3/19/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 2:42 am
Panggilan telefon malam itu diterima daripada seorang perempuan yang menamakan dirinya sebagai Wati. Wati mengadu tentang keadaan pak ciknya, Encik R yang mungkin menghadapi gangguan makhluk halus menyebabkan kehidupannya tak menentu sehingga menjejaskan kerjayanya. Ada kalanya dia seperti tidak sedarkan diri dan terasa sakit menyucuk-nyucuk pada bahagian badan tertentu.Saya tak dapat memenuhi permintaan Wati untuk menjenguk keadaan pak ciknya malam itu juga. Pertamanya, hari sudah larut malam, hampir jam 12 tengah malam. Kedua, saya dan beberapa rakan sedang menunggu kepastian tentang keadaan isteri salah seorang ahli kariah yang sedang nazak malam itu.
Wati agak cemas kerana secara tiba-tiba pak ciknya tidak sedarkan diri.Saya minta Wati bertenang dan menunggu sehingga keesokan malamnya untuk saya datang. Usahakan untuk menyedarkan pak ciknya dan minta dia mengulang-ngulang 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas). Alhamdulillah, keadaan terkawal.
Keesokan malamnya saya tiba di rumah pak ciknya kira-kira jam 10.30 malam. Hasil temu bual, rupa-rupanya Siti telah menjadi mangsa serangan jin sihir tokong Siam sejak 4 tahun yang lalu. Namun, dia tak mengenal erti putus asa untuk terus mendapatkan rawatan di bawah pemantauan Ustaz Kamisan dan Ustaz Rosdi Bandar Tasik Puteri. Dia akan terus berusaha untuk pulih demi keluarga dan anak-anak walaupun pengupah tukang sihir berikrar akan terus menyakiti Wati selagi hasratnya tidak tertunai.
Seperti biasa, saya mulakan sesi rawatan dengan bacaan ruqyah, ikrar pemutus dan minuman air ruqyah. Hasil cerapan, didapati pak cik Wati ni jadi mangsa serangan jin sihir yang dihantar oleh seseorang yang hasad dengki dan terdapat unsur gangguan daripada jin-jin lain (mungkin saka). Kedegilan jin-jin tersebut untuk keluar dengan cara baik menyebabkan saya terpaksa 'main kasar' dengan mereka. Teknik pancung, 'dragon ball', bakar, racun dan tikam digunakan. Agaknya dek tak tahan kena belasah, akhirnya barulah jin-jin tersebut akur dan bersedia keluar.
Teknik 'compress down' dan tarik serban saya gunakan untuk mengeluarkan jin-jin tersebut secara borong. Alhamdulillah, tugas saya malam itu dimudahkan Allah. Mana-mana jin yang masih berdegil untuk dipindahkan ke Serambi Madinah dan Darul Islah terpaksa disembelih dengan izin Allah. Saya doakan Encik R dan isterinya tidak lagi menghadapi gangguan. Saya minta mereka melakukan terapi bacaan surah-surah tertentu selepas rawatan itu dan menjalani mandian air garam. Rawatan tamat kira-kira jam 12.30 malam. Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah jua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment