• RAWATAN ISLAM AL-JAWHARI

    AHLAN BIKUM dan SELAMAT DATANG ... Konsep Ikhtiar mencari kesembuhan dengan menggunakan ayatul ruqyah dan herba-herba semulajadi dalam rawatan Insya Allah.

  • PERAWAT ANDA

    Sila hubungi saya, Ust Bukhari melalui talian 019-650 8503 (24 jam) dan email walin9@yahoo.com. Insya Allah kita sama-sama berikhtiar

  • BUKU JIN UNDERCOVER

    Buku Terbaharu keluaran AKRINE, pengijazahan amalan merawat sekiranya pembelian buku yang original ...

  • BUKU BERDIALOG DENGAN JIN [BDJ]

    Nukilan kisah rawatan oleh penulis buku berkenaan, antara Best Seller pada tahun keluarannya, RM35.00 sahaja ...

  • PENGASAS AKRINE

    TG Dr. Ust Abdul Majid bin Hassan, sila layari laman blog beliau www.akrine.blogspot.com, beliau juga penulis buku Berdialog Dengan Jin [Pengalaman Perawat] dan buku Jin Undercover.

  • AKRINE

    Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia [AKRINE]. Sila layari laman web www.akrine.com, bagi yang berhajat dengan Kursus Intensif Rawatan Islam, sila ambil perhatian kerana selepas KIRI 1 sahaja akan dibenarkan mengikuti KIRI Tahap 2. Tuan/ Puan/ Cik juga dipelawa menyertai FB AKRINE, selepas selesai KIRI Tahap 2, dan emailkan sijil tamat KIRI 2 ke email webakrine@gmail.com.

  • URUTAN URAT DAN SARAF

    Ikhtiar pemulihan urat dan saraf dengan Terapi Urutan Badan, samada kerana kelesuan bekerja, urutan kesihatan, urutan kelelakian mahupun urutan pakej sebelum berkahwin, suatu ikhtiar, saya mengurut LELAKI sahaja... Mahar urutan boleh dibincangkan Insya Allah

  • RAWATAN GHURAH RESDUNG

    Ikhtiar mengeluarkan lendir pada saluran pernafasan yang mana lendiri-lendir ini mengganggu sistem pernafasan seharian, almaklumlah, kita menyedut toksin-toksin yang kotor seharian. Akan dibekalkan selepas rawatan Sabun Sireh [RM8.00 sebuku] dan Sabun Resdung [RM8.00 sebuku] sebagai ikhtiar selepas rawatan Ghurah Resdung ... Insya Allah membantu tuan/ puan/ cik ...

  • BEKAM atau ALHIJAMAH

    Ikhtiar mengeluarkan darah-darah kotor di bawah kulit atau sel darah merah yang mati selepas setiap 3 bulan, sel-sel ini yang tiada tempat atau jalan keluar tersimpan di bawah kulit, Insya Allah dengan al-Hijamah mampu memulihkan atau mengeluarkan darah mati berkenaan. Ianya juga amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan Baginda SAW. Insya Allah akan memberikan kesihatan berpanjangan dengan amalan berbekam ini. Nasihat selepas berbekam akan diberikan percuma, dan darah tuan akan didiagnos sepanjang sesi bekaman badan ...

:::::: :::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog AKRINE SEREMBAN [AL-JAWHARI] :::: :::: Syukran dan Terima Kasih :::: sama-sama usahakan untuk mendapatkan kesembuhan dariNya, bergantung hanya padaNya, Tukang Doa hanyalah asbab sahaja ....

10/20/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
2 comments | 12:57 pm
“Anak saya ni ustaz, malas belajar, malas sembahyang, malas tolong mak, asyik dengan FB dan HP je dalam bilik dia. Ada jin asyik ke anak saya, ustaz ?”
“Anak saya baru je 3 tahun, tapi lasaknya ustaz, tak tahan saya. Kalau mengamuk saya ditumbuk, ditendang dan dipukulnya. Ada gangguan saka ke anak saya tu?”
Inilah antara keluhan ibu bapa yang ‘pening’ memikirkan kerenah anak-anak mereka.
Seharusnya kita memahami, bahawa  masalah pada manusia ini dapat dibahagikan kepada empat elemen, iaitu fizikal, mental, emosional dan spiritual. Ramai ibu bapa yang mengadu tentang masalah anak-anak mereka yang degil dan tidak mendengar cakap. Adakah mereka ini mengalami gangguan jin..? Berdasarkan pengalaman saya merawat anak-anak yang nakal dan degil ini, memang benar wujud  gangguan jin pada mereka. Namun adakah kita akan salahkan jin terhadap semua masalah kedegilan atau kenakalan anak-anak?

Kalau hendak diikutkan yang sebenar-benarnya, mentarbiah anak-anak ini sebenarnya bermula  dari sewaktu suami isteri "bersama" lagi. Bacaan doa dan adab-adab sewaktu "bersama", serta mengikut tarikh dan waktu yang digalakkan, dan mengelakkan tarikh-tarikh dan waktu yang dilarang oleh agama. Perkara-perkara ini semua membantu kita dalam ikhtiar untuk mendapat anak-anak yang soleh dan solehah yang menjadi penyejuk mata dan hati kita.

