9/22/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
7 comments | 11:22 am
Assalamualaikum…rakan-rakan perawat dan para pengunjung yang budiman,
Alhamdulillah, barulah ada kesempatan untuk menjenguk blog akrineseremban setelah agak lama ‘bercuti’ sepanjang Ramadhan dan Syawal yang dah semakin di penghujung ni. Bukan bermakna sepanjang Ramadhan dan Syawal ni tiada rawatan. Rawatan berjalan seperti biasa malah jadual rawatan saya lebih padat sepanjang Ramadhan berbanding hari-hari biasa. Jadi, mengesahkan pendapat bahawa jin tetap mengganggu atau merasuk manusia sekalipun dalam bulan Ramadhan. Wallahu ‘alam.
Pada minggu awal Ramadhan, saya didatangi seorang pesakit perempuan yang mengalami masalah bengkak pada bahagian kaki kanannya. Puas dah mendapatkan rawatan di hospital dan klinik. Dah banyak ubat yang dah ditelan atau disapu tetapi tak juga berkurangan malah lebih teruk sehingga terpaksa dipapah untuk berjalan. Seperti biasa, saya akan diagnos pesakit melalui scanning menggunakan kombinasi beberapa ayat ruqyah. Pening juga kepala saya dibuatnya apabila semua teknik scanning yang saya gunakan tak memberikan apa-apa respon untuk mengenal pasti spesies jin yang menganggu Tengku NF ni. Dialog anggota badan menunjukkan jin yang menganggu bukan jin sihir, bukan jin saka dan bukan jin asyik. Tiba-tiba Allah ilhamkan untuk bertanya tentang jin tanah. Tindak balas terus diterima. Hasil dialog jari , jin tanah itu memang marah sebab Tengku NF terpijak ‘rumah’ dia. Habis rosak ‘rumah’ dia dan ada anak-anak dia yang tercedera. Sebagai misi balas dendam, jin tanah dan keluarganya telah membina ‘rumah baru’ di kaki Tengku NF. Tu yang bengkak tak surut-surut, sakit dan bias menyucuk-nyucuk.
Sesi dakwah dan tanzir yang saya lakukan menyedarkan jin-jin tanah tu tentang kesilapan tindakan mereka. Tetapi, mereka keberatan untuk keluar sebab dah rasa selesa berada di ‘rumah baru’ mereka. Akhirnya saya terpaksa berkasar atas kedegilan mereka. Teknik pukul, bakar, racun dan sebagainya saya gunakan untuk menyiksa dan melemahkan jin-jin tersebut tapi dalam sesi kali ini , Allah tak izinkan jin-jin itu keluar semuanya. Saya tamatkan sesi pertama rawatan setelah mendapati pesakit nampak kurang bermaya dan saya pun agak keletihan.
Sebelum sesi kedua rawatan dijalankan, saya minta pesakit menjalani terapi rendaman air garam untuk melemahkan unsur gangguan yang liat dan degil. Alhamdulillah, dengan izin Allah rawatan sesi kedua lebih mudah. Jin-jin tanah tu dah mula lemah dan tak seagresif sebelumnya ketika sesi rawatan pertama. Nampaknya jin-jin tu mahu beri kerjasama bagi setiap arahan yang diberi. Ancaman untuk bakar mereka bersama-sama dengan ‘kediaman’ mereka dapat memaksa jin-jin tu ‘berhijrah’ ke lokasi baru. Syukurlah, keadaan kaki yang bengkak telah beransur-ansur susut dan Tengku NF dapat berjalan sendiri tanpa perlu dipapah lagi. Semoga Allah kurniakan beliau kesihatan yang berpanjangan….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ALHAMDULILLAH... barakalah
ReplyDeleteadakah kemurungan juga disebabkan gangguan jin? murung selepas kehilangan orang tersayang...
ReplyDeletesaya kerap termenung...
jarang bercampur gaul....
tidak yakin kepada diri sendiri...
sering marah2 dan cepat tension.... adakah semua ini, tanda2 gangguan jin?
Itu bkn jin..tu mslh dlm otak.
DeleteMkn ashvaganda setiap hr utk pulihkn mslh tu
Salam tuan, bagaimana nk jumpa pihak tuan, ada masalah saka, raja segala jin yg kebal buat mcmana xmati2. dh berubat mcm2 cara dn duit ringit.
ReplyDeleteAsslmualaikum tuan,mcmana nak contact?ada masalah yang sma kaki bengkak tak surut2 wlupn telah byk kali beruba..kaki rasa berat..ctc saya boleh?wyte_perfect907@hotmail.com
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Sy ada adik ipar ppuan terpijak lubang di kebun getah. Beberapa hari kemudian, kakinya mbengkak dan salur darah tersumbat. Kulit jd hitam.. Jari kaki mati. Doc hairan xada gigitan berbisa atau pyakit diabetes. Skrg adik ipar ada di hospital K. Pilah.. Sudah jalani pembedahan buang kulit tp kulit kembali hitam. Mohon tuan bantu adik ipar saya. Contact saya zurazul213@yahoo.com.sg
ReplyDeletesaya pun mengalami hal yg sama...
ReplyDelete