7/20/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 12:15 pm
Saya pun tak ingat entah sesi ke berapa rawatan ke atas kak long, anak sulung Puan Umi. Gangguan jin sihir dan saka yang ada pada dirinya sentiasa bersilih ganti. Setiap kali dapat dihalau keluar (dengan izin Allah), ada saja ‘pendatang-pendatang baru’ yang mengambil tempat. Minat betul ‘mereka’ pada kak long agaknya, hehehe. Cuma yang kesiannya, apabila kak long menghadapi gangguan, aktiviti hariannya sebagai pelajar tingkatan 4 turut terjejas. Punya la lama tak hadir ke sekolah akibat gangguan, sehingga pihak sekolah mengambil tindakan buang sekolah ke atas kak long. Saya turut bersimpati dengan nasib kak long. Dia bukan suka-suka atau saja-saja nak ponteng sekolah. Dah kaki tu tak dapat nak melangkah ke sekolah dek gangguan…lagipun kak long tergolong dalam kategori ‘budak pandai’. Otaknya memang cair dan mudah menerima pelajaran. Harap pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran bertimbang rasa la sikit terhadap masalah pelajar ini.
Rawatan ke atas kak long kali ni saya fokuskan kepada teknik TKR (Teknik Kembara dan Rawat). Saya rasa gangguan yang berlaku terhadap kak long bukan sahaja berpunca daripada diri dia semata-mata, malah rumah yang diduduki oleh kak long dan keluarganya juga mungkin menjadi faktor penyumbang. Sekilas pandang saya dapati rumah tu pun ‘bermasalah’. Tak putus-putus doa saya agar dimudahkan rawatan malam itu. Saya terangkan mengenai sesi rawatan malam tu kepada kak long, ibu da ayahnya agar mereka faham dan dapat berikan kerjasama. Setelah saya bacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan beberapa potong ayat Quran, saya terus minta kak long memejamkan mata dan ‘lihat’ dengan pandangan mata batin apa yang ada di dalam rumahnya. Maknanya malam itu saya bawa kak long mengembara sambil ‘membersihkan’ gangguan yang ada dalam rumah.
Saya : Sekarang saya nak kak long berdiri di pintu masuk ke ruang tamu ye. Apa yang kak long dapat ‘lihat’ sekarang?
Kak long : Ye ustaz. Nampak satu lembaga hitam berdiri di sudut kiri sebelah pintu masuk ni.
Saya : Ok, saya akan bekalkan ayat-ayat pembakar, pemusnah, pancung dan pukul apa sahaja gangguan yang kak long nampak, ye. Tadah tangan sekarang, kak long. (Saya pun bacakan ayat-ayat tersebut dan tiup ke tapak tangan kak long sebagai ‘senjata’ ampuh sepanjang pengembaraannya tu). Sekarang kak long halakan tapak tangan kea rah lembaga tu, niat musnahkan dia dan tiup dengan hembusan nafas yang kuat.
Kak long : Ha, lembaga tu dah lenyap ustaz.
Saya : Alhamdulillah…sekarang teruskan pengembaraan sambil scan kawasan ruang tamu rumah ni.
Kak long : Saya nampak patung diletakkan atas kabinet hiasan tu. (Zahirnya tak de patung pun)
Saya : Mmm…kak long musnahkan patung tu sekarang….
Kak long : Ha…dah hancur dah ustaz.
Dalam sesi TKR malam tu, kak long diperlihatkan dengan pelbagai entity jin yang menyerupai lembaga hitam berbulu lebat, harimau, bebola hitam, buaya, pohon merah yang berduri bisa, burung helang, toyol, dan sebagainya. Alhamdulillah, semua dapat dibakar dan dimusnahkan secara kerohanian dengan izin Allah. Jam 1.30 pagi saya tamatkan sesi TKR dan yang terakhir saya keluarkan gangguan yang ada dalam diri kak long (dengan izin Allah). Bagi saya kak long ni budak berani. Sedikit pun dia tak gentar dengan pandangan-pandangan objek serta makhluk yang menakutkan itu. Steady je dia musnahkan satu persatu. Bukan calang-calang orang mampu buat macam tu tau. Ramai pesakit saya walaupun dewasa yang tak sanggup buat TKR sebab takut dan trauma bila tengok jin.
Saya doakan kak long dan keluarga dapat melalui kehidupan yang lebih aman, tenang, dan ceria tanpa gangguan selepas ini. Semoga Allah bantu mereka sekeluarga. Segala-galanya adalah ketentuan dan keizinan Allah jua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment