• RAWATAN ISLAM AL-JAWHARI

    AHLAN BIKUM dan SELAMAT DATANG ... Konsep Ikhtiar mencari kesembuhan dengan menggunakan ayatul ruqyah dan herba-herba semulajadi dalam rawatan Insya Allah.

  • PERAWAT ANDA

    Sila hubungi saya, Ust Bukhari melalui talian 019-650 8503 (24 jam) dan email walin9@yahoo.com. Insya Allah kita sama-sama berikhtiar

  • BUKU JIN UNDERCOVER

    Buku Terbaharu keluaran AKRINE, pengijazahan amalan merawat sekiranya pembelian buku yang original ...

  • BUKU BERDIALOG DENGAN JIN [BDJ]

    Nukilan kisah rawatan oleh penulis buku berkenaan, antara Best Seller pada tahun keluarannya, RM35.00 sahaja ...

  • PENGASAS AKRINE

    TG Dr. Ust Abdul Majid bin Hassan, sila layari laman blog beliau www.akrine.blogspot.com, beliau juga penulis buku Berdialog Dengan Jin [Pengalaman Perawat] dan buku Jin Undercover.

  • AKRINE

    Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia [AKRINE]. Sila layari laman web www.akrine.com, bagi yang berhajat dengan Kursus Intensif Rawatan Islam, sila ambil perhatian kerana selepas KIRI 1 sahaja akan dibenarkan mengikuti KIRI Tahap 2. Tuan/ Puan/ Cik juga dipelawa menyertai FB AKRINE, selepas selesai KIRI Tahap 2, dan emailkan sijil tamat KIRI 2 ke email webakrine@gmail.com.

  • URUTAN URAT DAN SARAF

    Ikhtiar pemulihan urat dan saraf dengan Terapi Urutan Badan, samada kerana kelesuan bekerja, urutan kesihatan, urutan kelelakian mahupun urutan pakej sebelum berkahwin, suatu ikhtiar, saya mengurut LELAKI sahaja... Mahar urutan boleh dibincangkan Insya Allah

  • RAWATAN GHURAH RESDUNG

    Ikhtiar mengeluarkan lendir pada saluran pernafasan yang mana lendiri-lendir ini mengganggu sistem pernafasan seharian, almaklumlah, kita menyedut toksin-toksin yang kotor seharian. Akan dibekalkan selepas rawatan Sabun Sireh [RM8.00 sebuku] dan Sabun Resdung [RM8.00 sebuku] sebagai ikhtiar selepas rawatan Ghurah Resdung ... Insya Allah membantu tuan/ puan/ cik ...

  • BEKAM atau ALHIJAMAH

    Ikhtiar mengeluarkan darah-darah kotor di bawah kulit atau sel darah merah yang mati selepas setiap 3 bulan, sel-sel ini yang tiada tempat atau jalan keluar tersimpan di bawah kulit, Insya Allah dengan al-Hijamah mampu memulihkan atau mengeluarkan darah mati berkenaan. Ianya juga amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan Baginda SAW. Insya Allah akan memberikan kesihatan berpanjangan dengan amalan berbekam ini. Nasihat selepas berbekam akan diberikan percuma, dan darah tuan akan didiagnos sepanjang sesi bekaman badan ...

:::::: :::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog AKRINE SEREMBAN [AL-JAWHARI] :::: :::: Syukran dan Terima Kasih :::: sama-sama usahakan untuk mendapatkan kesembuhan dariNya, bergantung hanya padaNya, Tukang Doa hanyalah asbab sahaja ....

11/20/2012

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 2:28 pm
Pada 18 Nov 2012, Ahad, di Masjid Sayyidina Uthman bin Affan, Bandar Tun Razak, Cheras.



