• RAWATAN ISLAM AL-JAWHARI

    AHLAN BIKUM dan SELAMAT DATANG ... Konsep Ikhtiar mencari kesembuhan dengan menggunakan ayatul ruqyah dan herba-herba semulajadi dalam rawatan Insya Allah.

  • PERAWAT ANDA

    Sila hubungi saya, Ust Bukhari melalui talian 019-650 8503 (24 jam) dan email walin9@yahoo.com. Insya Allah kita sama-sama berikhtiar

  • BUKU JIN UNDERCOVER

    Buku Terbaharu keluaran AKRINE, pengijazahan amalan merawat sekiranya pembelian buku yang original ...

  • BUKU BERDIALOG DENGAN JIN [BDJ]

    Nukilan kisah rawatan oleh penulis buku berkenaan, antara Best Seller pada tahun keluarannya, RM35.00 sahaja ...

  • PENGASAS AKRINE

    TG Dr. Ust Abdul Majid bin Hassan, sila layari laman blog beliau www.akrine.blogspot.com, beliau juga penulis buku Berdialog Dengan Jin [Pengalaman Perawat] dan buku Jin Undercover.

  • AKRINE

    Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia [AKRINE]. Sila layari laman web www.akrine.com, bagi yang berhajat dengan Kursus Intensif Rawatan Islam, sila ambil perhatian kerana selepas KIRI 1 sahaja akan dibenarkan mengikuti KIRI Tahap 2. Tuan/ Puan/ Cik juga dipelawa menyertai FB AKRINE, selepas selesai KIRI Tahap 2, dan emailkan sijil tamat KIRI 2 ke email webakrine@gmail.com.

  • URUTAN URAT DAN SARAF

    Ikhtiar pemulihan urat dan saraf dengan Terapi Urutan Badan, samada kerana kelesuan bekerja, urutan kesihatan, urutan kelelakian mahupun urutan pakej sebelum berkahwin, suatu ikhtiar, saya mengurut LELAKI sahaja... Mahar urutan boleh dibincangkan Insya Allah

  • RAWATAN GHURAH RESDUNG

    Ikhtiar mengeluarkan lendir pada saluran pernafasan yang mana lendiri-lendir ini mengganggu sistem pernafasan seharian, almaklumlah, kita menyedut toksin-toksin yang kotor seharian. Akan dibekalkan selepas rawatan Sabun Sireh [RM8.00 sebuku] dan Sabun Resdung [RM8.00 sebuku] sebagai ikhtiar selepas rawatan Ghurah Resdung ... Insya Allah membantu tuan/ puan/ cik ...

  • BEKAM atau ALHIJAMAH

    Ikhtiar mengeluarkan darah-darah kotor di bawah kulit atau sel darah merah yang mati selepas setiap 3 bulan, sel-sel ini yang tiada tempat atau jalan keluar tersimpan di bawah kulit, Insya Allah dengan al-Hijamah mampu memulihkan atau mengeluarkan darah mati berkenaan. Ianya juga amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan Baginda SAW. Insya Allah akan memberikan kesihatan berpanjangan dengan amalan berbekam ini. Nasihat selepas berbekam akan diberikan percuma, dan darah tuan akan didiagnos sepanjang sesi bekaman badan ...

:::::: :::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog AKRINE SEREMBAN [AL-JAWHARI] :::: :::: Syukran dan Terima Kasih :::: sama-sama usahakan untuk mendapatkan kesembuhan dariNya, bergantung hanya padaNya, Tukang Doa hanyalah asbab sahaja ....

8/01/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 1:13 pm
Assalamualaikum dan salam Ramadan....

Syukur alhamdulillah, Allah beri kita ruang dan peluang untuk bergelanggang di medan Ramadan. Jom kita padatkan Ramadan kali ini dengan ibadah dan mujahadah agar tercapai objektif puasa yang Allah fardukan iaitu untuk mencapai maqam TAQWA. Amiiiiin. 