Ada bermacam-macam kes anak nakal yang kita temui, antaranya  kes  seorang anak mengalami masalah tabiat suka mencuri dari kecil lagi, dan apabila anak itu dirawat, kita dapati, berpuluh-puluh ekor jin berada di dalam tubuh badannya. Jadi... adakah kesalahan mencuri itu kita letakkan pada golongan jin tersebut? Cuba kita fikirkan dan renungkan sejenak. Ada antara kes anak yang sangat nakal dan degil, padahal umurnya baru mencecah lima tahun, bila dirawat didapati memang ada gangguan jin yang mendampingi anak ini. Jadi.. setelah jin tersebut dikeluarkan dengan izin Allah, adakah masalah kenakalan dan kedegilannya selesai? Tidak semestinya...

Ada juga kes anak nakal yang dirawat,  tiada masalah gangguan jin padanya, tetapi apabila diajukan soalan demi soalan pada ibu dan bapa anak itu, didapati sumber pendapatan mereka adalah daripada sumber yang syubhah (meragukan) dan ada juga dari sumber yang haram... Kesan dari sumber pendapatan yang syubhah dan haram ini anak-anak boleh menjadi nakal, degil, tidak cerdik dan mengalami kesukaran untuk mengaji Al-Quran serta bermasalah dalam pelajaran. Apabila pendapatan syubhah, makanan, minuman , pakaian dan apa-apa sahaja  yang kita beri pada anak-anak juga syubhah. Ini juga faktor yang menjadi punca kedegilan anak-anak. Ingat mafhum hadis Rasulullah, “ Hati ditempa melalui makanan, jika makan makanan yang haram atau syubhah (tak pasti halal haramnya), maka gelaplah hati daripada kebenaran.”

Pada pandangan saya, untuk menangani masalah anak-anak nakal dan degil ini, kita perlu mulakan sejak dari mereka kecil lagi, kasih sayang, ketegasan, disiplin perlu diterapkan pada jiwa anak-anak ini, supaya apabila mereka sudah meningkat remaja, kita tidak kekok untuk menegur mereka. Bayangkan, jika anda bersama keluarga bertandang ke rumah orang lain, anak-anak anda tidak menjaga adab dan kelakuan di rumah orang, menyentuh dan mengusik barang-barang di rumah orang, membuka peti sejuk, mengambil makanan sesuka hati, memanjat sofa, melompat-lompat dan membuat bising.... apakah yang anda lakukan...? adakah anda akan terus berborak dengan tuan rumah dan membiarkan sahaja kenakalan anak anda...? Tahukah anda bahawa sebenarnya hati tuan rumah tersebut tidak tenteram melihat kenakalan anak-anak anda mengusik barang-barang di rumahnya walaupun kelihatan dia tersenyum sambil berborak dengan anda..? Adakah anda prihatin terhadap perkara ini?

Kalau perkara sekecil ini anda tidak prihatin, kalau perkara sekecil ini anda tidak dapat kawal, maka tidak mustahil lah satu hari nanti kenakalan dan kedegilan mereka ini akan mendatangkan musibah kepada anda. Tidak mustahil anda juga akan menjadi mangsa ‘keganasan’ mereka. Kes-kes anak membunuh atau mencederakan ibu bapa sendiri sudah menjadi lumrah sekarang ini.

Kesimpulannya para pembaca sekelian, kita sebagai ibu bapa perlu bijak dalam mendisiplinkan anak-anak kita, ada kalanya memang kita beri mereka "gula-gula", tunjukkan kasih sayang, lemah lembut dan membiarkan mereka bebas  meneroka alam kanak-kanak mereka dengan sedikit kenakalan, itu tidak mengapa... tetapi kita juga harus berani memberi mereka "ubat pahit", menegur dan memarahi mereka dengan berkata “jangan” atau “tidak” supaya mereka mengerti tentang erti "batasan".Jangan lupa untuk didik mereka dengan agama, solat, mengaji Al-Quran dan sebagainya, agar jiwa mereka di sinari cahaya agama, ajar mereka doa-doa membenteng diri dari kejahatan jin dan syaitan, ajar mereka tentang dosa pahala, selalu doakan mereka agar menjadi anak yang soleh.

Ada antara ibu bapa yang mengabaikan solat, tidak cenderung kepada agama, berpakaian tidak menutup aurat dan mencorakkan suasana keluarga mereka dengan budaya yang berlawanan dengan  hukum Allah. Inilah yang menjadi punca kerosakan  jiwa dan akhlak anak-anak. Ibu bapa perlu solat dulu sebelum menyuruh anak mereka solat, ibu bapa perlu berakhlak mulia dulu sebelum mendidik anak-anak mereka agar berakhlak mulia. Cakap serupa bikin.

Setelah membebel dengan panjang lebar, maka di sini saya kongsikan sedikit amalan untuk masalah anak yang degil, ayat ini juga dikatakan ayat selusuh (ayat untuk memudahkan kelahiran bayi), dibaca tujuh kali pada air, minyak, madu lebah atau makanan berikan pada anak-anak, dengan niat dan doa agar Allah lembutkan hati anak-anak dan menghilangkan kenakalan serta kedegilan mereka.
 
