:::::: :::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog AKRINE SEREMBAN [AL-JAWHARI] :::: :::: Syukran dan Terima Kasih ::::

Dari Dzakwan dari seorang lelaki Anshar berkata, "Rasulullah s.a.w. menjenguk seseorang yang sedang sakit, lalu Baginda s.a.w. bersabda, 'Panggillah tabib dari Bani Fulan.' Dzakwan berkata, 'Lalu mereka memanggilnya dan datang.' Mereka bertanya, 'Ya Rasulullah, bukankah ubat tidak berfungsi apa-apa?' Baginda s.a.w. menjawab, 'Maha Suci Allah, bukankah Allah tidak menurunkan suatu penyakit di muka bumi, kecuali menjadikan penawar untuknya?' (Hadis riwayat Ahmad)

PIL PENAWAR AKRINE

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

KISMIS DOA AKRINE

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

BUKU BERDIALOG DENGAN JIN [BDJ]

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

AROMA TERAPI AKRINE

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

AIR PENAWAR/ AIR DOA AKRINE

Untuk Sebarang Tempahan atau Belian sila hubungi HQ Akrine atau Ajen Akrine Yang Berhampiran

Loading...

Suatu Ikhtiar ... Mencari Yang Halal Itu Fardhu

Wednesday, 9 May 2012

Gone With The Wind

Puan Zahirah (bukan nama sebenar) mengadu sudah lama menderita sakit pinggang, sakit sendi lutut sehingga terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan, selalu kembung perut dan sakit pada tulang belikat. Dia yang datang dari Felda Kepis, Kuala Pilah berharap benar saya dapat berbuat sesuatu untuk mengurangkan penderitaannya tu.

Seperti biasa, saya akan bertanya beberapa soalan tentang simptom yang dialami dan sesi rawatan yang telah dijalani. Dengar ceritanya, memang dah puas berubat secara moden dan tradisional untuk merawat penyakitnya. Saya tegaskan kepada Puan Zahirah bahawa saya bukan doktor, tabib atau pawang. Cuma tukang doa je. Syukurlah dia faham dan tidaklah terlalu bergantung harap kesembuhan akan berlaku melalui rawatan saya. Kita cuma berikhtiar, Allah jua yang mengizinkan.

Sesi ruqyah dan 'scanning' yang saya lakukan mendapati wujud simptom gangguan saka pada diri Puan Zahirah. Saya tak katakan padanya memang dia kena gangguan saka. Cuma mengatakan, kemungkinan ada campur tangan jin saka dalam masalah yang dihadapi.

Teknik dialog jari dan teknik-teknik pengesanan yang lain semakin menyerlahkan kewujudan komuniti jin saka dalam tubuh Puan Zahirah. Hasil 'dialog' saya ternyata jin-jin saka tu dah lama bermastautin dalam tubuh Puan Zahirah, dah beranak cucu dan dah macam-macam onar dibuatnya. Tu yang Puan Zahirah jadi tak tentu hala, sakit sana-sini dan betul-betul terganggu. Berjalan pun terpaksa bertongkat. Takut tumbang sebab kakinya tak stabil dek urat dan otot sendinya selalu kejang dan sakit yang teramat.

Seterusnya saya 'panggil' dan arahkan semua jin saka yang wujud dalam diri Puan Zahirah bergerak dan berkumpul di hujung kaki kanan. Bergegar kaki kanannya tanda jin-jin saka berduyun-duyun bergerak ke hujung kaki sebagaimana diarahkan. Dakwah dan tanzir pun bermula. nampaknya jin-jin saka ni mudah beri kerjasama. Mungkin sebab mereka dah Islam. Akhirnya mereka setuju untuk keluar dan dihijrahkan ke Serambi Madinah.

Kalau bilangan jin terlalu ramai, ada kalanya saya arahkan mereka untuk keluar melalui 2 jalan keluar iaitu melalui mulut atau melalui hujung kaki. Puas saya beri arahan dan tunggu mereka keluar. Malangnya hanya sebahagian kecil sahaja yang akur. Banyak lagi yang masih bertahan. Nak katakan mereka terikat, saya dah pun lepaskan ikatan. Buntu juga dibuatnya. Yang penting sekarang beri jalan untuk jin-jin tu keluar sebab mereka pun memang nak keluar. Entah macam mana, Allah ilhamkan saya agar arahkan jin-jin tu keluar melalui kentut.

Sebaik sahaja arahan dikeluarkan, tiba-tiba bruutttt.....bruuutttt.....bruuuutttt..... Puan Zahirah terus kentut dengan kuat dan bertalu-talu. Macam tak nak berhenti lak dia terkentut. Bersungguh-sungguh dia minta maaf sebab kentut di hadapan saya. Rasa tak sopan pulak agaknya. Saya redha dan biarkan dia kentut puas-puas sampai dia rasa lega, tenang dan damai. Alhamdulillah....akhirnya jin-jin saka tu keluar dan berhijrah ke Serambi Madinah walaupun dengan cara yang agak melucukan Tak kisah la.....janji mereka keluar, kan? Inilah yang dikatakan Gone With The Wind......hehehehe.

Thursday, 12 April 2012

PELUANG KE IPT - Kolej UIA


Assalamualaikum wbt.

Hebahan sahaja. Bagi pelajar lepasan SPM yang hanya ada 3 - 6 kredit sahaja, boleh ikhtiar dan memohon Kolej UIA yang berlokasi di Batu Muda, Batu Caves, Selangor. Boleh isi secara online melalui alamat URL ini:


Sila isi atau boleh merujuk kepada saya [Ustaz Rosdi : 016-9585423] terlebih dahulu untuk dapatkan borang-borang berkenaan.

Jika ingin ke laman web Kolej islam Antarabangsa UIAM, sila klik pada link di bawah ini. Terima Kasih.

Thursday, 22 March 2012

TESTIMONI 12

Alhamdulillah, semua dengan izinNya, melalui syafaatnya ar-Rasul saw sebagai Rasulullah, banyak perkara diatas muka bumi ini berpaksi kepada sunnah Baginda saw. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad. [dipetik dari blog Sabun al-Bayt]

Testimoni kali ini melibatkan 3 orang anak kepada sahabat ana di sekitar Kuala Lumpur. Anaknya mengalami masalah penyakit kaki, tangan dan mulut, hasil pencerapan doktor, doktor mengatakan penyakit nie biasa kena pada budak-budak bawah 2 tahun.

Oleh kerana perasaan sayangkan anak yang menebal, sahabat ana berikhtiar dengan menggunakan Sabun al-Bayt buat ketiga-tiga anaknya sekaligus. Alhamdulillah, penyakit berkenaan berkurangan, luka-luka atau bernanah hilang [kering], dan hari ini 23 Mac 2012, selepas berchat dengan sahabat ana, dia menceritakan kepada ana.

Alhamdulillah, berkatnya suatu ikhtiar ini Ya Allah melalui herba alam semulajadi yang Engkau kurniakan kepada kami ummat manusia ini, namun kami manusia jarang sekali bersyukur kepadaMu, Ighfir Zunubana Ya Rabb [Ampunkan dosa-dosa kami Ya Rabb].

Jadi mana-mana yang anaknya terkena penyakit mulut, kaki dan tangan, berikhtiarlah dengan menggunakan Sabun al-Bayt. Insya Allah. Ana mengalukan mereka yang berhajat untuk menjadi dealer Sabun al-Bayt ini.

-----------------------------------------------

Sabun al-Bayt ianya Suatu Ikhtiar! Allahu Akbar

Tuesday, 20 March 2012

'BARANG SIHIR' TERCAMPAK KELUAR



Puan Sharifah (bukan nama sebenar) sanggup menempuh perjalanan yang begitu jauh dari Pulau Pinang ke Seremban untuk  meneruskan ikhtiarnya mencari kesembuhan bagi masalah gangguan yang dialaminya sejak lebih 15 tahun. Saya kenal Puan Syarifah ni melalui anaknya Siti Nurizzati (bukan nama sebenar) yang saya pernah rawat disebabkan gangguan sihir dan saka yang agak serius. Saya memaklumkan kepadanya bahawa simptom gangguan tu ada kaitan dengan ibunya. Agaknya itulah sebab dia bersungguh-sungguh membawa ibunya ke Akrine Seremban untuk mencuba rawatan. manalah tau kot-kot serasi setelah pelbagai dukun, bomoh, pawang, dan perawat Islam yang ditemui sebelum ini masih belum berhasil.

Sebaik sahaja sesi ruqyah selesai, tiba-tiba Puan Syarifah kerasukan. Suaranya bertukar garau dan perlakuannya nampak agresif. Saya memang dah bersedia dengan apa-apa sahaja kemungkinan. Dah biasa dengan situasi mencemaskan apabila tiba-tiba pesakit bertindak ganas. memekik-mekik, menumbuk, menendang, dan tak kurang yang mencakar. Mujur la ada sikit-sikit asas bunga dan buah silat yang dipelajari daripada arwah ayah dan guru silat di kampung masa zaman remaja dulu. Niatnya masa tu bukan untuk mencari gaduh atau nak tunjuk kuat. Sekadar untuk mempertahankan diri kalau terdesak. Rupa-rupanya Allah nak saya gunakan kemahiran yang ada untuk rawatan sekarang ni. Masya-Allah...dapat la juga dielak, ditepis dan ditahan serangan yang ada, seterusnya dapat lemahkan pesakit yang terlalu agresif. Kadang kala ada juga pesakit yang terpaksa saya ikat dengan kain atau tali sebelum dirawat sebab terlalu ganas hingga boleh membahayakan keselamatan diri sendiri, ahli keluarga dan perawat.

Berbalik kepada kisah rawatan Puan Syarifah tu, dia beraksi seperti seekor mawas yang ganas. Setelah berjaya ditenangkan, saya terus berdialog dengan jin sihir yang mengganggu Puan Syarifah. Tak perlulah saya perincikan di sini kandungan dialog tu sebab kita pun faham kata-kata jin tak boleh dipercayai 100%. Terus saya dakwah dan tanzir jin tu sehingga dia bersetuju memeluk Islam dan tinggalkan kezaliman yang dilakukan sejak 15 tahun yang lalu. Saya arahkan jin tu ambil barang sihir yang terdapat di seluruh anggota badan Puan Syarifah. Aksi scan, ambil dan buang barang sihir berlangsung hampir 20 minit. Kemudian kedua-dua tangan Puan Syarifah menunjukkan aksi menarik tali yang amat panjang menerusi mulutnya. Lama juga nak tunggu. Ada la 15 minit untuk menyudahkan tarikan 'tali' dari dalam perutnya.

Akhir sekali, setelah bersetuju dengan perjanjian dan ikrar yang dinyatakan, jin sihir tu bersedia untuk keluar melalui mulut bersama-sama saki-baki barang sihir yang masih ada dalam badan. Puan Syarifah muntah dengan banyaknya. Warna dan baunya memang dahsyat. Agaknya dah tersimpan lama dalam badan selama ini. Sehinggalah satu peringkat, Puan Syarifah seperti tercekik dan minta saya bantu lepaskan gangguan yang tersangkut pada kerongkongnya. Terus saya bacakan selawat tafrijiah dan awal surah Al-Fath lalu dihembus ke kerongkong Puan Syarifah. Tiba-tiba Puan Syarifah tersedak dengan kuat lalu terbatuk sehingga memuntahkan sesuatu objek yang agak keras bunyinya apabila tercampak di atas tikar. wah, barang sihir agaknya yang tercampak keluar tu. Cepat-cepat saya minta anak perempuannya ambil barang tu. Teruja hati saya untuk melihat dan mengenal pasti 'barang sihir' yang dimuntahkan tadi. Sambil tersipu-sipu, anak perempuannya cepat-cepat membalut 'barang sihir' tu dengan tisu lalu diserahkan kepada suami Puan Syarifah.

"Apa bendanya tu, bang? Barang sihir ke?" tanya saya, ingin tahu.
"Bukan la ustaz. Tadi tu gigi palsu kak yang tercampak keluar," katanya.

Ya Allah, mati-mati saya ingatkan barang sihir yang keluar. Rupa-rupanya gigi palsu yang tercampak keluar. Sesi rawatan petang itu berakhir dengan insiden yang cukup melucukan. Alhamdulillah, setelah keluar 'barang sihir' tu, Puan Syarifah tersedar dan berasa amat lega dan tenang. Alhamdulillah.....semoga dia akan bebas terus daripada sebarang gangguan sihir.

