan ayat-ayat salamun (keselamatan) ni. Harap dapat la dimanfaatkan ilmu yang dicungkil daripada amalan guru-guru tua yang semakin menipis dalam kehidupan generasi era millenium ni. Ini pun saya petik daripada blog rakan perawat Ust Rosdi Putrajaya. Semoga ada keberkatannya demi kesejahteraan hidup kita di dunia dan di akhirat....Insya-ALLAH.
3 Salamun
بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلامًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ (٦٩) سورة الأنبياء
سَلامٌ قَوْلا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ (٥٨) سورة يس
سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (٥) سورة القدر
Khasiat 3 Salamun ialah untuk megurangkan panas api terutamanya untuk suri rumah atau tukang masak di hotel, restoren atau juga untuk mereka yang terlibat dengan industri yang melibatkan api seperti petronas, arang batu, kayu api dan lain-lain.
7 Salamun
7 Salamun itu sendiri banyak versi yang ada. Juga tidak menjadi masalah, asal jelas dengan hakikat salam itu. 7 Salamun versi ini (berasal dari Ustaz Wan Asrul telah diuji oleh Al-Muallij Faizal dari Akrine. Menurutnya, kaedah tikam dan tembak yang diperolehi dari AKRINE, halakan jari telunjuk pada tempat jin duduk kemudian baca 7 Salamun, jika ia bergerak hala terus ke mulutnya, insya Allah jin akan keluar.
بسم الله الرحمن الرحيم
سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ Yassiin:058
سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ Ash-Shaaffaat:109
سَلَامٌ عَلَى نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ Ash-Shaaffaat:079
سَلَامٌ عَلَى مُوسَى وَهَارُونَ Ash-Shaaffaat:120
سَلَامٌ عَلَى إِلْ يَاسِينَ Ash-Shaaffaat:130
سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ Az-Zumar:073
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِAl-Qadr:005
Terdapat versi khusus untuk sihir dan saka iaitu:
7 Salamun
Versi 7 salamun ini ditambah dengan selawat sulaiman. 7 Salamun versi ini digunakan untuk sihir, santau, susuk, sihir dan saka. Versi ini adalah dari Muallij Mustaqim. Ijazah terbuka untuk semua dan ijazah khusus hanya untuk mereka yang telah menghadiri seminar Muallij Islamiah kerana ijazah khusus menjelaskan lebih detail cara penggunaannya.
سَلَامٌ قَوْلًا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ Yassiin:058
سَلَامٌ عَلَى نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ Ash-Shaaffaat:079
سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ Ash-Shaaffaat:109
سَلَامٌ عَلَى مُوسَى وَهَارُونَ Ash-Shaaffaat:120
سَلَامٌ عَلَى سُلَيْمَانَ فِى الْعَالَمِيْنَ selawat sulaiman
سَلَامٌ عَلَى إِلْ يَاسِينَ Ash-Shaaffaat:130
Al-Qadr:005 سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Semoga dengan pendedahan Ayat Salamun ini, maka ilmu yang terpencil sekian lama ini akan menjadi universal serta amalan harian bagi umat Islam di dunia ini, insya Allah.
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 11:05 am
Assalamualaikum wbt... Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, serta selawat dan salam diaturkan buat junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda.
Dalam usaha untuk menambahkan info dalam blog ini,sekadar bicara seorang yang jahil lagi daif ini semata-mata ingin berkongsi pengalaman kepada perawat dan pesakit.
Kali ini saya hanya ingin berkongsi pengalaman rawatan dan sering digunakan semasa merawat pesakit.. TEKNIK BASMALLAH 21 ini merupakan satu kaedah paling mudah untuk mengetahui gangguan pesakit. Sekiranya pesakit hadir kepada anda.. berikan air rawatan sebelum melakukan teknik ini.
Dalam usaha untuk menambahkan info dalam blog ini,sekadar bicara seorang yang jahil lagi daif ini semata-mata ingin berkongsi pengalaman kepada perawat dan pesakit.