Ayat ini adalah dari Surah An-Nahlu : 78


10/19/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:55 am


Dalam banyak kes melibatkan jin sihir, jin saka atau jin asyik, terdapat jin yang memang amat liat untuk keluar disebabkan dah sebati dengan tubuh pesakit atau memang dah berada dalam zon selesa dalam diri pesakit. Disarankan agar pesakit selalu melafazkan ikrar pemutus ini setiap kali sebelum minum atau menjamah makanan untuk memberikan 'signal' kepada jin-jin degil tu bahawa tuan punya badan dah tak merestui kewujudannya. Insya-Allah ini amat membantu dalam ikhtiar perawat untuk membebaskan diri pesakit daripada gangguan jin dengan izin Allah.


IKRAR PEMUTUS

BismiLLAHirrahmanirrahim...

Ya Allah, sesungguhnya saya dan mewakili keluarga saya dengan penuh sedar dan insaf dengan ini mengisytiharkan:

1) Memutuskan semua perjanjian atau ikatan, yang kami atau orang sebelum kami pernah lakukan, secara sedar ataupun tidak, dengan golongan jin sekiranya ada.

2) Mengharamkan tubuh kami dari dimasuki atau dijadikan sebagai tempat tinggal apa jua jenis jin.

3) Menegaskan bahawa kami hanya bergantung kepada perlindungan dan pertolongan Allah sahaja.

4) Mulai hari ini, saya haramkan seluruh kehidupan saya, anggota badan saya, makanan dan minuman saya, keluarga dan keturunan saya daripada gangguan segala jenis jin.

5) Jika mereka masih mengganggu saya dan keluarga saya, jadikanlah anggota badan saya, minuman dan makanan saya sebagai racun yang amat bisa, amat panas dan amat menyiksakan serta membunuh semua jin yang mengganggu saya mulai saat ini sehingga selama-lamanya.

Amin…amin…Ya Rabbal Alamin

10/18/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
1 comment | 10:08 am
Sudah beberapa hari Puan U ‘berperang’ dengan ketidakselesaan akibat gangguan yang datang bertali arus. Sesungguhnya gangguan itu benar-benar menguji kesabarannya. Bukan sekadar mempengaruhi emosi dan minda malah hubungan antara dia dengan suami dan anak-anak juga semakin ‘panas’. Silap sedikit sahaja mesti dia akan ‘mengamuk’ dan berleter panjang. Pening suami dan anak-anak dibuatnya.

Akhir-akhir ini, gangguan tu dah mula menyakiti tubuh badannya secara fizikal. Seluruh anggota badannya bisa dan gatal-gatal seperti dicurah miang nibung. Sakit seolah-olah digigit-gigit atau ditusuk dengan sembilu terutama pada bahagian kewanitaannya. Memang cukup menyiksakan dan menghalang untuk beribadah dan melaksanakan rutin harian secara normal. Tak cukup dengan itu, gangguan turut dirasai oleh suaminya yang sering pening dan kejang otot pada kaki sehingga tak dapat bergerak ke tempat kerja. Anak-anak pula menjadi malas dan emosional. Rumahnya pula sering dikunjungi oleh ‘tetamu’ yang agak misteri seperti biawak dan kelibat-kelibat yang menakutkan. Ini tak termasuk mimpi-mimpi ngeri yang dialami setiap kali melelapkan mata sehingga menyebabkan Puan U dan keluarga seakan-akan trauma dan fobia dengan situasi yang dihadapi. Tak tahan dengan gangguan yang semakin mengganas, saya diminta datang membantu apa-apa yang termampu.

Saya mulakan sesi rawatan dengan mengajak Puan U, suami dan anak-anak melafazkan zikir tolak bala. Melihat kepada situasi gangguan yang agak kronik dan menyeluruh saya terfikir untuk menggunakan TKR (Teknik Kembara dan Rawat) melalui bantuan anak sulungnya yang selalu ‘nampak’ kelibat-kelibat misteri di rumah mereka. Alhamdulillah, niat saya dimudahkan Allah. Setelah membacakan Fatihah, selawat Tafrijiah dan ayat-ayat tertentu serta membekalkan adik Z dengan ‘senjata’ tertentu, dia terus ‘diperlihatkan’ dengan entiti-entiti tertentu di alam ghaib.

Saya minta adik Z scan seluruh bahagian rumah dan kawasan sekeliling rumah. Benar, rumah mereka telah diserang dengan penghantaran jin berupa ular, monyet, biawak, harimau dan unsur-unsur panas. Saya minta adik Z bakar, pancung dan musnahkan semuanya. Alhamdulillah, dapat dibereskan. Scan terhadap Puan U mendapati tubuhnya penuh dengan barang-barang sihir seperti gunting, pisau, parang, paku, jarum, bisa dan racun. Malah bahagian belakang badan Puan U telah dipasung dengan deretan paku yang berbentuk salib. Masya-Allah. Saya minta adik Z cabut, bersihkan dan musnahkan semua barang sihir yang menyiksa ibunya selama ini. Misteri telah terbongkar dengan penemuan barang-barang sihir itu.