Thursday, 8 March 2012

AKHIRNYA KAU PERGI JUA, WAKHILAH


Jam 9.00 pagi 6 Mac 2012 yang lalu, saya bergegas ke Johor Bahru setelah menerima berita kematian Wakhilah, isteri kepada anak saudara saya. Saya benar-benar rasa kehilangan dengan kematian beliau. Walaupun hanya sekali-sekali berjumpa, namun Wakhilah antara anak-anak saudara saya yang ceria, peramah, berbudi bahasa, kuat ibadah dan penyayang serta rajin berusaha. Sebab itulah dia bersama suaminya berjaya dalam perniagaan sehingga mengundang rasa dengki dan tidak puas hati terhadap pesaing-pesaing perniagaannya. Biasalah, orang Melayu, tak senang tengok orang lain senang.

Tiga bulan yang lalu, dia sering mengadu keletihan, sering tidak sihat dan hilang selera makan. Puas berulang-alik ke klinik dan hospital untuk meredakan kesakitannya tetapi keadaannya tetap sama malah semakin teruk. Saya menasihati suaminya agar cuba buat 'scan' . Manalah tau kalau-kalau ada apa-apa unsur gangguan mistik. Kata hati saya mengatakan Wakhilah 'diserang' tetapi saya masih merahsiakannya daripada suami dan keluarganya. Sehinggalah suatu hari suaminya membawa Wakhilah untuk mendapatkan rawatan secara Islam, barulah dapat disahkan bahawa dia mengalami gangguan mistik.

Keadaan Wakhilah semakin hari semakin membimbangkan. Perawat demi perawat ditemui sebagai ikhtiar penyembuhan. Namun, keadaannya tidak banyak berubah malah semakin lemah, cengkung dan amat tidak bermaya. Hanya amalan-amalan zikir, doa dan munajat kepada Allah yang menguatkan dia untuk meneruskan perjuangan dalam hidup ini. Sehinggalah suatu hari suami dan keluarganya membawa Wakhilah ke pusat rawatan saya di Seremban (Akrine Seremban). Walaupun terpaksa menempuh perjalanan sejauh 250 km dalam keadaan sakit, dia tetap tabah, sabar dan redha demi mengharapkan kesembuhan.

Melihat keadaannya, saya seolah-olah tidak percaya dengan keadaan Wakhilah. Tidak seperti Wakhilah yang biasa saya temui sebelumnya. Apa nak dikatakan. Allah mengujinya sedemikian rupa sebagai penghapusan dosa, peningkatan darjat dan anugerah pahala sabar yang berlipat ganda di sisi Allah. Saya cuba sedaya upaya sekadar yang termampu dengan ilmu yang terbatas yang ada pada saya untuk menyelamatkan dan memulihkan Wakhilah. Sempat juga saya 'berkomunikasi' dengan jin yang mengganggu Wakhilah untuk mencari asbab dia dizalimi, siapa tuannya dan apa unsur yang digunakan untuk menzalimi Wakhilah.

Beberapa minggu selepas sesi rawatan dengan saya, berita diterima mengatakan Wakhilah telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Keadaannya semakin kritikal dan amat membimbangkan sehingga tidak sedarkan diri. Bantuan rawatan daripada perawat-perawat Islam di sekitar Johor Bahru terus diusahakan. Saya yang tinggal jauh di Seremban sekadar mampu mendoakan dan melakukan rawatan secara jarak jauh.

Manusia hanya berusaha. Ikhtiar dan doa memang milik kita tetapi segala ketentuan adalah milik Allah jua. Takdir Allah mengatasi segala usaha dan ikhtiar manusia selaku hamba-Nya yang lemah. Akhirnya, kami terpaksa akur dan redha dengan kehendak Allah bahawa Wakhilah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan koma pada waktu Subuh, 6 Mac yang lalu. Walaupun zahirnya Wakhilah tewas kepada yang batil tetapi hakikatnya dia menang di sisi Allah sebab memperjuangkan kebenaran sehingga ke penghujung nyawa. Sesekali dia tidak membalasi kejahatan sihir dengan sihir. Sebaliknya merujuk kepada kaedah yang dibenarkan oleh syariat untuk sekurang-kurangnya mempertahankan diri. Mudah-mudahan dia pergi sebagai syahidah. Semoga Allah merestui dan merahmati rohnya dan ditempatkan bersama-sama hamba-hamba Allah yang solehah di sisi-Nya. AL-FATIHAH buat Wakhilah...