Kali ini saya hanya ingin berkongsi pengalaman rawatan dan sering digunakan semasa merawat pesakit.. TEKNIK BASMALLAH 21 ini merupakan satu kaedah paling mudah untuk mengetahui gangguan pesakit. Sekiranya pesakit hadir kepada anda.. berikan air rawatan sebelum melakukan teknik ini.
Kaedahnya menggunakan TEKNIK BASMALLAH 21 ini :
1. Niat
2. Baca Basmallah...
3. Tarik nafas panjang melalui hidung.
4. Hembus melalui mulut
*lakukan sehingga 21 kali.... ( tetapi niat hanya sekali sahaja )
Tanda tanda ada ganggguan selepas membaca Basmallah...
1. Terasa ada pergerakan dalam badan.
2. Pening kepala
3. Sakit perut
4. Sesak nafas
5. Kebas : tangan dan kaki
6. Terasa panas... badan, tengkuk, tangan dan hujung kaki.
7. Sakit : bahu, pinggang, lutut
8. Kerasukan
*PERHATIAN : sekiranya pesakit yang kritikal hendak melakukan kaedah ini pastikan ada perawat, waris atau sekurang-kurangnya sahabat lain di sampingnya.
Daripada pengalaman saya, kaedah ini boleh dijadikan NIAT antaranya :
1. RACUN / BAKAR / AZAB
2. PECAH SARANG JIN DALAM BADAN
3. SCANNING
4. PENAWAR
Cara niatnya :
baca Ta'awuz....kemudian "... dengan izin-Mu YA ALLAH... (guna niat di atas) racunlah jin yang duduk dalam badan ku ini ATAU jadikanlah ia penawar ( sekiranya untuk menghindarkan kesakitan )
InsyaALLAH dengan keizinan-Nya, ini adalah salah satu kaedah memudahkan proses rawatan anda dan pesakit.. pesakit yang tidak kerasukan boleh merawat sendiri di rumah disamping amalan untuk mencari keredhaan Allah.
*Dikongsikan daripada sahabat saya, Ustaz Faizal Ambak.
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 10:39 am
Assalamualaikum.....
Mohon maaf banyak-banyak ye sebab lama betul tak 'update' blog ni. Nak kata sibuk, tak la sibuk sangat, cuma kesempatan untuk menghadap komputer agak terhad.
Kali ni nak kongsi pengalaman saya melayani karenah pesakit. Ada la suatu petang tu, sambil duduk berehat-rehat menanti masuk waktu Maghrib, satu panggilan diterima daripada seorang surirumah dari Port Dickson. katanya dia dapat nombor telefon saya daripada rakannya di Gombak. Soalan pertamanya nak panggil saya apa....ustaz ke encik? Saya kata panggillah apa-apapun yang dia rasa selesa. Jadi dia panggil saya encik la.....amboi, formal betul!
Soalan cepu emas seterusnya daripada surirumah ni sama ada saya boleh keluarkan jin ke tidak? Saya kata saya tak mampu keluarkan jin, doakan je boleh la.Bila saya tanya dah cuba rujuk ke kepada perawat yang lain? Dia kata dah jumpa Hj Lokman kat UIA dan Ustaz Sharhan serta Darus Syifa. Semua perawat tu pernah masuk TV katanya. Nadanya agak kecewa bila saya kata saya tak pernah pun masuk TV sebab dia mengharapkan saya juga begitu.
Saya cadangkan dia teruskan je rawatan dengan mereka tetapi dia merungut-rungut sebab masih belum menerima rawatan. Kena daftar dulu dan tunggu giliran. Saya kata memang prosedurnya macam tu. Tambahan pula nak dapatkan rawatan daripada perawat-perawat ternama ni bukan senang....kena la sabar. Sementara tu, buat la amalan untuk rawat diri sendiri seperti baca ayat-ayat manzil, banyakkan zikir dan solat-solat sunat.
