• RAWATAN ISLAM AL-JAWHARI

    AHLAN BIKUM dan SELAMAT DATANG ... Konsep Ikhtiar mencari kesembuhan dengan menggunakan ayatul ruqyah dan herba-herba semulajadi dalam rawatan Insya Allah.

  • PERAWAT ANDA

    Sila hubungi saya, Ust Bukhari melalui talian 019-650 8503 (24 jam) dan email walin9@yahoo.com. Insya Allah kita sama-sama berikhtiar

  • BUKU JIN UNDERCOVER

    Buku Terbaharu keluaran AKRINE, pengijazahan amalan merawat sekiranya pembelian buku yang original ...

  • BUKU BERDIALOG DENGAN JIN [BDJ]

    Nukilan kisah rawatan oleh penulis buku berkenaan, antara Best Seller pada tahun keluarannya, RM35.00 sahaja ...

  • PENGASAS AKRINE

    TG Dr. Ust Abdul Majid bin Hassan, sila layari laman blog beliau www.akrine.blogspot.com, beliau juga penulis buku Berdialog Dengan Jin [Pengalaman Perawat] dan buku Jin Undercover.

  • AKRINE

    Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia [AKRINE]. Sila layari laman web www.akrine.com, bagi yang berhajat dengan Kursus Intensif Rawatan Islam, sila ambil perhatian kerana selepas KIRI 1 sahaja akan dibenarkan mengikuti KIRI Tahap 2. Tuan/ Puan/ Cik juga dipelawa menyertai FB AKRINE, selepas selesai KIRI Tahap 2, dan emailkan sijil tamat KIRI 2 ke email webakrine@gmail.com.

  • URUTAN URAT DAN SARAF

    Ikhtiar pemulihan urat dan saraf dengan Terapi Urutan Badan, samada kerana kelesuan bekerja, urutan kesihatan, urutan kelelakian mahupun urutan pakej sebelum berkahwin, suatu ikhtiar, saya mengurut LELAKI sahaja... Mahar urutan boleh dibincangkan Insya Allah

  • RAWATAN GHURAH RESDUNG

    Ikhtiar mengeluarkan lendir pada saluran pernafasan yang mana lendiri-lendir ini mengganggu sistem pernafasan seharian, almaklumlah, kita menyedut toksin-toksin yang kotor seharian. Akan dibekalkan selepas rawatan Sabun Sireh [RM8.00 sebuku] dan Sabun Resdung [RM8.00 sebuku] sebagai ikhtiar selepas rawatan Ghurah Resdung ... Insya Allah membantu tuan/ puan/ cik ...

  • BEKAM atau ALHIJAMAH

    Ikhtiar mengeluarkan darah-darah kotor di bawah kulit atau sel darah merah yang mati selepas setiap 3 bulan, sel-sel ini yang tiada tempat atau jalan keluar tersimpan di bawah kulit, Insya Allah dengan al-Hijamah mampu memulihkan atau mengeluarkan darah mati berkenaan. Ianya juga amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan Baginda SAW. Insya Allah akan memberikan kesihatan berpanjangan dengan amalan berbekam ini. Nasihat selepas berbekam akan diberikan percuma, dan darah tuan akan didiagnos sepanjang sesi bekaman badan ...

:::::: :::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog AKRINE SEREMBAN [AL-JAWHARI] :::: :::: Syukran dan Terima Kasih :::: sama-sama usahakan untuk mendapatkan kesembuhan dariNya, bergantung hanya padaNya, Tukang Doa hanyalah asbab sahaja ....

3/01/2012

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 1:52 pm


Assalamualaikum...

Kita tidak nafikan bahawa kehidupan manusia pada zaman moden ini kian canggih dan kian maju. Malangnya kemajuan dan kecanggihan teknologi yang dicapai menyebabkan manusia semakin jauh dari Allah dan semakin renggang dengan sunnah Rasulullah. Kelulusan tinggi melangit tetapi akidah, kepercayaan dan cara berfikir nampaknya kembali ke zaman jahiliyyah.

