• RAWATAN ISLAM AL-JAWHARI

    AHLAN BIKUM dan SELAMAT DATANG ... Konsep Ikhtiar mencari kesembuhan dengan menggunakan ayatul ruqyah dan herba-herba semulajadi dalam rawatan Insya Allah.

  • PERAWAT ANDA

    Sila hubungi saya, Ust Bukhari melalui talian 019-650 8503 (24 jam) dan email walin9@yahoo.com. Insya Allah kita sama-sama berikhtiar

  • BUKU JIN UNDERCOVER

    Buku Terbaharu keluaran AKRINE, pengijazahan amalan merawat sekiranya pembelian buku yang original ...

  • BUKU BERDIALOG DENGAN JIN [BDJ]

    Nukilan kisah rawatan oleh penulis buku berkenaan, antara Best Seller pada tahun keluarannya, RM35.00 sahaja ...

  • PENGASAS AKRINE

    TG Dr. Ust Abdul Majid bin Hassan, sila layari laman blog beliau www.akrine.blogspot.com, beliau juga penulis buku Berdialog Dengan Jin [Pengalaman Perawat] dan buku Jin Undercover.

  • AKRINE

    Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia [AKRINE]. Sila layari laman web www.akrine.com, bagi yang berhajat dengan Kursus Intensif Rawatan Islam, sila ambil perhatian kerana selepas KIRI 1 sahaja akan dibenarkan mengikuti KIRI Tahap 2. Tuan/ Puan/ Cik juga dipelawa menyertai FB AKRINE, selepas selesai KIRI Tahap 2, dan emailkan sijil tamat KIRI 2 ke email webakrine@gmail.com.

  • URUTAN URAT DAN SARAF

    Ikhtiar pemulihan urat dan saraf dengan Terapi Urutan Badan, samada kerana kelesuan bekerja, urutan kesihatan, urutan kelelakian mahupun urutan pakej sebelum berkahwin, suatu ikhtiar, saya mengurut LELAKI sahaja... Mahar urutan boleh dibincangkan Insya Allah

  • RAWATAN GHURAH RESDUNG

    Ikhtiar mengeluarkan lendir pada saluran pernafasan yang mana lendiri-lendir ini mengganggu sistem pernafasan seharian, almaklumlah, kita menyedut toksin-toksin yang kotor seharian. Akan dibekalkan selepas rawatan Sabun Sireh [RM8.00 sebuku] dan Sabun Resdung [RM8.00 sebuku] sebagai ikhtiar selepas rawatan Ghurah Resdung ... Insya Allah membantu tuan/ puan/ cik ...

  • BEKAM atau ALHIJAMAH

    Ikhtiar mengeluarkan darah-darah kotor di bawah kulit atau sel darah merah yang mati selepas setiap 3 bulan, sel-sel ini yang tiada tempat atau jalan keluar tersimpan di bawah kulit, Insya Allah dengan al-Hijamah mampu memulihkan atau mengeluarkan darah mati berkenaan. Ianya juga amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan Baginda SAW. Insya Allah akan memberikan kesihatan berpanjangan dengan amalan berbekam ini. Nasihat selepas berbekam akan diberikan percuma, dan darah tuan akan didiagnos sepanjang sesi bekaman badan ...

:::::: :::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog AKRINE SEREMBAN [AL-JAWHARI] :::: :::: Syukran dan Terima Kasih :::: sama-sama usahakan untuk mendapatkan kesembuhan dariNya, bergantung hanya padaNya, Tukang Doa hanyalah asbab sahaja ....

12/27/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 8:40 am
“Ustaz, mungkin ada serangan baru yang dihantar. Saya rasa tak selesa sangat ni. Kepala pening, berdebar-debar dan tangan saya bergerak-gerak sendiri. Saya nak menjalani peperiksaan jam 11.00 pagi ni. Doakan saya, ustaz.” Begitulah mesej yang saya terima dari Cik Nd pada suatu pagi. Saya minta Cik Nd bertenang, letak pergantungan penuh terhadap Allah, banyakkan zikrullah dan selawat serta ayat-ayat pendinding diri yang saya bekalkan. Saya beri keyakinan kepadanya, insya-Allah dia tak  apa-apa. Allah akan bantu. Alhamdulillah, akhirnya Cik Nd dapat menjalani peperiksaan dengan sempurna.