Sunday, 4 March 2012

PENDERITAAN DALAM PERPISAHAN


Sudah lebih 10 tahun Puan F berpisah dengan bekas suaminya sebab tidak dapat menerima hakikat bekas suaminya ingin berkahwin lagi. Dengan pendapatan yang tidak menentu, Puan F tabah menghadapi hari-hari muka untuk membesarkan 6 orang anak yang kesemuanya diserahkan kepadanya selepas penceraian. Ternyata Puan F seorang wanita yang tabah. Berbekalkan tekad, kesungguhan, taqwa dan sabar, akhirnya Puan F mampu melakar kejayaan dalam hidup tanpa bergantung dan mengharapkan belas ihsan bekas suami.

Kehidupan Puan F yang semakin baik dan bahagia bersama-sama 6 cahaya mata, penyejuk hati dan penawar duka rupa-rupanya tidak disenangi oleh bekas suami. Mengharapkan Puan F hidup susah, merempat dan terpaksa mengemis di sana-sini tidak menjadi kenyataan. Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk Puan F berbanding niat jahat bekas suaminya Encik A yang hidup lebih sengsara daripada sebelumnya. Sakit betul hati Encik A melihat bekas isterinya yang semakin senang dan bahagia hidup bersama-sama anak-anak.

Tak dapat menjatuhkan Puan F secara fizikal, Encik A nekad untuk menghancurkan kehidupan Puan F secara mistik. Bomoh demi bomoh ditemui, untuk mencapai misinya menjahanamkan masa depan Puan F. Namun, Allah masih memelihara hamba-hamba-Nya yang ikhlas, yang tak jemu-jemu berikhtiar, beramal ibadah dan berdoa demi kesejahteraan hidupnya dan anak-anak. Semuanya dengan izin Allah jua. Akhirnya, Puan F tumbang apabila disihir oleh seorang bomoh dari Indonesia.

Hasil dialog saya dengan ketua jin sihir yang dikirim untuk menganggu Puan F, dengan loghat Indonesia, dia mendakwa berusia 2000 tahun dan pernah hidup sezaman dengan nabi Allah Sulaiman AS. Saya pun malas nak percaya 100% dakwaannya tu. Cuma jin ni memang tak Islam dan tak mahu dengar apa-apa tentang Islam. Semasa saya membacakan ruqyah pun dia tutup telinga. Sehinggalah saya dakwahkan dia dengan hujah-hujah yang logik dan rasional, akhirnya dengan hidayah daripada Allah ketua jin sihir itu bersetuju masuk Islam. Terketar-ketar suaranya tatkala melafazkan syahadah. Dah terlalu tua agaknya.

Setelah diislamkan, dia tetap masih enggan keluar daripada tubuh Puan F dengan alasan takut tuannya marah dan bunuh dia. Saya berikan 3 jaminan keselamatan kepadanya. Pertama, dia berhijrah ke Serambi Madinah ditemani oleh tentera Islam dari SM. Kedua, saya bekalkan dia senjata yang ampouh untuk berhadapan dengan segala kemungkinan. Ketiga, dia akan dipakaikan dengan pakaian halimunan sepanjang perjalanan ke SM agar tidak dapat dikesan oleh ahli sihir dan tuannya.

Akhirnya, ketua jin bersetuju dengan jaminan saya. Setelah mengarahkan semua jin sihir yang lain keluar, ketua jin sihir yang diberi nama Yusof ini menjadi jin yang terakhir keluar daripada tubuh Puan F. Teruk juga Puan F muntah dan batuk ketika Yusof keluar daripada tubuhnya.

Syukurlah, segala-galanya telah selesai. Puan F berasa sangat tenang dan gembira sekali. tambahan pula dia akan menguruskan majlis pernikahan anak perempuannya beberapa hari lagi. Memang dia perlukan tenaga dan kesihatan yang terbaik untuk majlis yang amat bermakna untuk Puan F sekeluarga. tahniah Puan F, kerana menerima menantu. Saya doakan kehidupan Puan F akan terus bahagia walaupun tanpa insan yang bergelar suami dalam hidupnya....

Wednesday, 29 February 2012

KEMAJUAN YANG MENJAHILIYYAHKAN MINDA



Assalamualaikum...

Kita tidak nafikan bahawa kehidupan manusia pada zaman moden ini kian canggih dan kian maju. Malangnya kemajuan dan kecanggihan teknologi yang dicapai menyebabkan manusia semakin jauh dari Allah dan semakin renggang dengan sunnah Rasulullah. Kelulusan tinggi melangit tetapi akidah, kepercayaan dan cara berfikir nampaknya kembali ke zaman jahiliyyah.