Kembara diteruskan lagi dengan rawatan terhadap ayahnya. Adik Z mendapati kaki ayahnya ‘diikat’ sehingga ke paras lutut. Sebab tu tak boleh nak bergerak. Saya minta adik Z cantas ikatan tu tetapi tiba-tiba ‘tali’ ikatan tu bergerak membelit seluruh tubuh ayahnya. Saya minta adik Z cantas dan musnahkan semua ikatan di seluruh badan ayahnya. Objek seperti labah-labah yang melekat di dada ayahnya juga dapat dimusnahkan. Alhamdulillah. Scan terhadap adik-adiknya mendapati ada ‘batu besar’ di atas kepala mereka dan ia dapat dihancurkan dengan izin Allah. Cuma ada satu entiti seperti klon adiknya yang kedua berdiri di samping adiknya. Saya katakana itu pendamping yang jahat dan minta musnahkan dia dengan balingan bebola api. ‘pendamping’ tu hanya beundur sedikit sambil ketawa besar apabila kami gagal ‘menewaskan’ dia. Saya diilhamkan untuk membekalkan ayat daripada surah Al-Fil untuk musnahkan pendamping tu. Alhamdulillah, hancur luluh tubuhnya akibat lontaran ‘batu-batu berapi’.

Segala persoalan telah terjawab dan segala misteri telah terbongkar. Semuanya dapat dirungkai dan diselesaikan dengan izin Allah. Saya sarankan Puan U terus amalkan zikir tolak bala, ayat 33, surah Yasiin, ayat 5 dan 7 serta amalan-amalan lain untuk pendinding diri dan keluarga daripada segala kejahatan jin dan manusia.


Kita sebagai hamba-Nya hanya perlu berikhtiar melalui jalan-jalan yang diredhai-Nya. Yakinlah dengan ayat-ayat Allah dan yakinlah dengan bantuan Allah melalui pergantungan penuh kepada-Nya. Jangan sesekali cuba menghilangkan masalah dengan mendatangkan masalah. Contohnya, kita nak halau jin tetapi memanggil jin lain untuk halaukan jin yang mengganggu. Wah, seronok la jin tu sebab manusia dah bergantung dengan dia dan mengiktiraf ‘kehebatan’ dia. Di mana kita letak keagungan Allah waktu tu? Ni kan syirik namanya. Ingatlah, kebenaran tetap akan menang menumpaskan kebatilan, sebab kebatilan adalah sesuatu yang pasti binasa. Ini janji Allah. Cuma kita perlu bersabar, berikhtiar dan bertawakal atas ujian yang menimpa.
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:35 am
DARI siri Kuliyyah Ustaz Azhar, Ganu Kita









10/04/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
2 comments | 12:18 pm

Saya didatangi oleh sepasang pengantin baharu dari Johor Bahru. Si isteri (Puan M) mengadu sering pening kepala, letih, batuk berterusan dan rasa tak selesa dalam perut. Hati kecil saya berbisik, “Biasalah, pengantin baharu, kan?” Puan M nampak lembut orangnya tetapi suaminya mengadu isterinya tu memang mudah panas baran. Pantang silap sikit, mulalah dia marah-marah dan mengamuk tak tentu pasal. Mujurlar si suami (Encik Mz) ni penyabar orangnya. Maklumlah, baru memulakan kehidupan berumah tangga, agaknya masih dalam proses mencari keserasian dan penyesuaian. Harap-harap nanti ok la tu.

Puan M bertugas di sebuah institusi pengajian tinggi di selatan tanah air. Menceritakan situasi kerjanya, dia mendakwa selalu ‘diganggu’ oleh ketua jabatannya (KJ) sejak sebelum berkahwin lagi. Mungkin ketua jabatannya tu ada hati kepadanya. Mungkin. Ada sahaja isu dan hal yang memungkinkan Puan M terpaksa berurusan dan bersemuka dengan KJnya walaupun sebenarnya hal itu tak penting mana. Malah selepas dia bergelar isteri pun, KJnya itu masih meneruskan tabiatnya.

Setelah diruqyah dan di’scan’, Puan M terus kerasukan. Suaranya bertukar parau dan cukup garang.  Rupa-rupanya itu jin asyik yang telah lama mendiami badan Puan M sejak zaman anak dara sehinggalah sekarang. Jin asyik itu mendakwa Puan M milik dia dan dia yang jaga selama ini. Dia dah jatuh hati dan sayang sangat pada Puan M. Tak rela ada sesiapa yang cuba merampas Puan M daripada dia. Patutlah seboleh-bolehnya dia cuba menghalang perkahwinan Puan M. Ada sahaja halangan sebelum majlis penikahan berlangsung, sehingga hampir sahaja pernikahan itu dibatalkan atas ‘permintaan’ Puan M.