Apa tidaknya, kes-kes yang dirujuk kepada saya selaku perawat Islam semakin pelik dan ada kalanya tak dapat diterima dek akal yang waras. Pelik tetapi benar. Dalam kes gangguan sihir misalnya, kita biasa mendengar seseorang disihir oleh jiran, rakan sekerja, bekas teman lelaki atau teman wanita, orang bawahan sihirkan bos, peniaga sihirkan peniaga lain dan sebagainya. Ini kes-kes yang dianggap biasa. Tetapi kalau dah melibatkan kes suami sihirkan isteri, isteri sihirkan suami, anak sihirkan emak, emak sihirkan anak, anak-anak pula sihir-menyihir sesama mereka, ini dah kira pelik. Ya Allah, dah hilangkah rasa kasih sayang dalam kehidupan keluarga. Sudah lupakah umat Islam bahawa perbuatan sihir merupakan kerja syirik yang termasuk dalam ketegori dosa besar? Yang sedihnya, berdasarkan kes-kes yang saya kendalikan, kerja-kerja sihir ini turut dilakukan oleh seorang yang berstatus ustaz atau ustazah, pendakwah, dan golongan ilmuwan dalam agama. Nampaknya ilmu yang mereka miliki tidak mampu mentarbiah diri sendiri daripada unsur syirik. Semakin mencabarlah tugas para perawat Islam pada ketika ini. 

Puan Y telah disihir sejak beberapa tahun yang lalu. Hasil 'ujian pengesanan' yang saya lakukan, Puan Y rupa-rupanya disihir oleh ibu saudaranya sendiri yang tidak senang dengan kejayaannya. Dalam masa yang sama dia juga disihir oleh teman sekerja di pejabatnya. Lebih memburukkan keadaan, Puan Y juga diganggu jin saka yang datangnya dari pihak suami. Hasil perundingan secara diplomasi, akhirnya jin-jin saka yang mengganggu Puan Y bersetuju untuk berhijrah ke Serambi Madinah. Sebahagian daripada mereka keluar melalui hujung kaki dan sebagaiannya saya arahkan keluar melalui mulut. Pada akhir sesi, Puan Y terbatuk-batuk dan sendawa menandakan jin-jin saka tu keluar nelalui mulut Puan Y dengan izin Allah. Alhamdulillah, satu bab dah selesai, kata hati kecil saya.

Apabila saya mula berurusan dengan jin-jin sihir yang mengganggu Puan Y , mereka 'memaklumkan' bahawa mereka bukan suka pun buat kerja-kerja zalim ini tetapi mereka dipaksa oleh ahli-ahli sihir laknatullah. Puan Y  sebelum ini pernah diserang sihir tetapi telah dirawat. Sekarang dia diserang lagi dan berdasarkan 'dialog jari' antara saya dengan ketua jin sihir, mereka dihantar oleh ibu saudara Puan Y yang sakit hati, cemburu, dan tidak dapat menerima kejayaan Puan Y berbanding anaknya yang sebaya dengannya. Biasalah orang Melayu, tinggi tahap 'PhDnya'

Selepas sesi bacaan ruqyah, saya teruskan sesi dengan mengarahkan ketua jin sihir membuang barang-barang sihir daripada tubuh Puan Y. Banyak juga rupa-rupanya barang sihir yang diletakkan dalam tubuh Puan Y, bermula dari kepala sehinggalah ke hujung kaki. Alhamdulullah, ketua jin sihir yang beragama Islam tu memberikan kerjasama yang baik setelah saya dakwah dan tanzirkan dia. Seterusnya, saya mengarahkan semua jin sihir berkumpul dan bersiap sedia untuk dihijrahkan ke Serambi Madinah. Tiga kali juga lah penghantaran dibuat ke atas kelompok-kelompok jin tu. Namun masih ada satu jin yang enggan keluar iaitu ketua jin sihir.

