• RAWATAN ISLAM AL-JAWHARI

    AHLAN BIKUM dan SELAMAT DATANG ... Konsep Ikhtiar mencari kesembuhan dengan menggunakan ayatul ruqyah dan herba-herba semulajadi dalam rawatan Insya Allah.

  • PERAWAT ANDA

    Sila hubungi saya, Ust Bukhari melalui talian 019-650 8503 (24 jam) dan email walin9@yahoo.com. Insya Allah kita sama-sama berikhtiar

  • BUKU JIN UNDERCOVER

    Buku Terbaharu keluaran AKRINE, pengijazahan amalan merawat sekiranya pembelian buku yang original ...

  • BUKU BERDIALOG DENGAN JIN [BDJ]

    Nukilan kisah rawatan oleh penulis buku berkenaan, antara Best Seller pada tahun keluarannya, RM35.00 sahaja ...

  • PENGASAS AKRINE

    TG Dr. Ust Abdul Majid bin Hassan, sila layari laman blog beliau www.akrine.blogspot.com, beliau juga penulis buku Berdialog Dengan Jin [Pengalaman Perawat] dan buku Jin Undercover.

  • AKRINE

    Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia [AKRINE]. Sila layari laman web www.akrine.com, bagi yang berhajat dengan Kursus Intensif Rawatan Islam, sila ambil perhatian kerana selepas KIRI 1 sahaja akan dibenarkan mengikuti KIRI Tahap 2. Tuan/ Puan/ Cik juga dipelawa menyertai FB AKRINE, selepas selesai KIRI Tahap 2, dan emailkan sijil tamat KIRI 2 ke email webakrine@gmail.com.

  • URUTAN URAT DAN SARAF

    Ikhtiar pemulihan urat dan saraf dengan Terapi Urutan Badan, samada kerana kelesuan bekerja, urutan kesihatan, urutan kelelakian mahupun urutan pakej sebelum berkahwin, suatu ikhtiar, saya mengurut LELAKI sahaja... Mahar urutan boleh dibincangkan Insya Allah

  • RAWATAN GHURAH RESDUNG

    Ikhtiar mengeluarkan lendir pada saluran pernafasan yang mana lendiri-lendir ini mengganggu sistem pernafasan seharian, almaklumlah, kita menyedut toksin-toksin yang kotor seharian. Akan dibekalkan selepas rawatan Sabun Sireh [RM8.00 sebuku] dan Sabun Resdung [RM8.00 sebuku] sebagai ikhtiar selepas rawatan Ghurah Resdung ... Insya Allah membantu tuan/ puan/ cik ...

  • BEKAM atau ALHIJAMAH

    Ikhtiar mengeluarkan darah-darah kotor di bawah kulit atau sel darah merah yang mati selepas setiap 3 bulan, sel-sel ini yang tiada tempat atau jalan keluar tersimpan di bawah kulit, Insya Allah dengan al-Hijamah mampu memulihkan atau mengeluarkan darah mati berkenaan. Ianya juga amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan Baginda SAW. Insya Allah akan memberikan kesihatan berpanjangan dengan amalan berbekam ini. Nasihat selepas berbekam akan diberikan percuma, dan darah tuan akan didiagnos sepanjang sesi bekaman badan ...

:::::: :::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog AKRINE SEREMBAN [AL-JAWHARI] :::: :::: Syukran dan Terima Kasih :::: sama-sama usahakan untuk mendapatkan kesembuhan dariNya, bergantung hanya padaNya, Tukang Doa hanyalah asbab sahaja ....

5/07/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
2 comments | 12:18 pm
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarokatuh

Pada  kesempatan saya menulis blog ini, sengaja saya ingin berkongsi ilmu dengan teman-teman. Insya-Allah akan menjadi ilmu yang bermanfaat.

7 Ayat Keselamatan ini dibaca masing-masing 7x setiap selesai solat Subuh dan Maghrib, Insya-Allah kita akan terbebas dari segala macam bahaya dan mendapat perlindungan daripada Allah SWT.

1. Salamun Qaulam Mirrabbirrahim 7x
2. Salamun Ala Ibrahim 7x
3. Salamun Ala Nuhin Fil Alamin 7x
4. Salamun Ala Musa Wa Harun 7x
5. Salamun Alaikum Thibtum Fadhkhuluna Khalidin 7x
6. Salamun Ala Ilyasin 7x
7. Salamun Hiya Hatta Mat La’il Fajr 7x
Mudah-mudahan berguna untuk saudara dan saudari sekalian…
  • Dipanjangkan daripada blog ustaz faizal, segamat.