Saya cuba berlembut dengan jin asyik tu. Pujuk dia agar tinggalkan Puan M secara baik. Sedarkan dia dengan dakwah dan tanzir serta beri dia jaminan keselamatan juga pengganti pasangan dia jika dia sanggup berkorban demi ‘cinta’. Jin asyik tu mula menangis, merayu agar jangan dipisahkan dengan Puan M dan benarkan dia terus bersama Puan M. Tak mungkin dia akan tinggalkan Puan M sebab dia dah ada lima zuriat hasil ‘perkongsian’ dengan Puan M.  Entahlah, dalam sesi rawatan kali ni saya tak terfikir nak berkeras dan berkasar dengan jin. Kalau tidak mahu je saya belasah dan bunuh jin-jin degil macam ni. Tiba-tiba saya diilhamkan oleh Allah untuk menguji kalau-kalau wujud simptom-simptom gangguan lain, sebab suara garang, ganas dan agresif lazimnya bukanlah watak jin asyik. Serangan batuk (tanpa kahak) secara berterusan dan rasa sakit di dada juga memungkinkan kecenderungan saya untuk melihat simptom serangan sihir. Satu persoalan yang sering membelenggu Puan M ialah sakit yang dialaminya turut dirasai oleh adiknya yang sedang belajar di IPT di utara Semenanjung serentak dengan apa yang dialami. Jika Puan M diserang, pada masa yang sama adiknya turut diserang.

Jangkaan saya tepat. Selepas discan, muncul 2 lagi spesies jin dalam tubuh Puan M iaitu jin saka dan jin sihir. Maknanya sekarang Puan M sedang menghadapi 3 spesies jin sekaligus iaitu jin asyik, jin saka dan jin sihir….3 dalam 1 dah jadinya. Namun, antara ketiga-tiga puak ni, jin saka telah mendominasi keadaan. Dia yang paling ‘senior’ dan yang paling ‘berkuasa’. Jin-jin asyik dan dan jin sihir pun takut dan terpaksa akur dengan ‘kehebatannya’.  Apabila saya mendesaknya agar tinggalkan Puan M, dia cukup bengis dan marah pada saya malah mencabar saya untuk bertarung dengan dia. Jin saka tu memperlekehkan saya mengatakan saya tak cukup kuat untuk mengusirnya bahkan mengugut saya untuk membelasah saya menggunakan ‘tenteranya’ yang juga keturunan jin saka. Saya sahut cabaran dia dengan meminta jin saka itu bertahan dengan kepanasan yang saya salurkan melalui besi rawatan. Dengan ayat-ayat tertentu yang saya tiupkan pada besi rawatan, mula-mula jin saka tu nampak ‘steady’ je dan tergelak-gelak. Namun beberapa saat selepas tu dia terdiam dan mula merintih kesakitan dan kepanasan. Akhirnya jin saka terpaksa mengaku kalah dalam ‘pertarungan’ tu dan bersedia untuk keluar dengan beberapa syarat.

Antara syaratnya ialah saya perlu menyembelih haiwan untuk dia minum darahnya, selepas tu dia minta saya cadangkan orang yang sesuai sebagai pewaris selepas dia keluar nanti dan minta saya halau dulu jin asyik dan jin sihir sebelum dia keluar. Saya tolak syarat pertama dan kedua sebab menyalahi aqidah Islam dan saya terima syarat ketiga. Maklumlah, dia kan ‘boss’, jatuhlah maruah dia kalau boss kena keluar dulu daripada kuli. Tapi, saya bagi jaminan kat dia, kalau dia bersedia masuk Islam, beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, saya akan doakan agar jin-jin Islam Serambi Madinan sediakan apa yang dia minta. Dia tak perlukan pewaris tetapi saya akan doakan dia akan dapat pasangan yang baik di sana nanti. Setelah yakin dengan jaminan saya dia pun setuju untuk mengucap syahadah dan setuju untuk dihantar ke Serambi Madinah.

Walau bagaimanapun saya minta jin saka tu bantu saya kerana Allah untuk buang gangguan saka pada adik Puan M yang selalu kena serang serentak dengan Puan M tu. Saya minta jin saka panggil jin saka yang mengganggu Cik MD dan sama-sama berhijrah ke Serambi Madinah. Jin saka bersetuju. Tak semena-mena satu suara parau mengejutkan saya.
“Apa hal kau panggil aku ni”
Hasil dialog dengan jin saka kedua ni, memang dia dah berpakat dengan jin saka  Puan M untuk sama-sama  menganggu. Maklum la, sama spesies, sama keturunan , sehati dan sejiwa. Dipendekkan cerita dia pun setuju berhijrah bersama-sama ‘saudara kembarnya’ tadi.
Berdasarkan dialog saya dengan jin sihir, memang dia mengaku dia dihantar oleh KJ Puan M untuk mengganggu dan menyakitkan Puan M sebab Puan M tak layan tuannya. Malah dia dah tanam racun dalam dada Puan M untuk menyiksanya. Patutlah Puan M batuk tak berhenti-henti dan sakit dada. Setelah didakwah, diugut, dipujuk dan disakitkan barulah jin sihir mahu keluar tinggalkan Puan M dengan pesanan agar saya bantu Puan M buang bisa racun yang ada dalam badan Puan M. Saya kata insya-Allah saya akan ikhtiarkan.
Dengan ‘kerjasama’ jin-jin saka yang mengetuai gangguan, akhirnya jin-jin asyik dan sihir yang menganggu Puan M selama ini  telah keluar. Akhir sekali dengan hati yang berat, jin saka Puan M dan adiknya keluar  dan berhijrah ke Serambi Madinah diiringi oleh tentera-tentera Islam dari Serambi Madinah. Saya terus menyedarkan Puan M dan wajahnya cukup ceria dengan senyuman terukir di bibir, Cuma mengadu berasa amat letih. Saya katakan bahawa memang la meletihkan sebab bergelut dengan 3 spesies jin sekaligus ditambah pula dengan satu jin yang menganggu adiknya. Alhamdulillah….Allah mudahkan kerja-kerja rawatan saya. Beberapa hari selepas itu saya dimaklumkan bahawa adik Puan M yang sering diganggu tu pun dah semakin sihat. Syukurlah….terima kasih ya Allah. Saya Cuma berdoa dan berikhtiar serta bertawakal untuk membantu pesakit-pesakit saya sekadar yang termampu. Selebihnya saya serahkan kepada ketentuan dan keizinan Allah…