Jam 5.00 petang cik Nd, ibu dan abangnya telah sampai ke tempat rawatan saya di Seremban. Sebenarnya Cik Nd ni kerap benar kena serangan jin-jin sihir. Bukan satu atau sepuluh jin sihir yang dihantar kepadanya tetapi beribu-ribu jin bagi setiap penghantaran. Memang Cik Nd ni jaga solatnya, tak pernah lupa berzikir, baca quran dan amalan-amalan benteng diri yang lain tetapi serangan tetap berlaku. Ye lah…semuanya atas keizinan Allah jua. Dia redha dengan ujian itu dan tidak jemu berikhtiar membebaskan diri daripada gangguan dan serangan rangkaian sihir. Sama seperti rangkaian sihir yang tak pernah jemu dan tak pernah ada gencatan senjata untuk terus menzalimi Cik Nd dan keluarganya. Cuma, jin sihir yang dipaksa untuk mengganggu Cik Nd ni agak unik iaitu jin ayam,  Kelakarkan…? Jin Cap Ayam je rupa-rupanya…hehehe. Ni la wajah jin yang dapat dilihat setelah saya paksa dia lukiskan.



Saya yang agak kepenatan hari itu sekadar membaca ruqyah ringkas dan menggunakan kaedah 1881 untuk mengesan kehadiran jin-jin sihir yang mengganggu Cik Nd. Memang positif dan agak kuat respons yang saya terima. Bergoncang seluruh anggota badan Cik Nd. Terus saya arahkan semua jin sihir berkumpul di hujung tangan kanan dan mengarahkan ketua jin tampil ke hadapan. Hasil dialog antara saya dengan ketua jin sihir, jelas menunjukkan bahawa mereka telah diseru dan dipaksa untuk menzalimi Cik Nd dengan sedikit ‘ganjaran’ walaupun mereka sebenarnya tak suka melakukan kerja tersebut. Saya arahkan ketua jin sihir menulis tempat asal mereka. Rupa-rupanya jin-jin ini didatangkan dari sebuah daerah bernama Mongkua di Thailand. Memang tidak Islam jin-jin ini.



Seperti biasa saya lebih suka menggunakan kaedah diplomasi, dakwah dan tanzir apabila berhadapan dengan jin-jin sihir yang tidak Islam ni. Agak lama juga saya pujuk mereka dan beri jaminan keselamatan kepada mereka. Alhamdulillah, Allah beri mereka hidayah dan bersedia memeluk Islam selain sanggup dihijrahkan ke Serambi Madinah (SM) dan berjanji tidak lagi mengulangi kekejaman yang dilakukan bersama-sama tukang sihir dan pengupahnya. Nampaknya sunguh-sungguh mereka nak jadi jin yang baik dan tak sabar-sabar untuk berhijrah ke SM sekali gus membebaskan diri daripada cengkaman tukang sihir dan pengupahnya. Disebabkan bilangan mereka yang terlalu banyak, tentera-tentera Islam dari SM telah datang untuk mengiringi perjalanan mereka ke SM.

Ujian cakap benar yang saya lakukan selepas proses penghantaran mendapati ada beberapa jin sihir yang masih enggan untuk keluar dari tubuh Cik Nd. Mereka merupakan ketua-ketua jin sihir, anak-anak jin dan ibu bapa jin. Apa masalahnya ni…? Mentang-mentanglah mereka ketua, banyak pula cengkadaknya. Tak apalah, ketua memang macam tu, kena la bagi layanan istimewa dan perhatian lebih setelah anak-anak buahnya yang lain keluar. Mmmm….barulah saya faham puncanya. Bukan degil, bukan tak nak keluar, tetapi ada ‘penghalang’. Ketua-ketua jin sihir yang dah diislamkan tadi memang nak keluar tetapi mereka bimbang akan dicekup oleh tentera-tentera jin sihir upahan yang memerhatikan pergerakan mereka sejak tadi. Ketua-ketua jin ni tak nak berkhidmat lagi dengan tukang sihir. Takut apabila dapat dicekup dan dihadapkan kepada tukang sihir, mereka dipaksa melakukan kezaliman terhadap manusia sekali lagi. Jadi, mereka perlukan jaminan keselamatan. Saya meyakinkan mereka bahawa mereka akan selamat keluar dan berhijrah ke SM dengan dua cara. Pertama, saya akan bekalkan mereka dengan pakaian halimunan sehingga mereka tak dapat dikesan oleh tukang sihir dan jin-jin sihir upahan. Kedua, saya yakinkan mereka dengan kehadiran tentera berkuda yang lengkap bersenjata untuk mengiringi mereka berhijrah ke SM. Akhirnya, mereka akur dan bersetuju dengan jaminan saya. Alhamdulillah, ketua-ketua jin sihir ini berjaya dihijrahkan ke SM.