Rupa-rupanya ketua jin sihir tu takut akan diapa-apakan oleh tuannya. Tambahan pula, saya perasan sepanjang sesi rawatan, kami dipantau oleh beberapa ekor lalat yang pastinya utusan atau 'spy' ahli sihir. Setelah dipujuk, diberi jaminan keselamatan dan dipakaikan dengan pakaian halimunan, akhirnya dia setuju keluar dan berhijrah ke Serambi Madinah. Syukurlah, segala-galanya dimudahkan dan diselesaikan dengan izin Allah. Cuma saya berharap Puan Y terus beramal dengan amalan yang saya bekalkan sambil mohon perlindungan daripada Allah agar tidak berlaku lagi serangan sihir ke atasnya pada masa akan datang. Perawat hanya dapat membantu 30% sahaja. 70% lagi perlu dilakukan oleh pesakit itu sendiri. Ingatan kepada sahabat-sahabat perawat, jangan sampai pesakit tu bergantung 100% dengan kita.





Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 8:52 am
Assalamualaikum wbt,

Saya selaku Pengasas Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia [AKRINE] dengan ini menegaskan bahawa saya tidak terlibat dengan kursus yang dirancang oleh pengiklan berkenaan.

Pihak penganjur ada menemui saya menyatakan hasratnya untuk mengendalikan kursus berkenaan. Walau bagaimanapun perbincangan hanyalah di peringkat cadangan.

Pihak penganjur telah mengiklankan dalam website mereka dan saya dihubungi oleh beberapa orang yang inginkan pengesahan saya kerana di antara tarikh kursus adalah pada 10hb. Mac 2012 sedangkan tarikh berkenaan kursus tahap 2 akan berlangsung di Kuang.

Saya meneliti website berkenaan dan mendapati banyak kekeliruan yang boleh memberi anggapan yang tidak betul kepada saya seperti ilmu pengasih, ilmu pelaris dll yang bukan bidang ataupun kepakaran saya. Begitu juga dengan pemakluman saya bahawa peserta kursus hanya akan diajar asas rawatan tahap 1 tetapi penganjur mengiklankan modul kursus tahap 2.

Saya telah menghubungi penganjur dan penganjur berjanji untuk memperbaiki modul berkenaan. Saya dapati pihak penganjur masih memasukkan kursus Tahap 2 walaupun berjanji untuk tidak berbuat demikian.

Kursus Tahap 2 perlu mendapat kelulusan dari Persatuan Akrine dimana peserta kursus akan layak menjadi ahli persatuan dan setakat ini hanya kursus di Kuang, Selangor sahaja yang diterima pakai oleh persatuan.

Memandangkan pihak penganjur gagal mematuhi perbincangan awal saya dengan ini menegaskan bahawa saya tidak terlibat dengan penganjuran kursus berkenaan.

Harap maklum dan terima kasih.

Wassalam

2/23/2012

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 5:22 pm
Jom tambah ilmu ... bersama al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, 25 Feb 2012 [Sabtu Malam, lepas solat Maghrib]

2/15/2012

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 11:12 am

Assalamualaikum wbt.

Dapatkan majalah Q & A isu kedua d pasaran atau pembelian secara online melalui link yang diberikan. Cerita/ tulisan Pengasas AKRINE berada pada halaman 100.

Bagi sesiapa yang mahu membaca tulisan saya, jemputlah menelaah majalah Q&A terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd, [harga majalah RM10 dan kos pos laju RM5 sahaja] tempahan boleh dibuat melalui http://www.iqramall.com

2/02/2012

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:41 am
Pengedar Sabun al-Bayt boleh cetak dan edarkan pada yang berkenaan. 
Wallahu a'lam.



1/30/2012

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 11:01 am
PERKONGSIAN ilmu dalam Rawatan antaranya Bekam, Rawatan Resdung dan Refleksologi, di Pusat Rawatan Islam Kasturi, Muallij Nasa, Bandar Bukit Beruntung, Selangor pada 29 Januari 2012 [Ahad].

Perkongsian ini antara lain adalah inisiatif Ustaz Rosdi yang ingin sahabat-sahabat perawat mempelajari ilmu Bekam [al-Hijamah] ini.

