"Insya-Allah, saya akan cuba bantu dengan izin Allah ye...,"
Puan A, bertugas di Lembah Kelang manakala suaminya di Seremban, menguruskan perniagaan di sini. Anak-anaknya dijaga oleh orang gaji dari Indonesia. Puan A hanya dapat meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga. Tak larat nak berulang-alik setiap hari ke tempat kerja.
Puan A dan suaminya Encik H, dikurniakan 5 cahayamata hasil perkongsian hidup hidup mereka. Cuma sejak akhir-akhir ini, hubungan Puan A dan suaminya agak tegang dan selalu sahaja berlaku perang dingin antara mereka. Puan A mendakwa suaminya mula benci kepadanya. Pada pandangan suaminya, wajah Puan A terlalu hodoh. Dia merasakan ada yang tak kena dengan mereka. Seolah-olah ada unsur-unsur jahat yang cuba menggugat hubungan mereka suami isteri.
Petang Isnin itu, saya terus ke rumah Puan A. Tak sempat bertukar pakaian sebab perlu menyelesaikan satu kes kerasukan di sekolah pada hari yang sama.Inilah perjuangan...Encik H, suami Puan A telah siap menanti kedatangan saya di hadapan rumah mereka.
Memang agak penat petang itu....sebab menghabiskan masa hampir 2 jam 'bertarung' dengan jin sihir yang merasuk seorang rakan sekerja di sekolah sebelum akhirnya jin tersebut akur dan keluar dari tubuh mangsa.
Saya mulakan rawatan dengan suami Puan A. Hasil scanning dan bacaan ruqyah...ada respon menunjukkan kehadiran jin-jin sihir yang dihantar oleh seseorang kepada Encik H. Alhamdulillah...tanpa banyak soal jawab, akhirnya jin utusan itu setuju untuk keluar.
Rawatan terhadap Puan A selepas itu dimulai dengan deklarasi pemutus, scanning dan bacaan ruqyah. Saya mengulang-ulang ayat 102 Surah Al-Baqarah dengan doa dan niat agar Allah berikan petunjuk jika wujud unsur-unsur serangan sihir tafriq terhadap Puan A. Waktu tu, Puan A mula resah dan mula menangis. Saya teruskan bacaan ruqyah dan memberikan penekanan terhadap ayat-ayat sihir. Alhamdulillah....akhirnya Allah makbulkan doa saya untuk mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh Puan A.
Hasil cerapan dan sesi dialog dengan jin sihir tafriq (sihir pemisah) Puan A telah dianiaya sebegitu agar suaminya semakin benci kepadanya dan akhirnya akan menceraikan beliau. Waktu itu, tercapailah pihak ketiga yang menaruh harapan kepada suaminya, Encik H untuk mengambil tempat. maklumlah Encik H ni seorang usahawan berjaya....kacak pulak tu....cair perempuan dibuatnya. Ternyata jin-jin itu telah dihantar oleh seseorang dan diikat dalam tubuh Puan A.
Kedegilan jin-jin tersebut memberikan kerjasama untuk keluar walaupun telah saya lepaskan daripada ikatan, menyebabkan saya mula 'naik angin'. Badan dah letih ni....jin pulak tunjuk keras kepala, memang nak cari nahas la. Apa lagi, ayat-ayat azab terus saya bacakan sambil menggunakan teknik pukul, pancung, baling, bakar dan racun jin-jin degil itu. Agaknya dah tak tahan kepanasan dan kesakitan, akhirnya ketua jin sihir dan konco-konconya bersetuju untuk keluar. Syukurlah, sesi dakwah dan tanzir telah dapat menyedarkan jin-jin tersebut. Mereka bersetuju memeluk Islam dan meninggalkan tubuh pesakit....
Alhamdulillah....sesi rawatan berakhir serentak dengan laungan azan waktu Maghrib....waktu itu juga jin-jin sihir tafriq ini dihijrahkan ke Serambi Madinah dengan izin Allah. Terima kasih Ya Allah kerana memudahkan kerja-kerja rawatan hamba-Mu yang lemah ini....
0 comments:
Post a Comment