9/26/2012
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:54 am
Sebaik sahaja diberi tugas
sebagai guru penyelaras makmal ICT, Pn Siti Hasmah (bukan nama sebenar)
menerima tanggungjawab itu sebagai satu cabaran. Dia yakin boleh menguruskan
makmal ICT sekolahnya dengan baik seperti yang diharapkan oleh pihak pengurusan
sekolah. Entah mengapa berat hatinya untuk mengatakan ‘tidak’ ketika
dimaklumkan mengenai tugas barunya itu. Sedangkan guru-guru penyelaras makmal
ICT sebelumnya ramai yang ‘angkat tangan’ untuk terus menggalas tugas. Bukan
masalah tiada kemudahan. Bukan. Bangunan canggih. Prasarana lengkap dan terkini
dari segi teknologi. Cuma masing-masing tidak mampu bertahan sebab gangguan
makhluk halus di makmal berkenaan yang semakin ketara. Menurut ceritanya,
banyak kejadian misteri yang berlaku di makmal ICT tu. Kadang-kadang komputer
terpasang dan tertutup sendiri. Kadang-kadang pintu makmal terbuka dan tertutup
sendiri. Alat pendingin hawa terpasang sendiri. Malah kadang kala makmal ICT tu
‘meriah’ dengan pelbagai bunyi dan pergerakan misteri. Wah, jin pun nak belajar
ICT juga rupanya. Pn Siti Hasmah agak cemas juga mendengar cerita-cerita
begitu. Namun, dia hanya yakin dengan pertolongan Allah. Selagi kita dekat
dengan Allah, insya Allah gangguan makhluk-makhluk halus tu mampu ditepis. Itu
keyakinan yang dipegangnya.
Hari demi hari. Minggu demi
minggu. Bulan demi bulan. Nampaknya Pn Siti Hasmah masih mampu bertahan dan
dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik tanpa sebarang masalah. Bahkan
hampir saban hari dia pulang lewat dari sekolah menguruskan makmal ICTnya tu.
Kadang kala anaknya pun diajak bersama-sama. Seronok pula rasanya dengan
jawatan yang disandangnya. Bukan riak, sombong atau cakap besar. Tetapi
realitinya, dia berasa cukup tenang dan aman apabila berada di makmal ICT.
Tiada apa-apa gangguan pun yang dihadapinya. Jangan-jangan cerita-cerita yang
didengarnya sebelum ni sengaja direka untuk menakut-nakutkannya. Atau mungkin
makhluk-makhluk tu rasa gentar untuk berhadapan dengan dia yang sentiasa
berzikir dan ingat Allah. Mungkin…
Suatu hari dia rasa badannya
seperti nak demam. Bahunya rasa berat dan tekak rasa loya. Suaminya membawanya
ke klinik untuk rawatan namun dia dimaklumkan bahawa dia sihat dan tiada
sebarang tanda serangan penyakit. Hari-hari seterusnya, keadaan Pn Siti Hasmah
kian lemah sehingga terpaksa mengambil cuti untuk berehat. Bimbang dengan
situasi yang semakin serius, suaminya mengajaknya berjumpa dengan saya untuk
mendapatkan rawatan secara alternative setelah usaha secara klinikal menemui
jalan buntu. Ketika sesi ruqyah, saya dapat ‘mengesan’ wujud gelombang misteri
dalam diri Pn Siti Hasmah dan suatu ketika dia berada dalam keadaan separuh
sedar akibat kerasukan.
Hasil dialog dengan jin-jin
yang mengganggunya, mendapati bahawa jin-jin yang selalu mengganggu di makmal
ICT tu dah berkampung dalam badannya. Patutlah selama ini tiada gangguan di
makmal tu. Melalui sesi dakwah dan tanzir, jin-jin tu bersetuju untuk keluar
dan berhijrah ke Serambi Madinah. Pn Siti Hasmah mengalami batuk dan muntah-muntah
yang agak teruk sehingga tidak bermaya. Tapi syukurlah, jin-jin tu telah keluar
bersama-sama muntah. Selepas direhatkan seketika, Pn Siti Hasmah tersedar lalu
melafazkan syahadah. Dia menyatakan kepalanya tidak pening lagi dan rasa berat
di bahunya telah hilang. Ringan betul rasanya. Dia bertekad untuk meneruskan
tugasnya sebagai guru penyelaras makmal ICT sekalipun pengalaman ynag
dihadapinya amat pahit untuk ditelan. Tahniah, Pn Siti. Anda memang seorang
guru yang berdedikasi. Yang takut hanya kepada Allah, bukan kepada
makhluk-makluk yang bernama jin, yang lemah seperti kita juga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment