• RAWATAN ISLAM AL-JAWHARI

    AHLAN BIKUM dan SELAMAT DATANG ... Konsep Ikhtiar mencari kesembuhan dengan menggunakan ayatul ruqyah dan herba-herba semulajadi dalam rawatan Insya Allah.

  • PERAWAT ANDA

    Sila hubungi saya, Ust Bukhari melalui talian 019-650 8503 (24 jam) dan email walin9@yahoo.com. Insya Allah kita sama-sama berikhtiar

  • BUKU JIN UNDERCOVER

    Buku Terbaharu keluaran AKRINE, pengijazahan amalan merawat sekiranya pembelian buku yang original ...

  • BUKU BERDIALOG DENGAN JIN [BDJ]

    Nukilan kisah rawatan oleh penulis buku berkenaan, antara Best Seller pada tahun keluarannya, RM35.00 sahaja ...

  • PENGASAS AKRINE

    TG Dr. Ust Abdul Majid bin Hassan, sila layari laman blog beliau www.akrine.blogspot.com, beliau juga penulis buku Berdialog Dengan Jin [Pengalaman Perawat] dan buku Jin Undercover.

  • AKRINE

    Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia [AKRINE]. Sila layari laman web www.akrine.com, bagi yang berhajat dengan Kursus Intensif Rawatan Islam, sila ambil perhatian kerana selepas KIRI 1 sahaja akan dibenarkan mengikuti KIRI Tahap 2. Tuan/ Puan/ Cik juga dipelawa menyertai FB AKRINE, selepas selesai KIRI Tahap 2, dan emailkan sijil tamat KIRI 2 ke email webakrine@gmail.com.

  • URUTAN URAT DAN SARAF

    Ikhtiar pemulihan urat dan saraf dengan Terapi Urutan Badan, samada kerana kelesuan bekerja, urutan kesihatan, urutan kelelakian mahupun urutan pakej sebelum berkahwin, suatu ikhtiar, saya mengurut LELAKI sahaja... Mahar urutan boleh dibincangkan Insya Allah

  • RAWATAN GHURAH RESDUNG

    Ikhtiar mengeluarkan lendir pada saluran pernafasan yang mana lendiri-lendir ini mengganggu sistem pernafasan seharian, almaklumlah, kita menyedut toksin-toksin yang kotor seharian. Akan dibekalkan selepas rawatan Sabun Sireh [RM8.00 sebuku] dan Sabun Resdung [RM8.00 sebuku] sebagai ikhtiar selepas rawatan Ghurah Resdung ... Insya Allah membantu tuan/ puan/ cik ...

  • BEKAM atau ALHIJAMAH

    Ikhtiar mengeluarkan darah-darah kotor di bawah kulit atau sel darah merah yang mati selepas setiap 3 bulan, sel-sel ini yang tiada tempat atau jalan keluar tersimpan di bawah kulit, Insya Allah dengan al-Hijamah mampu memulihkan atau mengeluarkan darah mati berkenaan. Ianya juga amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan Baginda SAW. Insya Allah akan memberikan kesihatan berpanjangan dengan amalan berbekam ini. Nasihat selepas berbekam akan diberikan percuma, dan darah tuan akan didiagnos sepanjang sesi bekaman badan ...

:::::: :::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog AKRINE SEREMBAN [AL-JAWHARI] :::: :::: Syukran dan Terima Kasih :::: sama-sama usahakan untuk mendapatkan kesembuhan dariNya, bergantung hanya padaNya, Tukang Doa hanyalah asbab sahaja ....

Showing posts with label Rahsia Alam Ghaib. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Alam Ghaib. Show all posts

12/15/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 10:40 am

Syukurlah sebab masyarakat kita sudah mulai sedar akan perlunya mempertahankan akidah terutama dalam ikhtiar rawatan sejak kemunculan pertubuhan, persatuan dan pusat-pusat rawatan Islam kini. Sejak berkurun lamanya masyarakat kita begitu sinonim dan sebati dengan khidmat bomoh. Apa-apa sahaja yang tak kena dalam kehidupan harian, bomoh la tempat rujuknya. Anak demam, kaki kebas, batuk, sakit kepala, sakit gigi, barang hilang dan apa-apa sahaja yang berlaku, bomoh dianggap penyelesai segala masalah. Sehingga ke hari ini masih ramai masyarakat Melayu yang begitu fanatik dengan bomoh tanpa menyedari ada juga (bukan semua ye) bomoh yang menyalahi akidah dan syariat Islam.