Ibu bapa jin yang masih tak nak keluar pula mendakwa mereka tak mahu keluar sebab tak sanggup berpisah dengan anak mereka yang telah dijadikan tebusan oleh tukang sihir. Anak-anak jin sihir yang enggan keluar pula mendakwa ibu mereka dijadikan tebusan oleh tukang sihir. Kalau mereka keluar, semua tebusan akan dibunuh oleh tukang sihir. Hai, sudah lebih tukang sihir ni, main tebusan-tebusan pula. Mujur dia tak minta wang tebusan RM1 juta. Kalau tidak lagi parah dibuatnya. Kalau Rp1 juta boleh la diusahakan. Sekali lagi saya beri jaminan bahawa saya akan bebaskan anak dan ibu jin sihir yang dijadikan tebusan tu dengan izin Allah. Tetapi mereka mesti berjanji untuk keluar sebaik sahaja anak dan ibu mereka dibebaskan. Mereka setuju dan menunggu dengan perasaan cemas. Masya-Allah, subhanallah….dengan izin Allah saya telah berjaya membebaskan ‘tebusan-tebusan’ itu daripada cengkaman tukang sihir setelah saya ‘belasah’ tukang sihir itu sehingga bertaburan tasbih sihir yang dipegangnya. 



‘Tebusan-tebusan’ itu saya kuarantin sementara dalam botol kaca untuk diislamkan. Ibu bapa dan anak-anak jin yang begitu teruja melihat anak dan ibu mereka dibebaskan tak sabar-sabar minta saya keluarkan mereka dari kuarantin. Dengan puak-puak jin ni jangan ikut sangat, kena la ada strategi juga. Kalau tidak kita pula yang dikelentongnya nanti. Langsung tak mahu keluar dari badan. Setelah diislamkan semua tebusan tu, saya minta jin-jin yang masih tinggal dalam badan Cik Nd keluar, berhijrah ke SM dengan jaminan bahawa saya akan hantar ibu dan anak mereka kemudian. Mereka kena hijrah dulu dan tunggu ketibaan ibu dan anak yang akan menyusul. Setelah saya pasti semua jin telah keluar dan meninggalkan badan Cik Nd, saya mengotakan janji untuk menghantar semua jin tebusan tadi ke SM juga.

Hanya lafaz takbir, tahmid dan tahlil yang mampu aku ungkapkan sebagai tanda kesyukuranku atas keagungan-Mu ya Allah. Terima kasih ya Allah kerana memudahkan urusanku dalam membantu hamba-Mu yang lain membebaskan diri daripada angkara sihir. Siapalah aku tanpa bantuan-Mu tatkala berhadapan dengan musuh-musuh-Mu. Semoga kau nilai usahaku sebagai jihad, ibadah dan amal soleh di sisi-Mu ya Allah. Aku hanya mampu berikhtiar, berdoa dan bertawakal. Segala-galanya adalah milik-Mu jua ya Allah.

0 comments:

Post a Comment

HUBUNGI

Rawatan Islam al-Jawhari [Akrine Seremban] dikelolakan oleh Ustaz Bukhari b. Hj Kadam secara part time sahaja. semua rawatan adalah berdasarkan janji temu sahaja dan semuanya perlu mengikut masa yang telah diberikan.

Suatu ikhtiar dalam rawatan gangguan makhluk halus, sihir, saka, jin asyik, urutan badan bagi lelaki dan bekam darah/ angin serta rawatan resdung/ ghurah. Insya Allah membantu sekadar ilmu yang Dia pinjamkan pada saya sahaja. Saya hanya Tukang Doa sahaja, tiada lebih dari itu.

Alamat Pusat Ikhtiar Rawatan:
No 700 Jalan Semarak 13
Taman Panchor Jaya
70400 Seremban
Neg Sembilan


Sila hubungi :
Tel : 019-650 8503
Email : walin9@yahoo.com