10/03/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:06 am
InsyaALLAH pihak kami akan menganjurkan kursus rawatan Islam bagi bulan Oktober dan Disember. [rujuk http://www.akrine.com]

Kursus kali ini dibahagikan kepada tahap 1 dan 2.

Tahap 1 akan diadakan pada 29 - 30 Okt. 2011 bertempat di Akrine Kuang.

Untuk tahap ini kursus akan memfokuskan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini adalah bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:
  1. Pengenalan kepada makhluk halus
  2. Kaedah membenteng diri
  3. Teknik mengesan
  4. Teknik dialog
  5. Teknik mengeluar (tarik guna serban / botol) atau membunuh
  6. Teknik mandian
  7. Teknik bakar batu-bata
  8. Akrionics
  9. Garis panduan merawat
  10. Latihan rawatan

Tahap 2 pula akan diadakan pada 3 - 4 Disember 2011 bertempat di Akrine Kuang.

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih memokus kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:
  1. Persiapan diri seorang perawat
  2. Keperluan bilik rawatan
  3. Teknik tikam
  4. Teknik racun
  5. Teknik baling
  6. Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
  7. Teknik Rotan Objek (TRO)
  8. Teknik ambil barang sihir
  9. Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP) dll
  10. Keberkesan Rawatan
  11. Latihan
Yuran bagi setiap tahap adalah RM 250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan Malaysia [AKRINE])

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma-  sila bawa kelengkapan peribadi anda) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan (Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

9/28/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 12:40 pm
“Jin asyik” dikategorikan sebagai jin yang menyukai, menyintai dan menjadikan manusia-manusia tertentu sebagai idola, pujaan atau kekasih mereka. Ada antara kes yang serius sehingga jin-jin itu bersetubuh atau berkahwin dengan manusia sehingga melahirkan anak-anak jin.

Mangsa-mangsa terdiri dari pelbagai latarbelakang, ada di antara mangsa ialah mereka yang terkenal seperti artis-artis pujaan, wanita-wanita yang suka bersolek berlebih-lebihan dan yang suka mendedahkan aurat, ada mangsa dikalangan orang biasa yang mempunyai sejarah bersaka, ada juga dalam kalangan orang-orang yang rajin beramal ibadat tanpa berguru.

Jangan terperanjat jika saya katakan ahli-ahli thoreqat juga perlu berhati-hati, kerana ada di antara jin-jin asyik meminati mereka yang kuat berzikir, apatah lagi mereka yang mengaku sebagai ahli hakikat atau ahli makrifat, kita perlu banyak mengislah diri dan berwaspada, kerana itulah apa jua pengalaman rohani dan kedapatan di dalam zikir perlu dirujuk kepada guru yang mursyid, dikhuatiri jin-jin yang suka “menolong” ini mengelirukan anda di alam ghaib dan alam rasa, apatah lagi alam rahsia.
Perawat-perawat juga tidak ketinggalan berkemungkinan menjadi idola kepada puak-puak jin yang kagum dengan kejantanan anda bertarung dengan jin-jin gangguan, apatah lagi jika anda suka bersifat ria’ dan ‘ujub. Kesimpulannya sesiapa sahaja boleh terdedah kepada masalah ini.

Kebiasaannya tahap-tahap gangguan yang dihadapi adalah bergantung kepada individu-individu itu sendiri. Kekuatan diri seseorang tidak sama diantara satu sama lain, ada yang lemah dan ada yang kuat. Kekuatan rohani yang lemah, menyebabkan jin-jin yang samseng ini membuli individu-individu tersebut, sehingga ke tahap menodai mangsa. Mereka boleh tinggal dan mempengaruhi diri mangsa dalam kehidupan seharian sehingga kadar tujuh puluh peratus malahan boleh mencapai hingga sembilan puluh peratus.
Jika kekuatan diri bertahap sederhana, kemungkinan jin-jin asyik ini dapat mempengaruhi mental dan emosional. Ini boleh menyebabkan kehidupan seharian kadang kala terganggu, apabila fizikal anda lemah emosi menjadi tidak stabil, fikiran kusut dan tidak dapat fokus. Kadang kala jin-jin ini berjaya juga bermastautin di dalam tubuh badan mangsa, seperti di kepala, dada, perut, belikat dan lain-lain tempat yang berkemungkinan.