11/09/2012

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 11:21 am
Sejak akhir-akhir ini, banyak betul kes gangguan sihir tafriq (pemisah) yang dirujuk kepada saya. Ada si isteri yang dah tak tentu arah apabila si suami tiba-tiba berubah sikap. Tidak lagi wujud sifat penyayang terhadap isteri dan anak-anak. Tak senang duduk di rumah,rimas duduk rumah katanya. Asyik pulang lewat, alasannya mesyuarat sampai jauh malam. Apabila didiagnosis melalui si isteri, rupa-rupanya si suami dah terkena mainan sihir angkara perempuan yang nak merampas suaminya. Maklum la, si suaminya tu ada pangkat, ada kereta besar, gaji besar, kacak bergaya ala-ala lelaki idaman Malaya....perempuan mana yang tak teruja. Yang tragisnya perempuan yang nak merampas suaminya tu bukan la anak dara. Janda beranak ramai dan dah lanjut usia pulak tu! Kalau nak dibandingkan wajahnya dengan isteri yang ada, alahai.....macam langit dengan bumi (kalau ikut penilaian saya la...hehehe) . Tapi itulah, kalau dalam hati sudah ada cinta, ditambah dengan faktor gangguan jin sihir yang sentiasa membisikkan kejahatan, semuanya nampak indah. Yang tua nampak muda jelita, yang gemuk nampak ramping bak kerengga, yang hitam nampak putih bercahaya-cahaya dan yang kasar nampak santun berbudi bahasa. Akhirnya si isteri yang setia, anak-anak yang dahagakan belaian, perhatian dan kasih sayang ayah sanggup diketepikan bahkan dianggap penghalang hubungan cinta yang sedang dibina. Kasihan si isteri yang bersusah-payah berikhtiar menyedarkan suami demi menyelamatkan rumahtangga yang telah sekian lama dibina.

Ada pula kes si suami yang bingung apabila si isteri tiba-tiba berubah hati. Tiada lagi kata-kata manis dan romantik seperti sebelumnya. Apa lagi yang kurang? Rumah ada, kenderaan ada, wang belanja ada, makan pakai semua cukup bahkan zuriat pun dah berderet-deret. Daripada seorang isteri yang lemah lembut, sopan santun, taat suami dan penyayang, sikap si isteri  berubah menjadi panas baran, benci melihat wajah suami, enggan bila diajak bersama dan lidahnya tidak putus-putus minta diceraikan tanpa sebab yang munasabah. Mujurlah si suami dikurniakan sifat sabar, tidak cepat melatah atau melenting. Tenang sahaja dia menghadapi situasi sebegini sebab dia sedar isterinya bukan seperti itu. Mesti ada yang tak kena. Mungkin ada campur tangan unsur mistik yang cuba meruntuhkan istana rumahtangga yang asalnya bahagia. hasil diagnos yang saya buat melalui suaminya, ada petunjuk si isteri telah terkena gangguan sihir tafriq. Rupa-rupanya ada lelaki lain yang jatuh hati kepada isterinya tu. Tak kiralah isteri orang ke, anak ramai ke, yang penting lelaki tu nak juga kat isteri dia tu. Ada yang mengenali lelaki tu disebabkan rakan sekerja, bos sendiri bahkan ada yang dikenali sekadar melalui Facebook. Ha, jangan tak percaya, sekarang gejala sihir pun dah menggunakan teknologi ict untuk mencari mangsanya. Akhirnya,sang isteri mendesak minta diceraikan kerana tak sabar nak hidup bersama buah hati yang baru dikenali tu. Mula la rasa diri tu muda, anak dara dan nak 'enjoy' macam remaja. Suami dan anak-anak dianggap beban dan menyusahkan sahaja.

Dalam menangani kes-kes sihir tafriq ni, biasanya ikhtiar yang saya dapat lakukan ialah rawatan melalui isteri atau suami yang sedar bahawa pasangannya sedang mengalami gangguan sihir. Kalau minta si isteri atau suami yang jadi mangsa sihir tu datang berubat, mati hidup semula pun mereka tak akan terima hakikat bahawa mereka sedang 'sakit' dan perlu dirawat. Tak apa, kita mengadulah kepada Yang Maha Memiliki untuk menyelesaikan masalah ini. Terapi berasaskan tawajjuh kepada Allah seperti amalan solat, bacaan surah-surah dan wirid-wirid tertentu di samping doa dan terapi melalui pemakanan dan minuman dilakukan secara konsisten dan penuh keyakinan. Berdasarkan pengalaman saya, dengan izin Allah akhirnya si isteri atau si suami yang terkena gangguan sihir akan sedar dan dia sendiri akan minta dirawat. 