Apa tidaknya, kes-kes yang dirujuk kepada saya selaku perawat Islam semakin pelik dan ada kalanya tak dapat diterima dek akal yang waras. Pelik tetapi benar. Dalam kes gangguan sihir misalnya, kita biasa mendengar seseorang disihir oleh jiran, rakan sekerja, bekas teman lelaki atau teman wanita, orang bawahan sihirkan bos, peniaga sihirkan peniaga lain dan sebagainya. Ini kes-kes yang dianggap biasa. Tetapi kalau dah melibatkan kes suami sihirkan isteri, isteri sihirkan suami, anak sihirkan emak, emak sihirkan anak, anak-anak pula sihir-menyihir sesama mereka, ini dah kira pelik. Ya Allah, dah hilangkah rasa kasih sayang dalam kehidupan keluarga. Sudah lupakah umat Islam bahawa perbuatan sihir merupakan kerja syirik yang termasuk dalam ketegori dosa besar? Yang sedihnya, berdasarkan kes-kes yang saya kendalikan, kerja-kerja sihir ini turut dilakukan oleh seorang yang berstatus ustaz atau ustazah, pendakwah, dan golongan ilmuwan dalam agama. Nampaknya ilmu yang mereka miliki tidak mampu mentarbiah diri sendiri daripada unsur syirik. Semakin mencabarlah tugas para perawat Islam pada ketika ini. 

Puan Y telah disihir sejak beberapa tahun yang lalu. Hasil 'ujian pengesanan' yang saya lakukan, Puan Y rupa-rupanya disihir oleh ibu saudaranya sendiri yang tidak senang dengan kejayaannya. Dalam masa yang sama dia juga disihir oleh teman sekerja di pejabatnya. Lebih memburukkan keadaan, Puan Y juga diganggu jin saka yang datangnya dari pihak suami. Hasil perundingan secara diplomasi, akhirnya jin-jin saka yang mengganggu Puan Y bersetuju untuk berhijrah ke Serambi Madinah. Sebahagian daripada mereka keluar melalui hujung kaki dan sebagaiannya saya arahkan keluar melalui mulut. Pada akhir sesi, Puan Y terbatuk-batuk dan sendawa menandakan jin-jin saka tu keluar nelalui mulut Puan Y dengan izin Allah. Alhamdulillah, satu bab dah selesai, kata hati kecil saya.

Apabila saya mula berurusan dengan jin-jin sihir yang mengganggu Puan Y , mereka 'memaklumkan' bahawa mereka bukan suka pun buat kerja-kerja zalim ini tetapi mereka dipaksa oleh ahli-ahli sihir laknatullah. Puan Y  sebelum ini pernah diserang sihir tetapi telah dirawat. Sekarang dia diserang lagi dan berdasarkan 'dialog jari' antara saya dengan ketua jin sihir, mereka dihantar oleh ibu saudara Puan Y yang sakit hati, cemburu, dan tidak dapat menerima kejayaan Puan Y berbanding anaknya yang sebaya dengannya. Biasalah orang Melayu, tinggi tahap 'PhDnya'

Selepas sesi bacaan ruqyah, saya teruskan sesi dengan mengarahkan ketua jin sihir membuang barang-barang sihir daripada tubuh Puan Y. Banyak juga rupa-rupanya barang sihir yang diletakkan dalam tubuh Puan Y, bermula dari kepala sehinggalah ke hujung kaki. Alhamdulullah, ketua jin sihir yang beragama Islam tu memberikan kerjasama yang baik setelah saya dakwah dan tanzirkan dia. Seterusnya, saya mengarahkan semua jin sihir berkumpul dan bersiap sedia untuk dihijrahkan ke Serambi Madinah. Tiga kali juga lah penghantaran dibuat ke atas kelompok-kelompok jin tu. Namun masih ada satu jin yang enggan keluar iaitu ketua jin sihir.