Jika kekuatan diri atau rohani seseorang itu tinggi, berkemungkinan jin-jin asyik yang meminati mereka adalah di kalangan jin-jin yang beretika dan memahami hak-hak asasi manusia, oleh itu jin-jin ini hanya memerhati dari jauh atau mengekori sahaja tanpa mengganggu kehidupan mangsa.

Kebanyakan kes-kes gangguan jin asyik tidak disedari oleh pesakit sehinggalah mereka datang untuk mendapatkan rawatan pemeriksaan. Kebiasaannya ini disedari setelah pesakit sudah mula merasakan bahang-bahang masalah dan gangguan yang menimpa mereka.
Di antara simptom gangguan jin asyik yang biasa ialah, berat jodoh, sentiasa ada halangan didalam perhubungan cinta, pertunangan dan perkahwinan, kerap sakit kepala, kerap mimpi bersama (bersetubuh), kerap mimpi berkahwin, kerap letih lesu dan malas, kerap memarahi dan membenci pasangan, kerap mimpi kanak-kanak atau bayi, bagi yang perempuan kerap mimpi melahirkan anak, ada juga sampai ketahap mangsa dirogol dan dinodai jin, kebiasaannya yang menjadi mangsa adalah kaum wanita.

Fakta tentang Jin Asyik
1. jin asyik secara ringkasnya ialah jin yangg jatuh cinta dgn manusia.
2. antara yang paling bahaya: susah dikeluarkan dan ganas.
3. biasanya jatuh hati kepada orang yang baik
4. bukan hanya berlaku kepada orang bujang, tapi juga yang telah berkahwin
5. mangsa biasanya perempuan, tapi lelaki pun ada yang jadi mangsa
6. kemungkinan jin itu yang memang berada di rumah mangsa, jin yang lalu dan ternampak, atau jin yang memang dihantar untuk menyihir mangsa, tapi berubah tujuan kerana jatuh cinta.

Antara sebab jin asyik boleh jatuh cinta
1. suka bertelanjang ketika di rumah atau ketika mandi
2. jin ternampak mangsa ketika berada dalam bilik air
3. tak membaca doa sebelum bersama isteri
4. selalu tidur berseorangan. Contoh orang bujang tinggal seorang diri di rumah. (tiada housemate)

Antara tanda kehadiran jin asyik
1. isteri mengamuk tetiba bila tengok perempuan lain mendekati suami
2. ada kalanya jin asyik hanya berada di rumah, mangsa di luar baik, bila di rumah ada saja yang tak kena.
3. sering mimpi bersama dengan suami/isteri/orang yang tak dikenai.
4. mendengar nafas di tempat tidur, terasa ada seseorang tidur bersama.
5. badan selalu lesu, sebab selalu didakap/ditindih jin asyik.
6. jadi tak suka bercakap banyak
7. selalu mimpi naik pelamin / hamil.
8. selesa duduk menyendiri.
9. tarasa alat kelamin disentuh semasa tidur.

Antara kesan gangguan Jin Asyik
1. boleh menyebabkan berat jodoh, atau berkahwin tapi anak jadi sangat degil
2. dipinang orang tapi selalu tak jadi sebab jin asyik berusaha menghalang perkahwinan

Jika anda, anak anda, saudara mara anda, rakan anda atau sesiapa sahaja yang mengalami simptom sedemikian, mungkin anda telah diganggu jin asyik. Jangan biarkan masalah menjadi lebih parah. Berikhtiarlah dengan merujuk kepada perawat Islam. jangan jumpa pawang atau bomoh, sebab itu tidak menyelesaikan masalah tetapi akan menambah masalah.

9/27/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 1:01 pm
LOGO AKRINE

9/26/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 11:18 pm


Umum telah mengetahui bahawa kes-kes gangguan membabitkan sihir agak komplikated dan rumit untuk diselesaikan. Segala-galanya bergantung kepada ikhtiar dan kesungguhan pesakit untuk pulih serta keizinan daripada Allah SWT. Sepanjang pengalaman saya menangani kes gangguan sihir ni, ada yang baru beberapa minggu mengalami gangguan, ada yang dah beberapa bulan , ada yang dah beberapa tahun. Ada yang kena serangan sejak 30 tahun yang lalu, bahkan ada pesakit saya dari Kajang yang telah menderita akibat gangguan sihir sejak 40 tahun yang lalu. Masya-Allah….! Sepanjang tempoh itu, pesakit bukan setakat mengalami gangguan emosi, malah minda, fizikal dan hubungan keluarga dan masyarakat juga turut terjejas. Kalau kena gangguan sihir tafriq, mau porak peranda dan bercerai berai antara suami isteri dan ahli keluarga. Memang itulah agenda dan kerja iblis….nak merosakkan kehidupan manusia.