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 12:11 pm
Jin       :  Apo kau buek kat den ni…? Panas la….Adooooi!!!!
Saya    :  Kamu siapa? Kenapa ganggu manusia ni?
Jin       : Den hantu rayo. Sapo suruh dio kacau tuan den? Den nak dio ni mampus..
Saya    : Astaghfirullah…. Kamu tak malu ke dengan Allah? Tak takut dengan Allah?
Jin       : Den tak cayo Allah. Tuan den kuat. Dio ado tangkal dari bomoh asli Pantai dan bomoh
              Siam.
Saya    : Apa yang tuan kamu marah sangat kat manusia ni?
Jin       : Yo la….dio dah ganggu perniagaan tuan den. Tuan den tak suko orang lain berniago.
              Biar dio sorang berniago. Ha, yang dio ni nak cabar tuan den. Tau la masakan dio
              Ramai orang boli, ramai orang suko, tapi tuan den tak suko. Jualan dio jadi kurang dek
              Si cilako ni. Aku nak buek sampai dio satu keluargo sakit, semuo mati….sonang ati
              tuan den. Ekau tengok dio nak jalan pun susah, aku nak lumpuhkan kaki dio. Bini ee
              pun aku dah sakitkan. Dah tak dapek nak bergerak ke mano-mano.
Saya    : Kamu memang berkerja dengan tukang sihir. Perbuatan kamu ni salah. Allah murka
              dan kamu akan didakwa di hadapan Allah di akhirat nanti. Sudah la, jangan la siksa
              manusia ni. Bertaubat la dan kembali kepada Allah. Kamu Islam?
Jin       : Den asli campur Siam….mano ado Islam. Den tak cayo Allah. Tuan den kuat. Ekau
              Jangan cubo nak cari pasal ngan dio lak. Den peduli apo…yang ponting den cukup
              makan. Tuan den kayo. Dio boli rumah cash. Boli keto cash. Bukan macam cilako ni,
              hidup merempat. Sembahyang ponek-ponek, doa panjang-panjang….tak gak kayo…
Saya    : Kamu memang laknatullah. Aku bagi peluang kamu tinggalkan manusia ni dengan cara
              Baik. Keluar dari badan dia dan jangan datang lagi buat selama-lamanya. Kalau kamu
              degil, aku terpaksa siksa kamu. Dan kalau kamu masih keras kepala aku terpaksa
              bunuh kamu  dengan izin Allah.
Jin       : Kau nak buek apo ngan aku….tuan aku kuek…tangkal dio keliling pinggang. Kau
              jangan cubo nak cari pasal ngan dio…..kono kau nanti.
Saya    : Aku hanya takut kepada Allah dan kekuatan tu hanya daripada Allah. (dah makin
              geram dengan jin ni….sombong dan kufur. Serangan saya mulakan dengan bacaan
              ayat-ayat ahzab dengan aksi-aksi pancung, pukul, ‘dragon ball’, pembakaran dan
              dan racun)
Jin       : Apo ni….!!!! Kau nak bunuh aku yo….? Adoi….!!! Sakit…!!! Panas….!!! Dah la…..!!!
Saya    : Sakit ye…? Kesian….hah, kalau tak nak terus kena siksa, baik kau berambus!!! (geram
              dah tu)
Jin       : Yo la….yo la….den keluar….tapi nanti tuan den akan hantar yang baru…..
Saya    : Itu dia punya pasal….yang penting kau keluar sekarang. Keluar kerana Allah, jangan
             cuba nak datang balik ke sini…..aku bunuh kau nanti dengan izin Allah. Kau faham???
Jin       : Yo…yo….den faham….den keluar….den keluar…
Saya    : Sekarang bergerak ke hujung kaki kanan. Selepas selesai aku azan ni….kau mesti
              dah tinggalkan manusia ni…..kalau kau degil dan cuba menipu aku, aku terpaksa
              sembelih kau. Bergerak sekarang….(sambil membaca ayat penunduk dan azan)
(Abang Din (pesakit) tiba-tiba rebah dan mukanya berpeluh-peluh. Saya sedarkan dia dengan
tiupan selawat tafrijiyyah. Abang Din sedar, duduk dan terpinga-pinga)
Abg Din: saya kat mana ni…?
Saya    : Abang kat rumah saya ni….alhamdulillah, semuanya dah selesai setakat ini. Abang
mengucap dua kalimah syahadat dan selawat ye.
Abg Din: mengucap dan melafazkan selawat dengan lancar…
Syukurlah….Allah bantu usaha-usaha kita. Segala yang berlaku dengan izin-Nya jua

       

HUBUNGI

Rawatan Islam al-Jawhari [Akrine Seremban] dikelolakan oleh Ustaz Bukhari b. Hj Kadam secara part time sahaja. semua rawatan adalah berdasarkan janji temu sahaja dan semuanya perlu mengikut masa yang telah diberikan.

Suatu ikhtiar dalam rawatan gangguan makhluk halus, sihir, saka, jin asyik, urutan badan bagi lelaki dan bekam darah/ angin serta rawatan resdung/ ghurah. Insya Allah membantu sekadar ilmu yang Dia pinjamkan pada saya sahaja. Saya hanya Tukang Doa sahaja, tiada lebih dari itu.

Alamat Pusat Ikhtiar Rawatan:
No 700 Jalan Semarak 13
Taman Panchor Jaya
70400 Seremban
Neg Sembilan


Sila hubungi :
Tel : 019-650 8503
Email : walin9@yahoo.com