Amalkan ketiga-tiga ayat ini setiap kali selepas solat wajib. Mohon padaNya supaya dipelihara dan dilindung oleh niat jahat orang.


Ayat Doa 1.


Maksudnya: 

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: "Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir sesungguh Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (Surah Yunus ayat: 81)

Ayat Doa 2.


Maksudnya: 

Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu. (Surah Najm: ayat: 58)
Ayat Doa 3.

Maksudnya: 

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah Al-Hadid: ayat: 3).

Yakinlah segala yang berlaku adalah atas izin Allah SWT. Bukan bomoh atau syaitan yang berkuasa menentukan sihir ini. Perbuatan yang baik diminta, syurga balasannya. Perbuatan yang jahat dipohon, neraka tempatnya.

Wasallam.

10/16/2012

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
1 comment | 10:28 am

APAKAH JIN SAKA?
Saka ialah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunannya. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek- moyangnya dahulu. Boleh jadi Jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki tersebut ditinggalkan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. semasa mereka hidup, mereka telah berkawan  dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Jin yang dijadikan khadam oleh nenek moyang inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi sama ada disedari atau tidak sehingga ikhtiar untuk memutuskan ikatan antara generasi berkenaan dengan keturunan jin saka dilakukan.


TANDA-TANDA  GANGGUAN  SAKA  KETIKA  TIDUR

1. Susah tidur malam atau tidak boleh tidur malam.
2. Sering terjaga pada waktu malam jam 2 atau 3 pagi dan selepas itu sukar untuk tidur.
3. Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, ular, serigala,
dan sebagainya.
4. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
5. Mimpi berada di kawasan kotor atau perkuburan.
6. Mimpi jatuhdari  tempat tinggi.
7. Mimpi berjumpa atau melihat makhluk halus.
8. Mimpi mengendung atau menyusukan bayi dan budak kecil
9. Mimpi diancam dengan  benda tajam seperti pisau, paku dan sebagainya.


TANDA-TANDA  GANGGUAN  SAKA  KETIKA  JAGA

     1. Selalu pening kepala (perubatan moden tidak dapat mengesan simptomnya). 
     2. Hilang ingatan atau cepat lupa dan mungkin menjadi gila.
3. Sering lesu dan malas untuk beribadah, bekerja, belajar dan sebagainya.
4. Sentiasa berasa sakit di tulang belakang , tulang belikat atau di bahu.
5. Lenguh-lenguh sendi tengkuk, tangan, dan kaki.
6. Terasa sesuatu objek bergerak aktif dalam badan.
7. Mudah marah dan panas baran (walaupun tanpa sebab).
8. Cepat mengantuk (terutama apabila mendengar ayat-ayat Quran)
9. Lemah semangat untuk meneruskan kehidupan
10. Bila memejamkan mata, kelopak mata berkedip-kedip.


ANAK  CUCU  YANG  MENJADI  SASARAN

1. Yang cetek ilmu dan longgar amalan agamanya.
2. Yang suka melakukan maksiat dan melanggar peraturan Allah.
3. Yang suka meninggalkan ibadat wajib ( seperti solat, puasa, zakat).
4. Yang lemah fizikal dan antibodi serta mudah mendapat sakit.
5. Yang berniat untuk memiliki apa yang ada pada nenek moyangnya.
6. Yang mengidamkan kehebatan diri walaupun dengan cara yang melanggar perintah Allah.

JIKA ANDA MEMPUNYAI TANDA-TANDA TERSEBUT, KEMUNGKINAN BESAR ANDA MENGALAMI GANGGUAN SAKA. SILA BERHUBUNG DENGAN PERAWAT ISLAM UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN ATAU HUBUNGI SAYA DI TALIAN 019-6508503.

9/26/2012

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:54 am

Sebaik sahaja diberi tugas sebagai guru penyelaras makmal ICT, Pn Siti Hasmah (bukan nama sebenar) menerima tanggungjawab itu sebagai satu cabaran. Dia yakin boleh menguruskan makmal ICT sekolahnya dengan baik seperti yang diharapkan oleh pihak pengurusan sekolah. Entah mengapa berat hatinya untuk mengatakan ‘tidak’ ketika dimaklumkan mengenai tugas barunya itu. Sedangkan guru-guru penyelaras makmal ICT sebelumnya ramai yang ‘angkat tangan’ untuk terus menggalas tugas. Bukan masalah tiada kemudahan. Bukan. Bangunan canggih. Prasarana lengkap dan terkini dari segi teknologi. Cuma masing-masing tidak mampu bertahan sebab gangguan makhluk halus di makmal berkenaan yang semakin ketara. Menurut ceritanya, banyak kejadian misteri yang berlaku di makmal ICT tu. Kadang-kadang komputer terpasang dan tertutup sendiri. Kadang-kadang pintu makmal terbuka dan tertutup sendiri. Alat pendingin hawa terpasang sendiri. Malah kadang kala makmal ICT tu ‘meriah’ dengan pelbagai bunyi dan pergerakan misteri. Wah, jin pun nak belajar ICT juga rupanya. Pn Siti Hasmah agak cemas juga mendengar cerita-cerita begitu. Namun, dia hanya yakin dengan pertolongan Allah. Selagi kita dekat dengan Allah, insya Allah gangguan makhluk-makhluk halus tu mampu ditepis. Itu keyakinan yang dipegangnya.

Hari demi hari. Minggu demi minggu. Bulan demi bulan. Nampaknya Pn Siti Hasmah masih mampu bertahan dan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik tanpa sebarang masalah. Bahkan hampir saban hari dia pulang lewat dari sekolah menguruskan makmal ICTnya tu. Kadang kala anaknya pun diajak bersama-sama. Seronok pula rasanya dengan jawatan yang disandangnya. Bukan riak, sombong atau cakap besar. Tetapi realitinya, dia berasa cukup tenang dan aman apabila berada di makmal ICT. Tiada apa-apa gangguan pun yang dihadapinya. Jangan-jangan cerita-cerita yang didengarnya sebelum ni sengaja direka untuk menakut-nakutkannya. Atau mungkin makhluk-makhluk tu rasa gentar untuk berhadapan dengan dia yang sentiasa berzikir dan ingat Allah. Mungkin…

Suatu hari dia rasa badannya seperti nak demam. Bahunya rasa berat dan tekak rasa loya. Suaminya membawanya ke klinik untuk rawatan namun dia dimaklumkan bahawa dia sihat dan tiada sebarang tanda serangan penyakit. Hari-hari seterusnya, keadaan Pn Siti Hasmah kian lemah sehingga terpaksa mengambil cuti untuk berehat. Bimbang dengan situasi yang semakin serius, suaminya mengajaknya berjumpa dengan saya untuk mendapatkan rawatan secara alternative setelah usaha secara klinikal menemui jalan buntu. Ketika sesi ruqyah, saya dapat ‘mengesan’ wujud gelombang misteri dalam diri Pn Siti Hasmah dan suatu ketika dia berada dalam keadaan separuh sedar akibat kerasukan.

Hasil dialog dengan jin-jin yang mengganggunya, mendapati bahawa jin-jin yang selalu mengganggu di makmal ICT tu dah berkampung dalam badannya. Patutlah selama ini tiada gangguan di makmal tu. Melalui sesi dakwah dan tanzir, jin-jin tu bersetuju untuk keluar dan berhijrah ke Serambi Madinah. Pn Siti Hasmah mengalami batuk dan muntah-muntah yang agak teruk sehingga tidak bermaya. Tapi syukurlah, jin-jin tu telah keluar bersama-sama muntah. Selepas direhatkan seketika, Pn Siti Hasmah tersedar lalu melafazkan syahadah. Dia menyatakan kepalanya tidak pening lagi dan rasa berat di bahunya telah hilang. Ringan betul rasanya. Dia bertekad untuk meneruskan tugasnya sebagai guru penyelaras makmal ICT sekalipun pengalaman ynag dihadapinya amat pahit untuk ditelan. Tahniah, Pn Siti. Anda memang seorang guru yang berdedikasi. Yang takut hanya kepada Allah, bukan kepada makhluk-makluk yang bernama jin, yang lemah seperti kita juga.

