• RAWATAN ISLAM AL-JAWHARI

    AHLAN BIKUM dan SELAMAT DATANG ... Konsep Ikhtiar mencari kesembuhan dengan menggunakan ayatul ruqyah dan herba-herba semulajadi dalam rawatan Insya Allah.

  • PERAWAT ANDA

    Sila hubungi saya, Ust Bukhari melalui talian 019-650 8503 (24 jam) dan email walin9@yahoo.com. Insya Allah kita sama-sama berikhtiar

  • BUKU JIN UNDERCOVER

    Buku Terbaharu keluaran AKRINE, pengijazahan amalan merawat sekiranya pembelian buku yang original ...

  • BUKU BERDIALOG DENGAN JIN [BDJ]

    Nukilan kisah rawatan oleh penulis buku berkenaan, antara Best Seller pada tahun keluarannya, RM35.00 sahaja ...

  • PENGASAS AKRINE

    TG Dr. Ust Abdul Majid bin Hassan, sila layari laman blog beliau www.akrine.blogspot.com, beliau juga penulis buku Berdialog Dengan Jin [Pengalaman Perawat] dan buku Jin Undercover.

  • AKRINE

    Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia [AKRINE]. Sila layari laman web www.akrine.com, bagi yang berhajat dengan Kursus Intensif Rawatan Islam, sila ambil perhatian kerana selepas KIRI 1 sahaja akan dibenarkan mengikuti KIRI Tahap 2. Tuan/ Puan/ Cik juga dipelawa menyertai FB AKRINE, selepas selesai KIRI Tahap 2, dan emailkan sijil tamat KIRI 2 ke email webakrine@gmail.com.

  • URUTAN URAT DAN SARAF

    Ikhtiar pemulihan urat dan saraf dengan Terapi Urutan Badan, samada kerana kelesuan bekerja, urutan kesihatan, urutan kelelakian mahupun urutan pakej sebelum berkahwin, suatu ikhtiar, saya mengurut LELAKI sahaja... Mahar urutan boleh dibincangkan Insya Allah

  • RAWATAN GHURAH RESDUNG

    Ikhtiar mengeluarkan lendir pada saluran pernafasan yang mana lendiri-lendir ini mengganggu sistem pernafasan seharian, almaklumlah, kita menyedut toksin-toksin yang kotor seharian. Akan dibekalkan selepas rawatan Sabun Sireh [RM8.00 sebuku] dan Sabun Resdung [RM8.00 sebuku] sebagai ikhtiar selepas rawatan Ghurah Resdung ... Insya Allah membantu tuan/ puan/ cik ...

  • BEKAM atau ALHIJAMAH

    Ikhtiar mengeluarkan darah-darah kotor di bawah kulit atau sel darah merah yang mati selepas setiap 3 bulan, sel-sel ini yang tiada tempat atau jalan keluar tersimpan di bawah kulit, Insya Allah dengan al-Hijamah mampu memulihkan atau mengeluarkan darah mati berkenaan. Ianya juga amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan Baginda SAW. Insya Allah akan memberikan kesihatan berpanjangan dengan amalan berbekam ini. Nasihat selepas berbekam akan diberikan percuma, dan darah tuan akan didiagnos sepanjang sesi bekaman badan ...

:::::: :::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog AKRINE SEREMBAN [AL-JAWHARI] :::: :::: Syukran dan Terima Kasih :::: sama-sama usahakan untuk mendapatkan kesembuhan dariNya, bergantung hanya padaNya, Tukang Doa hanyalah asbab sahaja ....

7/27/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
1 comment | 12:18 pm


Assalamu'alaikumwarahmatullahi wabarakatuh, Syukur ke hadrat Allah swt dengan limpah kurnia dan Kasih Sayang-Nya saya masih berpeluang untuk berkongsi serba sedikit ilmu, pandangan dan luahan rasa yang tidak seberapa ini. Semoga blog ini dapat memberi banyak manfaat kepada para pengunjung sekalian...

