Ada pula kes si suami yang bingung apabila si isteri tiba-tiba berubah hati. Tiada lagi kata-kata manis dan romantik seperti sebelumnya. Apa lagi yang kurang? Rumah ada, kenderaan ada, wang belanja ada, makan pakai semua cukup bahkan zuriat pun dah berderet-deret. Daripada seorang isteri yang lemah lembut, sopan santun, taat suami dan penyayang, sikap si isteri berubah menjadi panas baran, benci melihat wajah suami, enggan bila diajak bersama dan lidahnya tidak putus-putus minta diceraikan tanpa sebab yang munasabah. Mujurlah si suami dikurniakan sifat sabar, tidak cepat melatah atau melenting. Tenang sahaja dia menghadapi situasi sebegini sebab dia sedar isterinya bukan seperti itu. Mesti ada yang tak kena. Mungkin ada campur tangan unsur mistik yang cuba meruntuhkan istana rumahtangga yang asalnya bahagia. hasil diagnos yang saya buat melalui suaminya, ada petunjuk si isteri telah terkena gangguan sihir tafriq. Rupa-rupanya ada lelaki lain yang jatuh hati kepada isterinya tu. Tak kiralah isteri orang ke, anak ramai ke, yang penting lelaki tu nak juga kat isteri dia tu. Ada yang mengenali lelaki tu disebabkan rakan sekerja, bos sendiri bahkan ada yang dikenali sekadar melalui Facebook. Ha, jangan tak percaya, sekarang gejala sihir pun dah menggunakan teknologi ict untuk mencari mangsanya. Akhirnya,sang isteri mendesak minta diceraikan kerana tak sabar nak hidup bersama buah hati yang baru dikenali tu. Mula la rasa diri tu muda, anak dara dan nak 'enjoy' macam remaja. Suami dan anak-anak dianggap beban dan menyusahkan sahaja.
Dalam menangani kes-kes sihir tafriq ni, biasanya ikhtiar yang saya dapat lakukan ialah rawatan melalui isteri atau suami yang sedar bahawa pasangannya sedang mengalami gangguan sihir. Kalau minta si isteri atau suami yang jadi mangsa sihir tu datang berubat, mati hidup semula pun mereka tak akan terima hakikat bahawa mereka sedang 'sakit' dan perlu dirawat. Tak apa, kita mengadulah kepada Yang Maha Memiliki untuk menyelesaikan masalah ini. Terapi berasaskan tawajjuh kepada Allah seperti amalan solat, bacaan surah-surah dan wirid-wirid tertentu di samping doa dan terapi melalui pemakanan dan minuman dilakukan secara konsisten dan penuh keyakinan. Berdasarkan pengalaman saya, dengan izin Allah akhirnya si isteri atau si suami yang terkena gangguan sihir akan sedar dan dia sendiri akan minta dirawat.
Ayat Doa 1.