9/04/2012

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 3:43 pm


       TAHAP 3 ADALAH YG TERTINGGI DLM KIRI ANJURAN AKRINE
       IA BERKONSEPKAN CORE GROUP DLM AKRINE
       MELAYAKKAN YG BERJAYA/LULUS UNTUK:
  1. MEMBUKA KLINIK UTAMA AKRINE
  2. MENGENDALIKAN KIRI BERSAMA AKRINE INDUK
  3. MENJADI AHLI USRAH DAN THINK TANK
  4. TERLIBAT DLM RAWATAN BERKUMPULAN/PERDANA
SYARAT-SYARAT  PENYERTAAN

  1. Telah mengikuti KIRI 1 dan 2
  2. Telah merawat tidak kurang dari 100 orang pesakit
  3. Kursus akan di adakan pada malam Sabtu dan hari Ahad, oleh itu peserta perlu bermalam di AKRINE Kuang
  4. Hadir 2 kali sebulan selama 3 bulan 
  5.  Kursus  akan bermula bulan Januari 2013, insyaALLAH

7/25/2012

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
1 comment | 10:30 am


Bismillah 6 ini sangat banyak faedahnya jika diamalkan selalu akan  menjadi selusuh kepada perempuan yang hendak bersalin, menjadi penawar racun dan bisa-bisa badan, menghalang daripada gangguan jin dan syaitan, terhindar daripada segala marabahaya, seteru dan musuh, boleh dibaca ketika berperang agar mendapat kemenangan dan mengabulkan segala hajat serta Insya-Allah akan diperlihatkan perkara-perkara ghaib dengan izin dan pertolongan Allah swt.

Sangat baik sekali sekiranya dapat diamalkan ayat Bismillah 6 pada tiap-tiap selepas solat fardu memandangkan khasiatnya yang begitu banyak. Antaranya:

  • Dimakbulkan segala hajat dan cita-cita.
  • Diluaskan rezekinya.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Dijauhkan daripada segala penyakit.
  • Jika dibaca 70 kali tiap-tiap hari, aman daripada ancaman  pembesar yang zalim.
  • Aman daripada ancaman binatang buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terhindar daripada ancaman babi, tikus atau burung jika dibaca di sawah atau ladang.
  • Terselamat daripada bahaya kejahatan musuh dan seteru.
  • Terselamat daripada karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak zaitun  pada malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah sedarlah ia.
  • Boleh menawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh menawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung,  hempedu katak dan sebagainya.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara di atas; letakkan tangan di tempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dan urut perlahan-lahan. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk diminum. Angin akan keluar daripada pesakit dan diikuti oleh muntah, insya-Allah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah didoakan dengan Bismillah 6 di atas.


BISMILLAH 6 INI AMAT BESAR FAEDAHNYA KERANA  DAPAT MENAWARKAN SEGALA JENIS RACUN DAN TIDAK MEMBERI MUDARAT KEPADA PENGAMALNYA KALAU TERMINUM. MALAH GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH JIKA DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH 6 DENGAN KEIZINAN DAN BANTUAN ALLAH SWT.

7/20/2012

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:45 am

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...

Rawatan Islam Al Jawhari (Akrine Seremban) mengucapkan selamat menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa pada sepanjang bulan yang mulia ini kepada seluruh umat Islam. Mudah-mudahan puasa dan ibadah-ibadah lain yang kita lakukan akan melahirkan jiwa hamba dan melayakkan kita menjadi golongan yang bertaqwa. "...dan Allah menjadi pembela bagi mereka yang bertaqwa" (maksud firman Allah).

Di sepanjang bulan Ramadhan ini, sesi rawatan bekam, resdung dan urut ditangguhkan. Walau bagaimanapun rawatan untuk masalah gangguan jin (saka, sihir, asyik dan sebagainya) dijalankan seperti biasa dengan sedikit pengubahsuaian seperti berikut:

Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum:

9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
3.00 petang hingga 5.00 petang
10.30 malam hingga 12.30 malam

Hari Isnin hingga Jumaat:

10.30 malam hingga 12.30 malam

Sila hubungi saya untuk temu janji rawatan untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Terima kasih.

Ramadhan Kareem

Bukhari Al Jawhari
019-650 8503

7/09/2012

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
1 comment | 1:55 pm

“Kami dah tak selesa tinggal di kampung kami, ustaz. Hijrahkanlah kami ke Serambi Madinah. Kami semua jin Islam,” kata ketua jin (hantu raya) yang menganggu Puan Safiah (bukan nama sebenar).