 Rawatan Lilin Resdung [serai wangi dan madu]

 Tn Hj Kamisan, En Amin, ana dan Saudara Kamarul


 Perkongsian Teori Bekam/ al-Hijamah


 Praktikal Bekam/ al-Hijamah


 Bekam [al-Hijamah]

 Rawatan Resdung [Ghurah]

 Rawatan Resdung [Ghurah]

Rawatan Resdung [Ghurah]

1/27/2012

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 12:11 pm
Menghadiri perkongsian ilmu Rawatan Bekam [al-Hijamah], Rawatan resdung dan Refleksologi bersama Ustaz Nasa di Bukit Beruntung, Rawang Selangor, bermula jam 10 pagi - selesai perkongsian ilmu Insya Allah. 

Insya Allah perkongsian yang bermanfaat bersama mualij yang lain, mana tau pertemuan ini memberikan 1001 makna dalam ilmu rawatan ini. Amien!! Allahu Akbar.
Perkongsian ini adalah hasil kerjasama Ustaz Rosdi dari terapi Islam al-Bayt, kerana menjangkakan perkongsian ilmu Bekam ini memberikan 1001 faedah bagi yang terkena gangguan jin sihir/ asyik/ saka. Mencari kesembuhan sesuatu yang fardhu. Insya Allah apabila bertemu dengan Rasinya, sembuhlah penyakit berkenaan. Amien!!

Antara Perawat lain yang bakal hadir sama :
  1. Sahabat Ustaz Kamarul : http://akrinesenawang.blogspot.com/
  2. Ustaz Kamisan [PEBATAP] http://muallijbtp.blogspot.com
  3. Ustaz Rosdi [PEBATAP] http://terapialbayt.blogspot.com
  4. Ustaz Asri [PEBATAP] http://muallijbtp.blogspot.com
  5. En Amin ]PEBATAP] http://muallijbtp.blogspot.com

1/18/2012

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 1:19 pm


Dulu Tuan Guru Ustaz Majid selalu menyebut tentang kewujudan jin yang berlapis-lapis di dalam badan manusia. Agak sukar untuk membayangkan keadaan tu. Yelah, setahu saya yang berlapis-lapis tu tentulah macam kuih lapis atau kuih bahulu sarawak kegemaran saya tu, hehehe.

Apabila dah berkecimpung dalam dunia rawatan Islam walaupun secara 'part time' saya semakin memahami maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik kenyataan TG Ustaz Majid tu. Kita kena terima hakikat bahawa seseorang manusia boleh diganggu oleh beribu-ribu jin dalam satu masa. Wah, penuh la setiap inci tubuh badan pesakit dengan gangguan jin. Wallahu 'alam, semua dengan izin dan kehendak Allah jua. Kita sebagai manusia yang serba kekurangan ni tak payah la susah-susah untuk membayangkan bagaimanakah kedudukan dan susunan jin-jin dalam badan mangsa tu. Tanggungjawab kita ialah membantu mangsa membebaskan diri daripada semua gangguan tu.

Puan N dari Nilai telah datang untuk meneruskan ikhtiarnya mencari penyelesaian terhadap kes gangguan yang telah ditanggungnya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Dalam tempoh itu, kehidupannya memang kurang terurus, terumbang-ambing dan tidak tentu hala. Mujurlah suaminya, En Wan tetap setia di sisi dan tak jemu-jemu berikhtiar untuk memulihkan isteri tersayang. Sebutlah, di mana sahaja ada perawat yang mungkin dapat membantu, dia akan bawa isterinya. Sehinggakan dia pernah ditipu oleh perawat yang bukan ikhlas nak membantu tetapi lebih kepada kepentingan peribadi untuk mengaut keuntungan duniawi atas kesusahan orang lain. Inilah yang dikatakan pawang yang suka Paw Wang, menurut kata TG Ustaz Majid.

Dapatan saya selepas sesi rukyah dan scanning memang membuktikan wujud gangguan yang berbagai-bagai dalam diri Puan N. Yang agak menariknya jin-jin yang mengganggu Puan N ni membawa pelbagai watak dari pelbagai peringkat umur, agama dan bangsa. Pendek kata bukan setakat menyerlahkan ciri jin 1Malaysia bahkan bersifat global. Apa tidaknya, jin ni mampu membawa watak bayi sehinggalah watak orang tua. Mampu bertutur dalam pelbagai bahasa seperti Melayu, Indonesia, Thailand, Cina, India, Myanmar dan sebagainya.

Seperti biasa, saya suka guna pendekatan psikologi, kaedah dakwah dan tanzir untuk memujuk serta mengugut jin-jin tu supaya bertaubat dan hentikan kezaliman yang dilakukan selama ini. Ada yang akur, alhamdulillah. Tetapi tidak kurang yang sombong, degil dan mempermain-mainkan ayat-ayat Allah. yang tu memang saya belasah cukup-cukup. Kalau tak serik juga dan tak nak tinggalkan pesakit saya terpaksa gunakan pilihan terakhir iaitu, pancung. tersentak saya dibuatnya, setiap kali saya pancung jin-jin degil dan musyrik tu, dia gelak besar dan memperlekehkan saya. Bila saya sergah dan minta dia mengaku, rupa-rupanya itu jin yang lain. Jin yang tadi memang dah mati kena pancung.

Maknanya setiap kali jin-jin yang mengganggu tu dapat dikeluarkan atau terpaksa dihukum mati, lapisan-lapisan yang di bawahnya akan muncul mengambil tempat dengan pelbagai watak, ragam dan penampilan. Geram pun ada, nak gelak pun ada. Ya Allah, untuk sesi tu sahaja, saya rasa tidak kurang daripada 30 jin yang telah dapat dibebaskan atau dihukum mati. Saya minta agar rawatan ditangguhkan ke sesi akan datang sebab saya pun dah letih, Puan N pun dah tak bermaya, dan En Wan pun dah mula mengantuk. Sesi rawatan malam tu berakhir pada jam 1.00 pagi. Saya dapat rasakan masih banyak lagi jin dalam badan Puan N yang perlu diuruskan. Buat sementara ini saya minta mereka bertenang, jangan ganggu Puan N dan insya-Allah akan berjumpa lagi dalam sesi rawatan akan datang. Saya berdoa agar rawatan akan datang dimudahkan sebab dah tau rentak gangguan yang dihadapi oleh Puan N selama ini. Semuanya biiznillah, biaunillah.

12/27/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
2 comments | 9:17 am
 
Sekiranya saudara saudari, tuan puan berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Sila hubungi saya untuk temu janji dan sesi penerangan:

019-650 8503 (Bukhari)

Konsultan Akademi Mutawwif Training & Consultancy
Seremban, Negeri Sembilan.

www.akademimutawwif.my
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 8:40 am
“Ustaz, mungkin ada serangan baru yang dihantar. Saya rasa tak selesa sangat ni. Kepala pening, berdebar-debar dan tangan saya bergerak-gerak sendiri. Saya nak menjalani peperiksaan jam 11.00 pagi ni. Doakan saya, ustaz.” Begitulah mesej yang saya terima dari Cik Nd pada suatu pagi. Saya minta Cik Nd bertenang, letak pergantungan penuh terhadap Allah, banyakkan zikrullah dan selawat serta ayat-ayat pendinding diri yang saya bekalkan. Saya beri keyakinan kepadanya, insya-Allah dia tak  apa-apa. Allah akan bantu. Alhamdulillah, akhirnya Cik Nd dapat menjalani peperiksaan dengan sempurna.