Tanda-Tanda Tok Bomoh Menggunakan Khadam / Jin Dalam Perubatan

Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil ( yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah di tipu oleh lakunan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan khadam dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :-
A ) Cara berpakaian semasa mereka menjampi
Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-
  • Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.
  • Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat dengan Jin Islam.
  • Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap.
  • Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera dan sebagainya.
B ) Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun

Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.

Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? "

C) Tanpa Menurun

Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara antaranya :-
  • Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di hadapannya.
  • Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.
D) Bedah Batin.

Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat membedah secara batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti dibedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.

Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin menjadi Tok Bomoh, tok dukun atau Mak Bidan, malahan Islam juga menggalakkan umatnya menceburi Bidang tersebut, kerana Bidang tersebut merupakan salah satu daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara dan amalan serta kaedahnya itu merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak dengan mengikuti contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bukannya yang di terima melalui mimpi, menggunakan pertolongan khadam yang terdiri daripada para Jin dan sebagainya.

Tok Bomoh Upahan

Terdapat sejenis Tok Bomoh lagi yang amat bahaya dalam masyarakat Melayu, yang kerjanya hanyalah untuk menimbulkan kesusahan dan huru-hara kepada orang lain. Tok Bomoh jenis ini lebih di kenali sebagai Tok Bomoh upahan. Tok Bomoh jenis ini kebiasaannya mempunyai khadam daripada golongan Jin Islam yang fasik dan Jin Kafir serta kuncu-kuncu mereka.
Mereka menggunakan perkhidmatan Jin-Jin tersebut untuk menganiayai manusia lain atas sebab-sebab tertentu, antaranya seperti iri hati, hasad dengki atau cemburu atas kejayaan orang lain samada dalam bidang perniagaan, pekerjaan, persekolahan atau marah kepada orang atasan kerana tidak terpilih untuk kenaikan pangkat atau tidak memenangi tender dan sebagainya. Terdapat juga mereka yang menggunakan Tok Bomoh jenis ini bagi membalas dendam sebab sakit hati kerana di hina, di kutuk atau kerana senda gurau yang berlebihan.
Terdapat juga sesetengah orang yang menggunakan perkhidmatan Tok Bomoh ini semata-mata kerana marah atau benci kepada orang lain disebabkan kekayaan orang tersebut atau iri hati melihat orang tersebut lebih berada daripadanya atau marah kerana kesombongan orang lain terhadapnya dan lain-lain lagi.

Kebanyakan kes yang dijadikan alasan oleh sesetengah orang yang mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini kebiasaanya berhubung dengan masalah rumah tangga contohnya seperti untuk menundukkan suami atau isteri yang terlalu garang, meruntuhkan rumah tangga orang lain, supaya dirinya nampak cantik dan di sayangi oleh suami ( dalam kes si suami yang berpoligami ), kerana pinangannya di tolak oleh pihak keluarga wanita atau kekasihnya dirampas oleh lelaki lain dan sebagainya.

Cara-Cara Melakukan Penganiayaan

Terdapat berbagai cara yang di lakukan oleh orang-orang yang dengki tersebut, supaya matlamat yang mereka impikan tercapai, walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak serta bersusah payah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Tok Bomoh tersebut untuk menjayakan penganiayaan mereka. Antaranya :-

A) Menanam barang-barang sihir

Setelah mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini orang tersebut mestilah menanam barang-barang tertentu yang telah di puja dan di jampi oleh Tok Bomoh, seperti minyak dagu, minyak berpuja ( minyak orang mati di bunuh ) telur ayam, kulit kerbau balau yang mati di panah petir, tulang orang mati, tulang babi, tulang kongkang, kulit babi, besi bath siam, tahi besi, paku, rambut, gigi, patung siam, tanah kubur, tengkorak, batu tokong siam atau tokong Hindu, serpihan batu asah dan sebagainya di tempat-tempat yang biasa di duduki dan dilalui oleh orang yang di sakitinya itu seperti di rumah, di dalam pasu bunga, depan pintu, dekat pagar, kepala simpang jalan, diselit di tempat-tempat sulit samada di rumah, di pejabat, di kedai, di dinding, bawah rumah, dalam kenderaan atau jika barang tersebut jenis debu seperti abu orang mati, maka ia ditabur di sekeliling rumah orang tersebut dan sebagainya. Jika barang hikmat itu berupa minyak berpuja kebiasaannya disapu di tiang rumah, kedai, kenderaan, pakaian dan sebagainya.

B) Memuja gambar

Terdapat juga cara untuk menganiayai orang lain dengan cara memuja gambar orang yang ingin di khianati seperti gambar tersebut di seru dan di jampi serta di cucuk-cucuk dengan jarum atau di gantung di sesuatu tempat yang berangin supaya sentiasa berbuai. Selain gambar, alat-alat badan seperti pakaian, baju dalam atau seluar dalam seseorang juga boleh digunakan sebagai alat untuk memuja dan menganiayai seseorang terutamanya dalam penganiayaan yang berkaitan dengan masalah cinta , rumah tangga dan kasih sayang.

C) Tuju melalui angin/makanan

Pengkhianatan juga boleh dilakukan dengan cara membuat tuju kepada orang yang di sakiti dan di hantar melalui angin contohnya seperti santau angin atau dengan memuja tengkorak orang mati di rumah Tok Bomoh dengan di tuju dan di kasadkan kepada orang yang dihajatinya. Penganiayaan juga boleh dilakukan dengan memasukkan sesuatu hikmat kedalam makanan dan minuman seseorang.

D) Memuja patung sebagai pengganti orang yang dizalimi

Pemujaan patung yang di puja dan dikasadkan kepada orang yang dihajati juga kerap dilakukan oleh orang-orang yang dengki dengan tujuan untuk memporak perandakan kehidupan orang tersebut. Patung-patung tersebut di cucuk dengan jarum atau duri nibung dang sebagainya dengan tujuan supaya orang yang dihajati akan merasa sakit dan mati secara perlahan-lahan.

Kesan dan Akibat ke atas diri Mangsa

Setelah syarat-syarat yang diminta oleh Tok Bomoh makan upah ini di penuhi dan semua peraturannya diikuti maka akan berlaku sesuatu keatas orang yang dihajati oleh si pengupah tersebut. Antara kesan dan tanda-tanda bahawa seseorang tersebut telah menjadi mangsa Tok Bomoh upahan ini ialah antaranya :-
  1. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya.
  2. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan.
  3. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya.
  4. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
  5. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
  6. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh
  7. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
  8. Sentiasa terkenang atau teringat seseorang dan terasa hendak lari dari rumah.
  9. Tidak boleh duduk dalam rumah, dalam kedai atau di pejabat sebab terasa panas dan serabut.
  10. Selalu tidak sedarkan diri dan pengsan.
  11. Kadang-kala si mangsa berbau busuk di merata-rata tempat.
  12. Perut mangsa menjadi buncit tanpa apa-apa penyakit. ( kata orang busung )
  13. Kadang-kala kemaluan dirasakan telah berpindah ketempat lain seperti berada di dahi, sedangkan orang lain tidak dapat melihatnya.
  14. Terdengar suara atau bisikan yang memanggil atau menyuruhnya melakukan sesuatu seperti memukul seseorang, membunuh orang, membunuh diri sendiri atau bisikan yang mengatakan " kamu akan mati tidak lama lagi dan sebagainya.
  15. Rumah tangga sentiasa bergelora dan perkelahian antara suami isteri sentiasa berlaku.
  16. Sentiasa menolak pinangan yang datang meminang jika mangsa tersebut anak gadis, jika anak teruna mereka enggan berkahwin sampai ke tua.
Tok Bomoh yang mengambil upah untuk menganiayai orang lain ini amatlah besar dosanya dan telah menjerumuskan dirinya ke lembah kekafiran begitu juga orang-orang yang mendapatkan perkhidmatan Tok Bomoh-Tok Bomoh dari jenis ini. Kedua-dua belah pihak sama-sama menjadi kafir dan akhirnya sama-sama akan dihumbankan ke dalam neraka pada hari Khiamat kelak. Oleh itu sebagai umat Islam kita mestilah menjauhkan diri daripada Tok Bomoh yang seperti ini. Anggaplah segala sesuatu yang berlaku ke atas diri kita itu adalah merupakan takdir dan Qada dan Qadar daripada Allah. Semua kejadian itu adalah atas kehendak Allah, tentu ada hikmah dan nikmat di sebalik semua kejadian tersebut, jangan suka menaruh perasaan dendam, cemburu dan iri hati, kerana perasaan tersebut akan merusakkan diri kita sendiri. Serahlah segala-galanya kepada Allah serentak melalui lidah, anggota, hati yang dinamakan dengan ucapan doa, teguh cita-cita dan usaha ikhtiar, kerana Dialah yang lebih berkuasa dan lebih Mengetahui segala-galanya.