Cepatnya masa berlalu. Diam tak diam, setahun sudah berlalu….Ramadan muncul kembali dengan seribu rahmat, maghfirah dan barakah daripada-Nya. Bulan yang menguji keimanan para pencinta dan pencari Tuhan. Semoga dimudahkan perjalanan insan sepanjang Ramadan ini dalam usaha  mencapai maqam TAQWA di sisi Allah. Jom kita tingkatkan amalan sepanjang Ramadan ini. Ingatan ni sebenarnya ditujukan untuk diri saya sendiri dan kalau ada manfaatnya, boleh la kita kongsi sama-sama ye…

Mmmmm... topik apa yang ingin saya kongsikan pada kali ini....? topik yang agak ringkas tetapi saya kira sangat bermanfaat bagi mereka yang sering mengalami masalah dipantau oleh  jin-jin sihir...

Ada antara jin sihir yang sentiasa memerhatikan pesakit, mengekori pesakit ke mana sahaja mereka pergi... jin-jin tersebut kebiasaannya, sama ada "berupa" burung gagak, kelawar, belalang, lalat, agas dan lain-lain... jikalau tidak "berupa" pun, jin tersebut akan menjadikan haiwan-haiwan itu sebagai tunggangan mereka...

Oleh yang demikian, pesakit yang mengalami masalah sebegini selalunya mereka akan sentiasa diekori oleh haiwan-haiwan yang sama ke mana saja mereka pergi...Ingat, jin-jin sihir mengecam sasarannya melalui wajah mangsa dan daya pengecaman jin terhadap mangsanya dikatakan 99.99% tepat. Lebih tajam daripada deria penglihatan kelawar dan deria bau anjing...

Apakah tujuannya? Tidak lain dan tidak bukan  untuk memastikan apa saja yang dilakukan oleh pesakit akan terhalang... ini berkemungkinan akan menyebabkan segala urusan harian tergendala... rezeki dah ada kat mulut boleh terlepas begitu sahaja... sukar bertemu jodoh... dan lain-lain lagi tujuan untuk meyakiti pesakit...

Apakah langkah-langkah yang seharusnya diambil oleh pesakit..?

1. Dapatkan rawatan dengan perawat yang merawat dengan kaedah yang tidak menyalahi hukum syara'.

2. Setiap kali selepas solat atau pada bila-bila waktu, berdoa kepada Allah swt, "Ya Allah, aku pohon akan kurnia-Mu, ghaibkan lah aku dari pandangan jin dan manusia yang jahat (doa bahasa yang kita faham je.... ) kemudian bacakan surah Yaasiin ayat 9 sebanyak tiga kali atau tujuh kali, tiup pada kedua-dua tapak tangan dan sapukan ke seluruh badan dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.



** AWAS - kita hanya memohon kepada Allah agar dighaibkan dari pandangan jin ataupun orang-orang yang jahat... jangan mintak ghaib terus, nanti semua orang tak nampak kita pulak, tak ke haru-biru dibuatnya ...? Mudah je, kan? Selamat beramal dan Salam Ramadan….

.

HUBUNGI

Rawatan Islam al-Jawhari [Akrine Seremban] dikelolakan oleh Ustaz Bukhari b. Hj Kadam secara part time sahaja. semua rawatan adalah berdasarkan janji temu sahaja dan semuanya perlu mengikut masa yang telah diberikan.

Suatu ikhtiar dalam rawatan gangguan makhluk halus, sihir, saka, jin asyik, urutan badan bagi lelaki dan bekam darah/ angin serta rawatan resdung/ ghurah. Insya Allah membantu sekadar ilmu yang Dia pinjamkan pada saya sahaja. Saya hanya Tukang Doa sahaja, tiada lebih dari itu.

Alamat Pusat Ikhtiar Rawatan:
No 700 Jalan Semarak 13
Taman Panchor Jaya
70400 Seremban
Neg Sembilan


Sila hubungi :
Tel : 019-650 8503
Email : walin9@yahoo.com