Rupa-rupanya ketua jin sihir tu takut akan diapa-apakan oleh tuannya. Tambahan pula, saya perasan sepanjang sesi rawatan, kami dipantau oleh beberapa ekor lalat yang pastinya utusan atau 'spy' ahli sihir. Setelah dipujuk, diberi jaminan keselamatan dan dipakaikan dengan pakaian halimunan, akhirnya dia setuju keluar dan berhijrah ke Serambi Madinah. Syukurlah, segala-galanya dimudahkan dan diselesaikan dengan izin Allah. Cuma saya berharap Puan Y terus beramal dengan amalan yang saya bekalkan sambil mohon perlindungan daripada Allah agar tidak berlaku lagi serangan sihir ke atasnya pada masa akan datang. Perawat hanya dapat membantu 30% sahaja. 70% lagi perlu dilakukan oleh pesakit itu sendiri. Ingatan kepada sahabat-sahabat perawat, jangan sampai pesakit tu bergantung 100% dengan kita.





AKRINE Tidak Terlibat Dengan Kursus ini

Assalamualaikum wbt,

Saya selaku Pengasas Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia [AKRINE] dengan ini menegaskan bahawa saya tidak terlibat dengan kursus yang dirancang oleh pengiklan berkenaan.

Pihak penganjur ada menemui saya menyatakan hasratnya untuk mengendalikan kursus berkenaan. Walau bagaimanapun perbincangan hanyalah di peringkat cadangan.

Pihak penganjur telah mengiklankan dalam website mereka dan saya dihubungi oleh beberapa orang yang inginkan pengesahan saya kerana di antara tarikh kursus adalah pada 10hb. Mac 2012 sedangkan tarikh berkenaan kursus tahap 2 akan berlangsung di Kuang.

Saya meneliti website berkenaan dan mendapati banyak kekeliruan yang boleh memberi anggapan yang tidak betul kepada saya seperti ilmu pengasih, ilmu pelaris dll yang bukan bidang ataupun kepakaran saya. Begitu juga dengan pemakluman saya bahawa peserta kursus hanya akan diajar asas rawatan tahap 1 tetapi penganjur mengiklankan modul kursus tahap 2.

Saya telah menghubungi penganjur dan penganjur berjanji untuk memperbaiki modul berkenaan. Saya dapati pihak penganjur masih memasukkan kursus Tahap 2 walaupun berjanji untuk tidak berbuat demikian.

Kursus Tahap 2 perlu mendapat kelulusan dari Persatuan Akrine dimana peserta kursus akan layak menjadi ahli persatuan dan setakat ini hanya kursus di Kuang, Selangor sahaja yang diterima pakai oleh persatuan.

Memandangkan pihak penganjur gagal mematuhi perbincangan awal saya dengan ini menegaskan bahawa saya tidak terlibat dengan penganjuran kursus berkenaan.

Harap maklum dan terima kasih.

Wassalam

Thursday, 23 February 2012

Jom pakat dengor kuliah UAI

Jom tambah ilmu ... bersama al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, 25 Feb 2012 [Sabtu Malam, lepas solat Maghrib]

Tuesday, 14 February 2012

Pengasas AKRINE di Majalah Q & A


Assalamualaikum wbt.

Dapatkan majalah Q & A isu kedua d pasaran atau pembelian secara online melalui link yang diberikan. Cerita/ tulisan Pengasas AKRINE berada pada halaman 100.

Bagi sesiapa yang mahu membaca tulisan saya, jemputlah menelaah majalah Q&A terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd, [harga majalah RM10 dan kos pos laju RM5 sahaja] tempahan boleh dibuat melalui http://www.iqramall.com

Wednesday, 1 February 2012

SABUN AL-BAYT

Pengedar Sabun al-Bayt boleh cetak dan edarkan pada yang berkenaan. 
Wallahu a'lam.



Sunday, 29 January 2012

KURSUS BEKAM DI PUSAT RAWATAN KASTURI, BBB

PERKONGSIAN ilmu dalam Rawatan antaranya Bekam, Rawatan Resdung dan Refleksologi, di Pusat Rawatan Islam Kasturi, Muallij Nasa, Bandar Bukit Beruntung, Selangor pada 29 Januari 2012 [Ahad].

Perkongsian ini antara lain adalah inisiatif Ustaz Rosdi yang ingin sahabat-sahabat perawat mempelajari ilmu Bekam [al-Hijamah] ini.

 Rawatan Lilin Resdung [serai wangi dan madu]

 Tn Hj Kamisan, En Amin, ana dan Saudara Kamarul


 Perkongsian Teori Bekam/ al-Hijamah


 Praktikal Bekam/ al-Hijamah


 Bekam [al-Hijamah]

 Rawatan Resdung [Ghurah]

 Rawatan Resdung [Ghurah]

Rawatan Resdung [Ghurah]