Waktu tu, akak tu dah mula emosional. Katanya berapa lama lagi dia kena tunggu? Kalau makin teruk nanti siapa nak tanggung? Lagipun jin yang kacau dia tu memang jin yang 'high class', bukan senang nak keluar. Akak tu cuba desak saya untuk rawat dia dan keluarkan jin tu segera. Saya bukan menolak, tetapi biarlah dia bereskan rawatan dengan perawat yang ditemui sebelum ini. Lagipun pendaftaran dah dibuat. Adab rawatan pun kena dijaga juga. Cuma perlu banyak bersabar sehingga sampai giliran kita.
Agaknya sebab terlalu bengang dengan saya, akak tu kata, patut la ramai pesakit dari Negeri Sembilan 'lari' ke KL cari perawat yang hebat-hebat di sana. Rupa-rupanya di Negeri Sembilan tiada perawat yang betul-betul mahir dalam rawatan Islam. Kalau anda berada di tempat saya.....bagaimana perasaan dan pendirian anda...?
Mohon maaf banyak-banyak ye sebab lama betul tak 'update' blog ni. Nak kata sibuk, tak la sibuk sangat, cuma kesempatan untuk menghadap komputer agak terhad.
Kali ni nak kongsi pengalaman saya melayani karenah pesakit. Ada la suatu petang tu, sambil duduk berehat-rehat menanti masuk waktu Maghrib, satu panggilan diterima daripada seorang surirumah dari Port Dickson. katanya dia dapat nombor telefon saya daripada rakannya di Gombak. Soalan pertamanya nak panggil saya apa....ustaz ke encik? Saya kata panggillah apa-apapun yang dia rasa selesa. Jadi dia panggil saya encik la.....amboi, formal betul!
Soalan cepu emas seterusnya daripada surirumah ni sama ada saya boleh keluarkan jin ke tidak? Saya kata saya tak mampu keluarkan jin, doakan je boleh la.Bila saya tanya dah cuba rujuk ke kepada perawat yang lain? Dia kata dah jumpa Hj Lokman kat UIA dan Ustaz Sharhan serta Darus Syifa. Semua perawat tu pernah masuk TV katanya. Nadanya agak kecewa bila saya kata saya tak pernah pun masuk TV sebab dia mengharapkan saya juga begitu.
Saya cadangkan dia teruskan je rawatan dengan mereka tetapi dia merungut-rungut sebab masih belum menerima rawatan. Kena daftar dulu dan tunggu giliran. Saya kata memang prosedurnya macam tu. Tambahan pula nak dapatkan rawatan daripada perawat-perawat ternama ni bukan senang....kena la sabar. Sementara tu, buat la amalan untuk rawat diri sendiri seperti baca ayat-ayat manzil, banyakkan zikir dan solat-solat sunat.
Waktu tu, akak tu dah mula emosional. Katanya berapa lama lagi dia kena tunggu? Kalau makin teruk nanti siapa nak tanggung? Lagipun jin yang kacau dia tu memang jin yang 'high class', bukan senang nak keluar. Akak tu cuba desak saya untuk rawat dia dan keluarkan jin tu segera. Saya bukan menolak, tetapi biarlah dia bereskan rawatan dengan perawat yang ditemui sebelum ini. Lagipun pendaftaran dah dibuat. Adab rawatan pun kena dijaga juga. Cuma perlu banyak bersabar sehingga sampai giliran kita.
Agaknya sebab terlalu bengang dengan saya, akak tu kata, patut la ramai pesakit dari Negeri Sembilan 'lari' ke KL cari perawat yang hebat-hebat di sana. Rupa-rupanya di Negeri Sembilan tiada perawat yang betul-betul mahir dalam rawatan Islam. Kalau anda berada di tempat saya.....bagaimana perasaan dan pendirian anda...?