Sebab itu, di samping ikhtiar untuk memulihkan diri, pesakit perlu ada usaha untuk melindungi diri (pagar diri) daripada serangan jin-jin sihir atau ahli sihir. Yasin 9 dan benteng 7 penjuru boleh diamalkan bagi mengelakkan serangan baru (dengan izin Allah). Dengan niat untuk menjaga maruah diri dan sebagai peringatan kepada rangkaian sihir agar mereka sedar, insaf dan menghentikan kezaliman terhadap pesakit, usaha-usaha untuk menyerang balas boleh dilakukan. Bukan untuk membalas dendam atau sakit hati, tapi sebagai kifarah terhadap kezaliman yang dilakukan. Terserah kepada Allah untuk membalasi perbuatan kejam dan zalim rangkaian sihir tu terhadap mangsanya.

Antara teknik yang saya syorkan kepada pesakit ialah teknik bacaan Yasin, gores kertas dan bakar. Ini sekadar teknik. Nak guna teknik yang lain pun tak apa, atas dasar untuk mempelbagaikan teknik. Jangan sekali-kali mempertikaikan atau memperlekeh teknik orang lain sebab apa-apa pun teknik yang kita gunakan semuanya berlaku dengan izin Allah jua. Kalau Dia tak izinkan, tak ada lah apa-apa kesan. Yang penting keyakinan dan pergantungan kepada Allah perlu seratus peratus dengan niat semoga Allah bantu dan berikan petunjuk-Nya. Pesakit saya Puan NB yang mengamalkan teknik ni dengan penuh yakin dan istiqamah mendapati wujud kesan berminyak dan tompokan darah sebaik sahaja kertas yang digores habis terbakar. Adakah ini sebagai petanda, ahli sihir dan pengupahnya telah menerima kifarah daripada Allah. Adakah mungkin mereka juga sedang menderita kepanasan atau kesakitan. Atau mungkin mereka telah mengalami muntah darah….? Dalam pada itu Puan NB bermimpi didatangi seekor ular yang sangat besar pada bahagian badannya tetapi kepala dan ekornya terlalu kecil. Apakah ini petanda rangkaian sihir itu sudah mulai lemah dan hampir menyerah kalah? Wallahu ‘alam. Kita serahkan sahaja kepada ketentuan dan kebijaksanaan Allah SWT.
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 10:30 am
ALHAMDULILLAH, selesai sudah AGM AKRINE 2011 pada 25 September 2011, hari AHAD bertempat di dewan burhanuddin al-Helmy, Kuang [HQ AKRINE]. Perjalanan AGM berlangsung seperti yang dicadangkan. 

 Gaya Pengerusi Tetap AGM AKRINE 2011.

 Ucaptama Penaung AKRINE TG Ustaz Abdul Majid bin Hassan. Nasihat dan panduan diberikan, moga beroleh keberkatan semuanya. Insya Allah.

  Ucaptama Penaung AKRINE TG Ustaz Abdul Majid bin Hassan. Nasihat dan panduan diberikan, moga beroleh keberkatan semuanya. Insya Allah.

 Antara yang hadir ke AGM AKRINE 2011.

 Antara perawat AKRINE yang hadir, dari AKRINE Segamat, AKRINE Putrajaya, AKRINE Seremban sendiri dan PEBATAP
 Barisan Perawat AKRINE yang aktif merawat.

 Perbincangan teknik/ kaedah/ cerita rawatan, menghubungkan silaturrahim sesama AKRINEr.

 Lepas duduk, berdiri, kemudian duduk semula, masih dengan sesi perbincangan alam rawatan gangguan makhluk berkenaan.


 Doakan ana sihat dan dipermudahkan urusan rawatan kerana Allah Taala.

 AKRINEr Ust Mohd Jim membuat pendaftaran dengan TCM [http://tcmonline.moh.gov.my/tcmonline]

 Sesi makan pun berbincang lagi, macam tuelah bila berjumpa dengan sahabat-sahabat perawat nie.

Eh Saudara Azahar dari Faqir Design pun datang, logo AKRINE akan diolah semula agar menepati kehendak pihak ROS, jadi saudara Azahar diberi mandat oleh TG Ustaz Abdul Majid.

.

HUBUNGI

Rawatan Islam al-Jawhari [Akrine Seremban] dikelolakan oleh Ustaz Bukhari b. Hj Kadam secara part time sahaja. semua rawatan adalah berdasarkan janji temu sahaja dan semuanya perlu mengikut masa yang telah diberikan.

Suatu ikhtiar dalam rawatan gangguan makhluk halus, sihir, saka, jin asyik, urutan badan bagi lelaki dan bekam darah/ angin serta rawatan resdung/ ghurah. Insya Allah membantu sekadar ilmu yang Dia pinjamkan pada saya sahaja. Saya hanya Tukang Doa sahaja, tiada lebih dari itu.

Alamat Pusat Ikhtiar Rawatan:
No 700 Jalan Semarak 13
Taman Panchor Jaya
70400 Seremban
Neg Sembilan


Sila hubungi :
Tel : 019-650 8503
Email : walin9@yahoo.com