“Kami memang bengang dengan manusia yang kemaruk dengan kemajuan sampai merosakkan kampung kami untuk dibuat lebuh raya. Banyak penduduk kampung yang mati atau tercedera ketika ‘diserang’ dengan jentera-jentera berat tu. Anak-anak kami yang tidak berdosa pun jadi mangsanya. Kejam betul manusia ni, “ tambah ketua jin yang menggelarkan dirinya Haji Hashim.

“Dah tu, mengapa ganggu Puan Safiah ni? Ada ke Puan Safiah atau keluarganya pernah menzalimi kamu? Berhijrah je la ke tempat yang kamu semua rasa lebih sesuai dan selesa,” saya cuba mencari punca gangguan terhadap Puan Safiah.

“Bukan niat kami nak ganggu Puan Safiah, ustaz. Dia ni perempuan yang baik dan solehah. Cuma apabila kami duduk dalam badan dia, dia rasa berat dan sakit di tulang belikat. Sebenarnya kami dah beratus-ratus tahun menunggu kedatangan dia untuk menyelamatkan kami.”

“Macam mana tu?” pening kepala saya memikirkan kata-kata Haji Hashim tu.

“Begini, ustaz. Sejak Puan Safiah ni pergi berubat dengan ustaz untuk buang gangguan jin sihir dan saka, kami perhatikan je dari jauh  ustaz hantar  jin-jin tu ke Serambi Madinah. Kami cemburu, ustaz. Kami pun teringin nak ke sana, tapi tak tau macam mana.  Inilah caranya yang kami rasa sesuai untuk bawa kami ke Serambi Madinah atas bantuan ustaz dengan izin Allah. Saat inilah yang kami tunggu-tunggu selama ini. Maafkanlah kami ye Puan Safiah. Maafkanlah kami ye ustaz.”

“Kami pun bukan nak duduk lama dalam badan dia ni. Singgap  sekejap je sementara tunggu masa ustaz hantar kami ke Serambi Madinah. Lagipun kami nampak ada laluan masuk ke dalam badan dia ni. Kami pun tak tahan duduk lama-lama dalam badan dia. Panas, ustaz sebab dia ni banyak beramal. Dah la, ustaz, hijrahkanlah kami secepat mungkin ke Serambi Madinah.”

Disebabkan bilangan jin yang agak ramai, maklumlah satu perkampungan, saya berdoa agar Allah datangkan tentera Islam dari Serambi Madinah bersama dengan kelengkapan kenderaan untuk membawa semua penduduk Kampung Setia Kasih  berhijrah ke sana. Tanpa banyak masalah akhirnya Allah izinkan kesemua jin hantu raya yang menumpang seketika dalam tubuh Puan Safiah dapat dihijrahkan ke Serambi Madinah.

Walaupun mungkin sukar diterima akal, tetapi di alam jin, semuanya berlaku dengan izin Allah. Ingat, kita khalifah Allah yang ada ‘kuasa’ mengarah dan memerintahkan jin-jin tu agar tunduk dan akur kepada Allah. Itulah kelebihan kita sebagai manusia yang Allah sebut sebagai ahsani taqwim (kejadian yang sempurna). Subhanallah...

.

ARKIB BLOG

HUBUNGI

Rawatan Islam al-Jawhari [Akrine Seremban] dikelolakan oleh Ustaz Bukhari b. Hj Kadam secara part time sahaja. semua rawatan adalah berdasarkan janji temu sahaja dan semuanya perlu mengikut masa yang telah diberikan.

Suatu ikhtiar dalam rawatan gangguan makhluk halus, sihir, saka, jin asyik, urutan badan bagi lelaki dan bekam darah/ angin serta rawatan resdung/ ghurah. Insya Allah membantu sekadar ilmu yang Dia pinjamkan pada saya sahaja. Saya hanya Tukang Doa sahaja, tiada lebih dari itu.

Alamat Pusat Ikhtiar Rawatan:
No 700 Jalan Semarak 13
Taman Panchor Jaya
70400 Seremban
Neg Sembilan


Sila hubungi :
Tel : 019-650 8503
Email : walin9@yahoo.com