Jam 5.00 petang cik Nd, ibu dan abangnya telah sampai ke tempat rawatan saya di Seremban. Sebenarnya Cik Nd ni kerap benar kena serangan jin-jin sihir. Bukan satu atau sepuluh jin sihir yang dihantar kepadanya tetapi beribu-ribu jin bagi setiap penghantaran. Memang Cik Nd ni jaga solatnya, tak pernah lupa berzikir, baca quran dan amalan-amalan benteng diri yang lain tetapi serangan tetap berlaku. Ye lah…semuanya atas keizinan Allah jua. Dia redha dengan ujian itu dan tidak jemu berikhtiar membebaskan diri daripada gangguan dan serangan rangkaian sihir. Sama seperti rangkaian sihir yang tak pernah jemu dan tak pernah ada gencatan senjata untuk terus menzalimi Cik Nd dan keluarganya. Cuma, jin sihir yang dipaksa untuk mengganggu Cik Nd ni agak unik iaitu jin ayam,  Kelakarkan…? Jin Cap Ayam je rupa-rupanya…hehehe. Ni la wajah jin yang dapat dilihat setelah saya paksa dia lukiskan.



Saya yang agak kepenatan hari itu sekadar membaca ruqyah ringkas dan menggunakan kaedah 1881 untuk mengesan kehadiran jin-jin sihir yang mengganggu Cik Nd. Memang positif dan agak kuat respons yang saya terima. Bergoncang seluruh anggota badan Cik Nd. Terus saya arahkan semua jin sihir berkumpul di hujung tangan kanan dan mengarahkan ketua jin tampil ke hadapan. Hasil dialog antara saya dengan ketua jin sihir, jelas menunjukkan bahawa mereka telah diseru dan dipaksa untuk menzalimi Cik Nd dengan sedikit ‘ganjaran’ walaupun mereka sebenarnya tak suka melakukan kerja tersebut. Saya arahkan ketua jin sihir menulis tempat asal mereka. Rupa-rupanya jin-jin ini didatangkan dari sebuah daerah bernama Mongkua di Thailand. Memang tidak Islam jin-jin ini.



Seperti biasa saya lebih suka menggunakan kaedah diplomasi, dakwah dan tanzir apabila berhadapan dengan jin-jin sihir yang tidak Islam ni. Agak lama juga saya pujuk mereka dan beri jaminan keselamatan kepada mereka. Alhamdulillah, Allah beri mereka hidayah dan bersedia memeluk Islam selain sanggup dihijrahkan ke Serambi Madinah (SM) dan berjanji tidak lagi mengulangi kekejaman yang dilakukan bersama-sama tukang sihir dan pengupahnya. Nampaknya sunguh-sungguh mereka nak jadi jin yang baik dan tak sabar-sabar untuk berhijrah ke SM sekali gus membebaskan diri daripada cengkaman tukang sihir dan pengupahnya. Disebabkan bilangan mereka yang terlalu banyak, tentera-tentera Islam dari SM telah datang untuk mengiringi perjalanan mereka ke SM.

Ujian cakap benar yang saya lakukan selepas proses penghantaran mendapati ada beberapa jin sihir yang masih enggan untuk keluar dari tubuh Cik Nd. Mereka merupakan ketua-ketua jin sihir, anak-anak jin dan ibu bapa jin. Apa masalahnya ni…? Mentang-mentanglah mereka ketua, banyak pula cengkadaknya. Tak apalah, ketua memang macam tu, kena la bagi layanan istimewa dan perhatian lebih setelah anak-anak buahnya yang lain keluar. Mmmm….barulah saya faham puncanya. Bukan degil, bukan tak nak keluar, tetapi ada ‘penghalang’. Ketua-ketua jin sihir yang dah diislamkan tadi memang nak keluar tetapi mereka bimbang akan dicekup oleh tentera-tentera jin sihir upahan yang memerhatikan pergerakan mereka sejak tadi. Ketua-ketua jin ni tak nak berkhidmat lagi dengan tukang sihir. Takut apabila dapat dicekup dan dihadapkan kepada tukang sihir, mereka dipaksa melakukan kezaliman terhadap manusia sekali lagi. Jadi, mereka perlukan jaminan keselamatan. Saya meyakinkan mereka bahawa mereka akan selamat keluar dan berhijrah ke SM dengan dua cara. Pertama, saya akan bekalkan mereka dengan pakaian halimunan sehingga mereka tak dapat dikesan oleh tukang sihir dan jin-jin sihir upahan. Kedua, saya yakinkan mereka dengan kehadiran tentera berkuda yang lengkap bersenjata untuk mengiringi mereka berhijrah ke SM. Akhirnya, mereka akur dan bersetuju dengan jaminan saya. Alhamdulillah, ketua-ketua jin sihir ini berjaya dihijrahkan ke SM.

