Cepatnya masa berlalu. Diam tak diam, setahun sudah berlalu….Ramadan muncul kembali dengan seribu rahmat, maghfirah dan barakah daripada-Nya. Bulan yang menguji keimanan para pencinta dan pencari Tuhan. Semoga dimudahkan perjalanan insan sepanjang Ramadan ini dalam usaha mencapai maqam TAQWA di sisi Allah. Jom kita tingkatkan amalan sepanjang Ramadan ini. Ingatan ni sebenarnya ditujukan untuk diri saya sendiri dan kalau ada manfaatnya, boleh la kita kongsi sama-sama ye…
Mmmmm... topik apa yang ingin saya kongsikan pada kali ini....? topik yang agak ringkas tetapi saya kira sangat bermanfaat bagi mereka yang sering mengalami masalah dipantau oleh jin-jin sihir...
Ada antara jin sihir yang sentiasa memerhatikan pesakit, mengekori pesakit ke mana sahaja mereka pergi... jin-jin tersebut kebiasaannya, sama ada "berupa" burung gagak, kelawar, belalang, lalat, agas dan lain-lain... jikalau tidak "berupa" pun, jin tersebut akan menjadikan haiwan-haiwan itu sebagai tunggangan mereka...
Oleh yang demikian, pesakit yang mengalami masalah sebegini selalunya mereka akan sentiasa diekori oleh haiwan-haiwan yang sama ke mana saja mereka pergi...Ingat, jin-jin sihir mengecam sasarannya melalui wajah mangsa dan daya pengecaman jin terhadap mangsanya dikatakan 99.99% tepat. Lebih tajam daripada deria penglihatan kelawar dan deria bau anjing...
Apakah tujuannya? Tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan apa saja yang dilakukan oleh pesakit akan terhalang... ini berkemungkinan akan menyebabkan segala urusan harian tergendala... rezeki dah ada kat mulut boleh terlepas begitu sahaja... sukar bertemu jodoh... dan lain-lain lagi tujuan untuk meyakiti pesakit...
Apakah langkah-langkah yang seharusnya diambil oleh pesakit..?
1. Dapatkan rawatan dengan perawat yang merawat dengan kaedah yang tidak menyalahi hukum syara'.
2. Setiap kali selepas solat atau pada bila-bila waktu, berdoa kepada Allah swt, "Ya Allah, aku pohon akan kurnia-Mu, ghaibkan lah aku dari pandangan jin dan manusia yang jahat (doa bahasa yang kita faham je.... ) kemudian bacakan surah Yaasiin ayat 9 sebanyak tiga kali atau tujuh kali, tiup pada kedua-dua tapak tangan dan sapukan ke seluruh badan dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.
slm ustaz.terima kasih dgn ilmu yg dikongsikan ini.mohon diamalkan.tkasih.
ReplyDelete