• RAWATAN ISLAM AL-JAWHARI

    AHLAN BIKUM dan SELAMAT DATANG ... Konsep Ikhtiar mencari kesembuhan dengan menggunakan ayatul ruqyah dan herba-herba semulajadi dalam rawatan Insya Allah.

  • PERAWAT ANDA

    Sila hubungi saya, Ust Bukhari melalui talian 019-650 8503 (24 jam) dan email walin9@yahoo.com. Insya Allah kita sama-sama berikhtiar

  • BUKU JIN UNDERCOVER

    Buku Terbaharu keluaran AKRINE, pengijazahan amalan merawat sekiranya pembelian buku yang original ...

  • BUKU BERDIALOG DENGAN JIN [BDJ]

    Nukilan kisah rawatan oleh penulis buku berkenaan, antara Best Seller pada tahun keluarannya, RM35.00 sahaja ...

  • PENGASAS AKRINE

    TG Dr. Ust Abdul Majid bin Hassan, sila layari laman blog beliau www.akrine.blogspot.com, beliau juga penulis buku Berdialog Dengan Jin [Pengalaman Perawat] dan buku Jin Undercover.

  • AKRINE

    Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia [AKRINE]. Sila layari laman web www.akrine.com, bagi yang berhajat dengan Kursus Intensif Rawatan Islam, sila ambil perhatian kerana selepas KIRI 1 sahaja akan dibenarkan mengikuti KIRI Tahap 2. Tuan/ Puan/ Cik juga dipelawa menyertai FB AKRINE, selepas selesai KIRI Tahap 2, dan emailkan sijil tamat KIRI 2 ke email webakrine@gmail.com.

  • URUTAN URAT DAN SARAF

    Ikhtiar pemulihan urat dan saraf dengan Terapi Urutan Badan, samada kerana kelesuan bekerja, urutan kesihatan, urutan kelelakian mahupun urutan pakej sebelum berkahwin, suatu ikhtiar, saya mengurut LELAKI sahaja... Mahar urutan boleh dibincangkan Insya Allah

  • RAWATAN GHURAH RESDUNG

    Ikhtiar mengeluarkan lendir pada saluran pernafasan yang mana lendiri-lendir ini mengganggu sistem pernafasan seharian, almaklumlah, kita menyedut toksin-toksin yang kotor seharian. Akan dibekalkan selepas rawatan Sabun Sireh [RM8.00 sebuku] dan Sabun Resdung [RM8.00 sebuku] sebagai ikhtiar selepas rawatan Ghurah Resdung ... Insya Allah membantu tuan/ puan/ cik ...

  • BEKAM atau ALHIJAMAH

    Ikhtiar mengeluarkan darah-darah kotor di bawah kulit atau sel darah merah yang mati selepas setiap 3 bulan, sel-sel ini yang tiada tempat atau jalan keluar tersimpan di bawah kulit, Insya Allah dengan al-Hijamah mampu memulihkan atau mengeluarkan darah mati berkenaan. Ianya juga amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan Baginda SAW. Insya Allah akan memberikan kesihatan berpanjangan dengan amalan berbekam ini. Nasihat selepas berbekam akan diberikan percuma, dan darah tuan akan didiagnos sepanjang sesi bekaman badan ...

:::::: :::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog AKRINE SEREMBAN [AL-JAWHARI] :::: :::: Syukran dan Terima Kasih :::: sama-sama usahakan untuk mendapatkan kesembuhan dariNya, bergantung hanya padaNya, Tukang Doa hanyalah asbab sahaja ....

8/03/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:50 am
Assalamualaikum...

Pelik manusia ni kan? Buat baik pun salah....buat jahat memanglah salah. Di sini saya nak kongsikan kisah seorang ustazah, Cik N dari Pengkalan Kubor yang jadi mangsa serangan sihir sejak sekian lama. Tak jemu-jemu dia berikhtiar untuk memulihkan keadaannya. Pantang dengar ada rawatan alternatif (Islam) dia akan mencuba. Bayangkanla bagaimana gigihnya ustazah ni yang sanggup naik bas dari Kota Bahru ke Seremban semata-mata nak mendapatkan rawatan.

Puas saya nasihatkan dia, cari je perawat yang berdekatan. Saya yakin negeri Serambi Mekah tu tak kurang perawat-perawat Islam yang tersohor. Tapi dia bertegas nak cuba juga rawatan dengan Akrine Seremban. Tak kuasa saya nak menghalangnya kalau dah begitu kehendak dia. Saya difahamkan ustazah ni telah disihir dalam tempoh yang agak lama juga. Fikirannya jadi tak tenang, hilang fokus dan sakit-sakit seluruh badan.

Petang Jumaat tu, ustazah N sampai ke tempat rawatan saya di Seremban. Belum pun sempat saya menghabiskan bacaan ruqyah, dia dah mula kerasukan dan bertindak agresif. Marah betul dia bila saya minta dia minum air ruqyah untuk menenangkannya. Dia minta air lain....tak nak air yang saya ruqyahkan tu. Perlakuannya yang agak ganas memaksa saya bertindak 'membelasah' jin sihir tu.

Hasil daripada dialog dengan jin sihir yang menzalimi Ustazah N, 'tuannya' yang berasal dari Tumpat memang benci sangat dengan keluarga Ustazah ni. Apa masalahnya? Rupa-rupanya dia benci sebab semua adik-beradik Ustazah yang 10 orang tu berjaya belajar sehingga ke universiti. Ya Allah.....anak-anak berjaya masuk universiti pun jadi sebab orang benci dan hantar jin sihir untuk memusnahkan keluarga tersebut.  Tak tau la kalau semua ahli keluarga ni jadi menteri...ntah apa yang nak dibuatnya. Ini lah peliknya manusia ni, kan? Tambahan pulak orang Melayu yang memang kaya dengan PHDnya (penyakit hasad dengki).

Alhamdulillahj, rawatan ke atas ustazah N dimudahkan Allah....jin sihir yang mengganggu dia selama ini dapat dihalau keluar (dengan izin Allah). Saya bekalkan dengan beberapa amalan zikir dan terapi susulan  untuk rawatan sendiri apabila balik ke Kelantan. Ye lah....nak berulang alik ke Seremban, bukannya dekat. Saya doakan agar Allah lindungi Ustazah N dan keluarganya daripada angkara kejahatan jin dan manusia yang hasad. Amiiinnn....

0 comments:

Post a Comment

.

HUBUNGI

Rawatan Islam al-Jawhari [Akrine Seremban] dikelolakan oleh Ustaz Bukhari b. Hj Kadam secara part time sahaja. semua rawatan adalah berdasarkan janji temu sahaja dan semuanya perlu mengikut masa yang telah diberikan.

Suatu ikhtiar dalam rawatan gangguan makhluk halus, sihir, saka, jin asyik, urutan badan bagi lelaki dan bekam darah/ angin serta rawatan resdung/ ghurah. Insya Allah membantu sekadar ilmu yang Dia pinjamkan pada saya sahaja. Saya hanya Tukang Doa sahaja, tiada lebih dari itu.

Alamat Pusat Ikhtiar Rawatan:
No 700 Jalan Semarak 13
Taman Panchor Jaya
70400 Seremban
Neg Sembilan


Sila hubungi :
Tel : 019-650 8503
Email : walin9@yahoo.com