Ibu bapa jin yang masih tak nak keluar pula mendakwa mereka tak mahu keluar sebab tak sanggup berpisah dengan anak mereka yang telah dijadikan tebusan oleh tukang sihir. Anak-anak jin sihir yang enggan keluar pula mendakwa ibu mereka dijadikan tebusan oleh tukang sihir. Kalau mereka keluar, semua tebusan akan dibunuh oleh tukang sihir. Hai, sudah lebih tukang sihir ni, main tebusan-tebusan pula. Mujur dia tak minta wang tebusan RM1 juta. Kalau tidak lagi parah dibuatnya. Kalau Rp1 juta boleh la diusahakan. Sekali lagi saya beri jaminan bahawa saya akan bebaskan anak dan ibu jin sihir yang dijadikan tebusan tu dengan izin Allah. Tetapi mereka mesti berjanji untuk keluar sebaik sahaja anak dan ibu mereka dibebaskan. Mereka setuju dan menunggu dengan perasaan cemas. Masya-Allah, subhanallah….dengan izin Allah saya telah berjaya membebaskan ‘tebusan-tebusan’ itu daripada cengkaman tukang sihir setelah saya ‘belasah’ tukang sihir itu sehingga bertaburan tasbih sihir yang dipegangnya. 



‘Tebusan-tebusan’ itu saya kuarantin sementara dalam botol kaca untuk diislamkan. Ibu bapa dan anak-anak jin yang begitu teruja melihat anak dan ibu mereka dibebaskan tak sabar-sabar minta saya keluarkan mereka dari kuarantin. Dengan puak-puak jin ni jangan ikut sangat, kena la ada strategi juga. Kalau tidak kita pula yang dikelentongnya nanti. Langsung tak mahu keluar dari badan. Setelah diislamkan semua tebusan tu, saya minta jin-jin yang masih tinggal dalam badan Cik Nd keluar, berhijrah ke SM dengan jaminan bahawa saya akan hantar ibu dan anak mereka kemudian. Mereka kena hijrah dulu dan tunggu ketibaan ibu dan anak yang akan menyusul. Setelah saya pasti semua jin telah keluar dan meninggalkan badan Cik Nd, saya mengotakan janji untuk menghantar semua jin tebusan tadi ke SM juga.

Hanya lafaz takbir, tahmid dan tahlil yang mampu aku ungkapkan sebagai tanda kesyukuranku atas keagungan-Mu ya Allah. Terima kasih ya Allah kerana memudahkan urusanku dalam membantu hamba-Mu yang lain membebaskan diri daripada angkara sihir. Siapalah aku tanpa bantuan-Mu tatkala berhadapan dengan musuh-musuh-Mu. Semoga kau nilai usahaku sebagai jihad, ibadah dan amal soleh di sisi-Mu ya Allah. Aku hanya mampu berikhtiar, berdoa dan bertawakal. Segala-galanya adalah milik-Mu jua ya Allah.

.

HUBUNGI

Rawatan Islam al-Jawhari [Akrine Seremban] dikelolakan oleh Ustaz Bukhari b. Hj Kadam secara part time sahaja. semua rawatan adalah berdasarkan janji temu sahaja dan semuanya perlu mengikut masa yang telah diberikan.

Suatu ikhtiar dalam rawatan gangguan makhluk halus, sihir, saka, jin asyik, urutan badan bagi lelaki dan bekam darah/ angin serta rawatan resdung/ ghurah. Insya Allah membantu sekadar ilmu yang Dia pinjamkan pada saya sahaja. Saya hanya Tukang Doa sahaja, tiada lebih dari itu.

Alamat Pusat Ikhtiar Rawatan:
No 700 Jalan Semarak 13
Taman Panchor Jaya
70400 Seremban
Neg Sembilan


Sila hubungi :
Tel : 019-650 8503
Email : walin9@yahoo.com