5/07/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
3 comments | 12:18 pm
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarokatuh
Pada kesempatan saya menulis blog ini, sengaja saya ingin berkongsi ilmu dengan teman-teman. Insya-Allah akan menjadi ilmu yang bermanfaat.
7 Ayat Keselamatan ini dibaca masing-masing 7x setiap selesai solat Subuh dan Maghrib, Insya-Allah kita akan terbebas dari segala macam bahaya dan mendapat perlindungan daripada Allah SWT.
1. Salamun Qaulam Mirrabbirrahim 7x
2. Salamun Ala Ibrahim 7x
3. Salamun Ala Nuhin Fil Alamin 7x
4. Salamun Ala Musa Wa Harun 7x
5. Salamun Alaikum Thibtum Fadhkhuluna Khalidin 7x
6. Salamun Ala Ilyasin 7x
7. Salamun Hiya Hatta Mat La’il Fajr 7x
2. Salamun Ala Ibrahim 7x
3. Salamun Ala Nuhin Fil Alamin 7x
4. Salamun Ala Musa Wa Harun 7x
5. Salamun Alaikum Thibtum Fadhkhuluna Khalidin 7x
6. Salamun Ala Ilyasin 7x
7. Salamun Hiya Hatta Mat La’il Fajr 7x
Mudah-mudahan berguna untuk saudara dan saudari sekalian…
- Dipanjangkan daripada blog ustaz faizal, segamat.
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 12:11 pm
Jin : Apo kau buek kat den ni…? Panas la….Adooooi!!!!
Saya : Kamu siapa? Kenapa ganggu manusia ni?
Jin : Den hantu rayo. Sapo suruh dio kacau tuan den? Den nak dio ni mampus..
Saya : Astaghfirullah…. Kamu tak malu ke dengan Allah? Tak takut dengan Allah?
Jin : Den tak cayo Allah. Tuan den kuat. Dio ado tangkal dari bomoh asli Pantai dan bomoh
Siam.
Saya : Apa yang tuan kamu marah sangat kat manusia ni?
Jin : Yo la….dio dah ganggu perniagaan tuan den. Tuan den tak suko orang lain berniago.
Biar dio sorang berniago. Ha, yang dio ni nak cabar tuan den. Tau la masakan dio
Ramai orang boli, ramai orang suko, tapi tuan den tak suko. Jualan dio jadi kurang dek
Si cilako ni. Aku nak buek sampai dio satu keluargo sakit, semuo mati….sonang ati
tuan den. Ekau tengok dio nak jalan pun susah, aku nak lumpuhkan kaki dio. Bini ee
pun aku dah sakitkan. Dah tak dapek nak bergerak ke mano-mano.
Saya : Kamu memang berkerja dengan tukang sihir. Perbuatan kamu ni salah. Allah murka
dan kamu akan didakwa di hadapan Allah di akhirat nanti. Sudah la, jangan la siksa
manusia ni. Bertaubat la dan kembali kepada Allah. Kamu Islam?
Jin : Den asli campur Siam….mano ado Islam. Den tak cayo Allah. Tuan den kuat. Ekau
Jangan cubo nak cari pasal ngan dio lak. Den peduli apo…yang ponting den cukup
makan. Tuan den kayo. Dio boli rumah cash. Boli keto cash. Bukan macam cilako ni,
hidup merempat. Sembahyang ponek-ponek, doa panjang-panjang….tak gak kayo…
Saya : Kamu memang laknatullah. Aku bagi peluang kamu tinggalkan manusia ni dengan cara
Baik. Keluar dari badan dia dan jangan datang lagi buat selama-lamanya. Kalau kamu
degil, aku terpaksa siksa kamu. Dan kalau kamu masih keras kepala aku terpaksa
bunuh kamu dengan izin Allah.
Jin : Kau nak buek apo ngan aku….tuan aku kuek…tangkal dio keliling pinggang. Kau
jangan cubo nak cari pasal ngan dio…..kono kau nanti.