Mempelajari ilmu Sihir, beramal dengannya untuk menyakiti dan mengkhianati sesama manusia, bererti mereka telah mempelajari ilmu sesat (kufur), berada dalam kesesatan (kekufuran), beramal dengan kesesatan (kufur), mati dalam sesat (kufur) dan kekal sebagai ahli neraka, selagi mana mereka tidak kembali kepada agama Islam dengan ucapan dua khalimah syahadat serta taubat nasuha. Segala amalan baiknya itu akan dipindahkan oleh Allah kepada orang yang dikhianatinya. Segala kejahatan mereka yang disihir itu dicampakkan oleh Allah ke atas diri penyihir sebagai tambahan kepada kejahatan yang sedia ada.Na'uzubillahi min zalik.



9/28/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 12:40 pm
“Jin asyik” dikategorikan sebagai jin yang menyukai, menyintai dan menjadikan manusia-manusia tertentu sebagai idola, pujaan atau kekasih mereka. Ada antara kes yang serius sehingga jin-jin itu bersetubuh atau berkahwin dengan manusia sehingga melahirkan anak-anak jin.

Mangsa-mangsa terdiri dari pelbagai latarbelakang, ada di antara mangsa ialah mereka yang terkenal seperti artis-artis pujaan, wanita-wanita yang suka bersolek berlebih-lebihan dan yang suka mendedahkan aurat, ada mangsa dikalangan orang biasa yang mempunyai sejarah bersaka, ada juga dalam kalangan orang-orang yang rajin beramal ibadat tanpa berguru.

Jangan terperanjat jika saya katakan ahli-ahli thoreqat juga perlu berhati-hati, kerana ada di antara jin-jin asyik meminati mereka yang kuat berzikir, apatah lagi mereka yang mengaku sebagai ahli hakikat atau ahli makrifat, kita perlu banyak mengislah diri dan berwaspada, kerana itulah apa jua pengalaman rohani dan kedapatan di dalam zikir perlu dirujuk kepada guru yang mursyid, dikhuatiri jin-jin yang suka “menolong” ini mengelirukan anda di alam ghaib dan alam rasa, apatah lagi alam rahsia.
Perawat-perawat juga tidak ketinggalan berkemungkinan menjadi idola kepada puak-puak jin yang kagum dengan kejantanan anda bertarung dengan jin-jin gangguan, apatah lagi jika anda suka bersifat ria’ dan ‘ujub. Kesimpulannya sesiapa sahaja boleh terdedah kepada masalah ini.

Kebiasaannya tahap-tahap gangguan yang dihadapi adalah bergantung kepada individu-individu itu sendiri. Kekuatan diri seseorang tidak sama diantara satu sama lain, ada yang lemah dan ada yang kuat. Kekuatan rohani yang lemah, menyebabkan jin-jin yang samseng ini membuli individu-individu tersebut, sehingga ke tahap menodai mangsa. Mereka boleh tinggal dan mempengaruhi diri mangsa dalam kehidupan seharian sehingga kadar tujuh puluh peratus malahan boleh mencapai hingga sembilan puluh peratus.
Jika kekuatan diri bertahap sederhana, kemungkinan jin-jin asyik ini dapat mempengaruhi mental dan emosional. Ini boleh menyebabkan kehidupan seharian kadang kala terganggu, apabila fizikal anda lemah emosi menjadi tidak stabil, fikiran kusut dan tidak dapat fokus. Kadang kala jin-jin ini berjaya juga bermastautin di dalam tubuh badan mangsa, seperti di kepala, dada, perut, belikat dan lain-lain tempat yang berkemungkinan.

Jika kekuatan diri atau rohani seseorang itu tinggi, berkemungkinan jin-jin asyik yang meminati mereka adalah di kalangan jin-jin yang beretika dan memahami hak-hak asasi manusia, oleh itu jin-jin ini hanya memerhati dari jauh atau mengekori sahaja tanpa mengganggu kehidupan mangsa.