Ramai juga yang bertanya...sepanjang bulan Ramadan ni ada rawatan ke? Kan semua syaitan dah kena rantai....maknanya tak ada la gangguan pada pesakit....jadi apa perlunya ada rawatan? Memang rata-rata masyarakat kita berpandangan begitu...mungkin termasuk kita? Tak pe lah....kita hormati pandangan tu, tapi harus diingat, Allah dan Rasul dah pesan 'puak-puak' tu sentiasa berusaha menyesat dan merosakkan manusia tanpa ada 'gencatan senjata'. Maknanya setiap detik dan ketika usaha tu berterusan tak kira la bulan puasa sekalipun. Sebab tu....serangan dan kes kerasukan angkara jin dan tukang sihir ni tetap berlaku dalam bulan Ramadan. Jadi.....nak biarkan je ke bila ada pesakit yang menggelupur? nak tengok je ke bila ada pesakit yang datang nak dapatkan rawatan? Fikir-fikirkan.....timbang-timbangkan la ye...

Baru-baru ni pesakit saya, Puan B kena serang lagi. Jam 3 pagi anaknya telefon saya mohon bantuan...teruk sangat katanya. Sebaik sahaja saya tiba di rumah Puan B, dia nampak tak bermaya.

Saya: Bila masuk ni...?
Jin   : Petang tadi la.
Saya: Berapa ramai yang ada dalam badan manusia ni?
Jin: (Ketawa)....banyak la....beratus-ratus. Bagus la kau datang. Memang tuan aku nak kau datang. Dia nak buat perhitungan dengan kau. Dia nak kerjakan perempuan ni cukup-cukup. Biar kau pun sama-sama tak tidur...hehehehe.
Saya: (Sabor je la....) Tak apa...kita tengok siapa yang terpaksa mengalah nanti. Aku bersandar kepada Allah....Tuhan yang Maha Gagah.

Saya mohon kepada Allah agar diberikan ilham untuk membantu Puan B. memang nekad tukang sihir dan pengupahnya untuk membuhun Puan B. Walaupun jin-jin yang dihantar sebelumnya telah mati atau sedia berhijrah ke Serambi Madinah, masih tak serik-serik lagi untuk membuat penghantaran baru dengan 'pakej' yang lebih ramai. 

Agak lama juga saya pujuk jin-jin tu agar keluar dengan cara baik. Disusuli dengan dakwah dan tanzir. masih degil juga....saya terpaksa sakitkan mereka dengan teknik bakar, pancung, 'dragon ball' dan pukul. Tetap tak jalan juga. Mungkin disebabkan bilangan jin yang terlalu banyak....jadi nampak macam tak ada kesan walaupun sebahagiannya berjaya diselesaikan.

Langkah terakhir yang saya fikirkan ialah 'sembelih'. Tapi nak sembelih satu-persatu.....berapa lama pulak nak selesai....? Dah jam 4.30 pagi dah ni. Setelah saya 'belasah' tukang sihir dan pengupahnya untuk melemahkan mereka....saya terus ambil keputusan untuk sembelih semua jin yang ada secara pukal. Mungkin teknik 'gergaji berantai' dapat membantu selesaikan masalah kali ni. Syukur alhamdulillah, Allah izinkan teknik yang saya gunakan. Tak sampai 10 minit, Puan B terus rebah dan kedengaran bunyi 'nazak' berulang kali, menunjukkan betapa banyaknya jin yang disembelih. Rawatan selesai jam 5.00 pagi. Puan B sedar semula dan memberitahu badannya terasa ringan dan mindanya amat tenang.

Saya bermohon diri untuk pulang ke rumah....terus bersiap-siap untuk solat Subuh dan melaksanakan tugas rasmi sebagai guru di sekolah. Agak pening sebab tak cukup tidur, tetapi rasa syukur kerana dapat membantu sesama insan. Inilah perjuangan..........memang perlukan pengorbanan.

0 comments:

Post a Comment

.

HUBUNGI

Rawatan Islam al-Jawhari [Akrine Seremban] dikelolakan oleh Ustaz Bukhari b. Hj Kadam secara part time sahaja. semua rawatan adalah berdasarkan janji temu sahaja dan semuanya perlu mengikut masa yang telah diberikan.

Suatu ikhtiar dalam rawatan gangguan makhluk halus, sihir, saka, jin asyik, urutan badan bagi lelaki dan bekam darah/ angin serta rawatan resdung/ ghurah. Insya Allah membantu sekadar ilmu yang Dia pinjamkan pada saya sahaja. Saya hanya Tukang Doa sahaja, tiada lebih dari itu.

Alamat Pusat Ikhtiar Rawatan:
No 700 Jalan Semarak 13
Taman Panchor Jaya
70400 Seremban
Neg Sembilan


Sila hubungi :
Tel : 019-650 8503
Email : walin9@yahoo.com