Saya : Aku hanya takut kepada Allah dan kekuatan tu hanya daripada Allah. (dah makin
geram dengan jin ni….sombong dan kufur. Serangan saya mulakan dengan bacaan
ayat-ayat ahzab dengan aksi-aksi pancung, pukul, ‘dragon ball’, pembakaran dan
dan racun)
Jin : Apo ni….!!!! Kau nak bunuh aku yo….? Adoi….!!! Sakit…!!! Panas….!!! Dah la…..!!!
Saya : Sakit ye…? Kesian….hah, kalau tak nak terus kena siksa, baik kau berambus!!! (geram
dah tu)
Jin : Yo la….yo la….den keluar….tapi nanti tuan den akan hantar yang baru…..
Saya : Itu dia punya pasal….yang penting kau keluar sekarang. Keluar kerana Allah, jangan
cuba nak datang balik ke sini…..aku bunuh kau nanti dengan izin Allah. Kau faham???
Jin : Yo…yo….den faham….den keluar….den keluar…
Saya : Sekarang bergerak ke hujung kaki kanan. Selepas selesai aku azan ni….kau mesti
dah tinggalkan manusia ni…..kalau kau degil dan cuba menipu aku, aku terpaksa
sembelih kau. Bergerak sekarang….(sambil membaca ayat penunduk dan azan)
(Abang Din (pesakit) tiba-tiba rebah dan mukanya berpeluh-peluh. Saya sedarkan dia dengan
tiupan selawat tafrijiyyah. Abang Din sedar, duduk dan terpinga-pinga)
Abg Din: saya kat mana ni…?
Saya : Abang kat rumah saya ni….alhamdulillah, semuanya dah selesai setakat ini. Abang
mengucap dua kalimah syahadat dan selawat ye.
Abg Din: mengucap dan melafazkan selawat dengan lancar…
Syukurlah….Allah bantu usaha-usaha kita. Segala yang berlaku dengan izin-Nya jua
4/06/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
1 comment | 11:57 am
Alhamdulillah....pada 3 April 2011 Rawatan Islam Perdana Siri Ke-2 telah diadakan di Masjid Sultan Ismail, Tanjung Agas, Muar, Johor. Program rawatan perdana kali ini dinaungi oleh Yayasan Ibnu Mas'ud melibatkan para perawat Islam khususnya dari AKRINE, Darus Syifa, Darul Ikhtiar, dan sebagainya. Kira-kira 30 orang perawat dan pembantu perawat telah menjayakan program yang bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.
Sambutan daripada masyarakat setempat amat menggalakkan sehingga para perawat tidak menang tangan dan tidak ada ruang untuk berehat untuk melaksanakan kerja-kerja rawatan yang berlanjutan sehingga 5 sesi. Syukur dan gembira dengan kesedaran masyarakat yang mula beralih kepada rawatan Islam yang berasaskan Ruqyah Syar'Iyyah setelah sekian lama berkiblatkan rawatan secara tradisional yang kadang kala bercanggah dengan syariat dan aqidah Islam.
Pelbagai kes yang melibatkan pesakit dan kepelbagaian teknik rawatan yang digunakan sepanjang program ini merupakan pengalaman amat berguna serta tidak ternilai harganya terutama bagi perawat-perawat junior seperti saya. Terima kasih pihak pengurusan Masjid Sultan Ismail Tg. Agas, Muar, terima kasih Yayasan Ibnu Mas'ud dan terima kasih sahabat-sahabat perawat dari seluruh negara.
Insya-Allah, Rawatan Islam Perdana Siri Ke-3 dijangka diadakan di Negeri Sembilan, negeri penuh beradat. Saya selaku perawat Akrine Seremban mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat perawat dari seluruh negara untuk meneruskan jihad menerusi rawatan Islam di bumi Negeri Sembilan. Ahlan Wa Sahlan....Marhaban.....
Subscribe to:
Posts (Atom)