Kebanyakan kes-kes gangguan jin asyik tidak disedari oleh pesakit sehinggalah mereka datang untuk mendapatkan rawatan pemeriksaan. Kebiasaannya ini disedari setelah pesakit sudah mula merasakan bahang-bahang masalah dan gangguan yang menimpa mereka.
Di antara simptom gangguan jin asyik yang biasa ialah, berat jodoh, sentiasa ada halangan didalam perhubungan cinta, pertunangan dan perkahwinan, kerap sakit kepala, kerap mimpi bersama (bersetubuh), kerap mimpi berkahwin, kerap letih lesu dan malas, kerap memarahi dan membenci pasangan, kerap mimpi kanak-kanak atau bayi, bagi yang perempuan kerap mimpi melahirkan anak, ada juga sampai ketahap mangsa dirogol dan dinodai jin, kebiasaannya yang menjadi mangsa adalah kaum wanita.

Fakta tentang Jin Asyik
1. jin asyik secara ringkasnya ialah jin yangg jatuh cinta dgn manusia.
2. antara yang paling bahaya: susah dikeluarkan dan ganas.
3. biasanya jatuh hati kepada orang yang baik
4. bukan hanya berlaku kepada orang bujang, tapi juga yang telah berkahwin
5. mangsa biasanya perempuan, tapi lelaki pun ada yang jadi mangsa
6. kemungkinan jin itu yang memang berada di rumah mangsa, jin yang lalu dan ternampak, atau jin yang memang dihantar untuk menyihir mangsa, tapi berubah tujuan kerana jatuh cinta.

Antara sebab jin asyik boleh jatuh cinta
1. suka bertelanjang ketika di rumah atau ketika mandi
2. jin ternampak mangsa ketika berada dalam bilik air
3. tak membaca doa sebelum bersama isteri
4. selalu tidur berseorangan. Contoh orang bujang tinggal seorang diri di rumah. (tiada housemate)

Antara tanda kehadiran jin asyik
1. isteri mengamuk tetiba bila tengok perempuan lain mendekati suami
2. ada kalanya jin asyik hanya berada di rumah, mangsa di luar baik, bila di rumah ada saja yang tak kena.
3. sering mimpi bersama dengan suami/isteri/orang yang tak dikenai.
4. mendengar nafas di tempat tidur, terasa ada seseorang tidur bersama.
5. badan selalu lesu, sebab selalu didakap/ditindih jin asyik.
6. jadi tak suka bercakap banyak
7. selalu mimpi naik pelamin / hamil.
8. selesa duduk menyendiri.
9. tarasa alat kelamin disentuh semasa tidur.

Antara kesan gangguan Jin Asyik
1. boleh menyebabkan berat jodoh, atau berkahwin tapi anak jadi sangat degil
2. dipinang orang tapi selalu tak jadi sebab jin asyik berusaha menghalang perkahwinan

Jika anda, anak anda, saudara mara anda, rakan anda atau sesiapa sahaja yang mengalami simptom sedemikian, mungkin anda telah diganggu jin asyik. Jangan biarkan masalah menjadi lebih parah. Berikhtiarlah dengan merujuk kepada perawat Islam. jangan jumpa pawang atau bomoh, sebab itu tidak menyelesaikan masalah tetapi akan menambah masalah.

8/03/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
2 comments | 10:13 am

Kita sering mendengar penceramah-penceramah mengutarakan tentang hadis nabi yang menyebut tentang syaitan diikat dan dibelenggu pada bulan Ramadhan. Kadang-kadang timbul kekeliruan terutama bagi orang awam, sekiranya syaitan diikat pada bulan Ramadhan, kenapa pada bulan Ramadhan masih ada orang yang dirasuki Syaitan? Penulis akan cuba merungkaikan persoalan ini mengikut pandangan ulama’-ulama’ yang muktabar.

Hadis yang dimaksudkan adalah hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Apabila datangnya bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan”. Sebahagian ulama’ berpandangan bahawa yang dimaksudkan dengan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup adalah majaz iaitu suatu bahasa kiasan tentang betapa besar dan banyaknya rahmat dan keampunan Allah s.w.t. terhadap hambanya pada bulan Ramadhan . Seolah-olah hamba yang merebut peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan amal kebajikan telah sedia memasuki Syurga. Manakala mereka berpuasa dengan mengengkang nafsu syahawat dan meninggalkan kemungkaran dan kemaksiatan telah dapat menghindarkan diri daripada api neraka. Hal ini digambarkan dengan ungkapan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Walaupun pada hakikatnya belum sampai masanya mereka memasuki syurga kerana syurga dan neraka ini adalah pembalasan terhadap hamba-hamba pada hari Akhirat. 

Sebahagian ulama’ pula berpegang dengan zahir nas dengan mengatakan memang pada hakikatnya pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup pada bulan Ramadhan. Pada pandangan penulis kedua-dua pandangan ini adalah benar dan ada asasnya dan tiada halangan untuk mengabungkan kedua-dua pandangan ini.

Berbalik kepada persoalan syaitan dibelenggu pada bulan Ramadhan, sebenarnya ulama’-ulama’ islam telah memberi beberapa pandangan. Sebahagian ulama’ berpegang dengan zahir nas dengan mengatakan memang pada hakikatnya syaitan dibelenggu. Mereka mengambil sikap berdiam diri (tawaquf) terhadap persoalan berlakunya kerasukan syaitan pada bulan Ramadhan. Sebahagian ulama’ pula mentakwilkan ungkapan syaitan dibelenggu dengan makna majaz iaitu bahasa kiasan bukannya hakikat. Ia mengambarkan kesulitan syaitan untuk mengoda dan menganggu anak adam dalam keadaan mereka berpuasa seolah-olah syaitan dibelenggu pada bulan tersebut. Hal ini dapat difahami melalui hadis nabi “Sesungguhnya syaitan berjalan di dalam tubuh anak adam seperti darah mengalir, maka sempitkanlah aliran tersebut dengan berlapar (puasa).

Pandangan ketiga mengatakan bahawa memang benar syaitan dibelenggu, namun bukan semuanya. Syaitan yang kuat-kuat sahaja yang dibelenggu dikalangan ketua-ketua mereka. Ini berdasarkan riwayat yang lain yang menggunakan lafaz “maradatul Syayatin” atau “maradatul Jin” yang bermaksud syaitan-syaitan yang kuat . Pandangan ini telah dipersetujui oleh Syeikh Wahid Abdul Salam Bali dalam kitabnya “Wiqayatul Insan Minal Jin Wassyayatin”. Penulis lebih cenderung kepada pendapat ini. Pendapat ini sekaligus menjawab persoalan berlakunya kerasukan syaitan di dalam bulan Ramadhan dimana syaitan-syaitan yang merasuk tersebut adalah syaitan-syaitan kecil. Pada pengalaman penulis, penulis pernah merawat orang yang dirasuki syaitan di dalam bulan ramadhan sehingga berlakunya dialog antara penulis dan syaitan yang merasuk melalui perantaraan lidah pesakit. Di dalam dialog tersebut penulis telah bertanyakan tentang syaitan dibelenggu dan ternyata syaitan yang merasuk tubuh persakit mengakui ketua-ketua mereka ada yang dibelenggu. Wallahu a’alam...

Sumber: Ustaz Hasrizal

2/22/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 11:57 am
Tanda-Tanda Pada Waktu Tidur

  1. Sangat susah tidur pada waktu malam.
  2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
  5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
  9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  13. Bermimpi melihat hantu.
Tanda-Tanda Pada Waktu Sedar atau Jaga

  1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.
Macam-Macam Gangguan Jin

  1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.
Antara Penyebab Gangguan jin :

  1. Jin lelaki kadang kala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadang kala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.
Cara-Cara Jin Masuk ke dalam Tubuh Manusia

1.     Jin adalah sejenis makhluk berunsurkan udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

2.     Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada dalam otak manusia.

.

HUBUNGI

Rawatan Islam al-Jawhari [Akrine Seremban] dikelolakan oleh Ustaz Bukhari b. Hj Kadam secara part time sahaja. semua rawatan adalah berdasarkan janji temu sahaja dan semuanya perlu mengikut masa yang telah diberikan.

Suatu ikhtiar dalam rawatan gangguan makhluk halus, sihir, saka, jin asyik, urutan badan bagi lelaki dan bekam darah/ angin serta rawatan resdung/ ghurah. Insya Allah membantu sekadar ilmu yang Dia pinjamkan pada saya sahaja. Saya hanya Tukang Doa sahaja, tiada lebih dari itu.

Alamat Pusat Ikhtiar Rawatan:
No 700 Jalan Semarak 13
Taman Panchor Jaya
70400 Seremban
Neg Sembilan


Sila hubungi :
Tel : 019-650 8503
Email : walin9@yahoo.com