Showing posts with label aktiviti AKRINE. Show all posts
Showing posts with label aktiviti AKRINE. Show all posts
6/15/2012
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 11:18 am
ASSALAMUALAIKUM WBT.
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa,
Pengasas AKRINE bersetuju untuk membuat Halaqah Usrah bersama Perawat
AKRINE, pada ketetapan yang berikut : [terbuka kepada semua perawat AKRINE]
Hari : Ahad
Tarikh : 17 Jun 2012
Masa : Selepas Solat Maghrib [Mahgrib berjemaah]
Tempat : AKRINE Kuang [Dewan Burhanuddin Helmy]
Jamuan : sila bawa sendiri [sumbangan dialukan Insya Allah]
Usrah ini adalah inisiatif AKRINE bagi
merapatkan ukhuwwah sesama Perawat AKRINE dan membincangkan isu-isu
berkaitan Rawatan Islam dan sebagainya. TERBUKA kepada semua Perawat
AKRINE.
Antara agenda ialah:
Jam 7 Petang : Kehadiran Perawat AKRINE
Solat Maghrib berjemaah
Usrah Perawat AKRINE
Solat Isyak Berjemaah
Jamuan Ringan [sekiranya ada]
Keterangan lanjut sila berhubung dengan Pengasas AKRINE dan Presiden AKRINE.
10/27/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 10:29 am
ALHAMDULILLAH, dalam meeting AKRINE pada 23 Oktober 2011 [Ahad], Penaung dan semua AJK AKRINE bersetuju sebulat suara untuk mengadakan Rawatan Hujung Minggu atau Rawatan Terbuka di AKRINE Kuang.
Rawatan akan bermula pada 13 November 2011 [Ahad] bertempat di AKRINE Kuang [Dewan Burhanuddin Helmy], bermula jam 2:30 petang sehingga jam 5:00 petang sahaja. Tiada bayaran rawatan dikenakan namun sumbangan/ hadiah digalakkan dalam menambah dana AKRINE.
Beberapa produk AKRINE disediakan untuk tujuan jualan bagi yang berhajat. Tiada paksaan sedikitpun daripada pihak AKRINE. Antara produk yang disediakan ialah Air Zam Zam AKRINE, Air Penawar/ Doa AKRINE, Pil Penawar AKRINE, Aromatheraphy AKRINE, Kasturi Ruqyah AKRINE, Buku Berdialog Dengan Jin [BDJ].
Yang berhajat dengan rawatan di AKRINE, boleh terus hadir ke Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan [AKRINE] pada 13 November 2011 [walk-in rawatan], bermula jam 2:30 petang sehingga 5:00 petang.
Yang berhajat dengan rawatan diminta memakai pakaian yang menutup syariat Islam dengan betul, dan sila bawa pakaian solat [telekung solat bagi perempuan], memakai stokin, dan menutup aurat dengan sempurna!! Wallahu a'lam!!
9/26/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 10:30 am
ALHAMDULILLAH, selesai sudah AGM AKRINE 2011 pada 25 September 2011, hari AHAD bertempat di dewan burhanuddin al-Helmy, Kuang [HQ AKRINE]. Perjalanan AGM berlangsung seperti yang dicadangkan.
Gaya Pengerusi Tetap AGM AKRINE 2011.
Ucaptama Penaung AKRINE TG Ustaz Abdul Majid bin Hassan. Nasihat dan panduan diberikan, moga beroleh keberkatan semuanya. Insya Allah.
Ucaptama Penaung AKRINE TG Ustaz Abdul Majid bin Hassan. Nasihat dan panduan diberikan, moga beroleh keberkatan semuanya. Insya Allah.
Antara yang hadir ke AGM AKRINE 2011.
Antara perawat AKRINE yang hadir, dari AKRINE Segamat, AKRINE Putrajaya, AKRINE Seremban sendiri dan PEBATAP
Barisan Perawat AKRINE yang aktif merawat.
Perbincangan teknik/ kaedah/ cerita rawatan, menghubungkan silaturrahim sesama AKRINEr.
Lepas duduk, berdiri, kemudian duduk semula, masih dengan sesi perbincangan alam rawatan gangguan makhluk berkenaan.
Doakan ana sihat dan dipermudahkan urusan rawatan kerana Allah Taala.
AKRINEr Ust Mohd Jim membuat pendaftaran dengan TCM [http://tcmonline.moh.gov.my/tcmonline]
Sesi makan pun berbincang lagi, macam tuelah bila berjumpa dengan sahabat-sahabat perawat nie.
Eh Saudara Azahar dari Faqir Design pun datang, logo AKRINE akan diolah semula agar menepati kehendak pihak ROS, jadi saudara Azahar diberi mandat oleh TG Ustaz Abdul Majid.
9/22/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 8:12 am
Assalamu'alaikum wbt,
Berikut adalah tentatif aturcara AGM AKRINE
Berikut adalah tentatif aturcara AGM AKRINE
8.30 pagi - Pendaftaran ahli mesyuarat
9.00 pagi - Kata-kata aluan Pengerusi Majlis
9.05 pagi - Bacaan Al-Quran
9.15 pagi - Bacaan doa
9.30 pagi - Taklimat oleh Dr. Shamsaini Shamsuddin (Senior Principal Assistant Director)
Cawangan Amalan & Pendaftaran TCM, KKM
10.15 pagi - Pendaftaran secara talian e-PENGAMAL bermula
10.15 pagi - Ucapan Oleh Ust. Marzuki Ismail, Presiden AKRINE
10.30 pagi - Ucapan Perasmian Oleh Ust. Abdul Majid Hasan, Penaong AKRINE
11.00 pagi - Rehat / Kudapan
11.15 pagi - Mesyuarat agong bermula
12.30 tghari - Jamuan dan bersurai
dan ini pula Agenda AGM:
- Melantik Pengerusi Tetap mesyuarat
- Melantik 2 orang pencatit minit mesyuarat
- Membentang dan menerima minit mesyuarat penubuhan AKRINE
- Membubarkan AJK Penaja AKRINE
- Melantik Presiden, Naib Presiden dan 8 orang ahli Jawatankuasa 2011/2012
- Melantik 2 orang pemeriksa kira-kira
- Membahaskan cadangan dan usul
- Ucapan Penangguhan
9/20/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:39 pm
9/13/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 11:00 am
ASSALAMUALAIKUM WBT.
Semua AKRINEr, sila isi borang pendaftaran AKRINE, dan sila hantar ke akrine kuang untuk pendaftaran keahlian tuan/puan. AGM AKRINE ialah pada 25 September 2011 [AHAD] bermula jam 9:00 pagi, Insya Allah. Borang keahlian boleh di download di sini.
ATAU
8/18/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 1:38 pm
Subscribe to:
Posts (Atom)














