• RAWATAN ISLAM AL-JAWHARI

    AHLAN BIKUM dan SELAMAT DATANG ... Konsep Ikhtiar mencari kesembuhan dengan menggunakan ayatul ruqyah dan herba-herba semulajadi dalam rawatan Insya Allah.

  • PERAWAT ANDA

    Sila hubungi saya, Ust Bukhari melalui talian 019-650 8503 (24 jam) dan email walin9@yahoo.com. Insya Allah kita sama-sama berikhtiar

  • BUKU JIN UNDERCOVER

    Buku Terbaharu keluaran AKRINE, pengijazahan amalan merawat sekiranya pembelian buku yang original ...

  • BUKU BERDIALOG DENGAN JIN [BDJ]

    Nukilan kisah rawatan oleh penulis buku berkenaan, antara Best Seller pada tahun keluarannya, RM35.00 sahaja ...

  • PENGASAS AKRINE

    TG Dr. Ust Abdul Majid bin Hassan, sila layari laman blog beliau www.akrine.blogspot.com, beliau juga penulis buku Berdialog Dengan Jin [Pengalaman Perawat] dan buku Jin Undercover.

  • AKRINE

    Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia [AKRINE]. Sila layari laman web www.akrine.com, bagi yang berhajat dengan Kursus Intensif Rawatan Islam, sila ambil perhatian kerana selepas KIRI 1 sahaja akan dibenarkan mengikuti KIRI Tahap 2. Tuan/ Puan/ Cik juga dipelawa menyertai FB AKRINE, selepas selesai KIRI Tahap 2, dan emailkan sijil tamat KIRI 2 ke email webakrine@gmail.com.

  • URUTAN URAT DAN SARAF

    Ikhtiar pemulihan urat dan saraf dengan Terapi Urutan Badan, samada kerana kelesuan bekerja, urutan kesihatan, urutan kelelakian mahupun urutan pakej sebelum berkahwin, suatu ikhtiar, saya mengurut LELAKI sahaja... Mahar urutan boleh dibincangkan Insya Allah

  • RAWATAN GHURAH RESDUNG

    Ikhtiar mengeluarkan lendir pada saluran pernafasan yang mana lendiri-lendir ini mengganggu sistem pernafasan seharian, almaklumlah, kita menyedut toksin-toksin yang kotor seharian. Akan dibekalkan selepas rawatan Sabun Sireh [RM8.00 sebuku] dan Sabun Resdung [RM8.00 sebuku] sebagai ikhtiar selepas rawatan Ghurah Resdung ... Insya Allah membantu tuan/ puan/ cik ...

  • BEKAM atau ALHIJAMAH

    Ikhtiar mengeluarkan darah-darah kotor di bawah kulit atau sel darah merah yang mati selepas setiap 3 bulan, sel-sel ini yang tiada tempat atau jalan keluar tersimpan di bawah kulit, Insya Allah dengan al-Hijamah mampu memulihkan atau mengeluarkan darah mati berkenaan. Ianya juga amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan Baginda SAW. Insya Allah akan memberikan kesihatan berpanjangan dengan amalan berbekam ini. Nasihat selepas berbekam akan diberikan percuma, dan darah tuan akan didiagnos sepanjang sesi bekaman badan ...

:::::: :::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog AKRINE SEREMBAN [AL-JAWHARI] :::: :::: Syukran dan Terima Kasih :::: sama-sama usahakan untuk mendapatkan kesembuhan dariNya, bergantung hanya padaNya, Tukang Doa hanyalah asbab sahaja ....

11/26/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 8:12 am
Menjelang 26 November 2011, pada waktu malamnya adalah tahun baru Islam bersamaan 1 Muharram 1433 hijrah (hari pertama bagi Islam adalah sesudah masuk maghrib manakala hari pertama bagi orang kafir jatuh pada 12 malam). Disarankan kepada pesakit yang terkena sihir atau baru sembuh sihir untuk membaca doa ini. Copy and paste dan masukkan ke dalam word. Kaifiat amalannya ialah selepas selesai solat maghrib, maka dibaca doa ini seisi keluarga. Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya. Selain itu, ia juga menjadi pendinding yang ampuh untuk masa-masa akan datang Insya Allah. Ini adalah Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun.


Doa akhir tahun


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya :
Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.


Doa awal tahun

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya :
Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

11/19/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:17 am
KESAL...Zaki kesal dengan perbuatannya.
KESAL...Zaki kesal dengan perbuatannya. 
 
Oleh Muhammad Saufi Hassan dan Mohd Hafizee Mohd Arop

am@hmetro.com.myKUALA LUMPUR: “Niat saya hanya untuk mendalami agama dan melakukan ibadat. Tidak sangka pula jalan yang saya ambil bukan cara yang sebenarnya, sebaliknya memesongkan akidah,” kata Zaki, 34, yang memakai ‘susuk kuat sembahyang’ kira-kira setahun lalu, diperoleh daripada seorang individu mendakwa sebagai ustaz di Kelantan.

Menurutnya, dia ditemukan dengan lelaki itu oleh seorang rakan selepas mendengar cadangan daripada sahabatnya itu yang didakwa turut menggunakan susuk berkenaan.

Tambahnya, ustaz itu memasukkan serbuk campuran tertentu pada tapak kakinya, di bahagian belakang badan dan tapak tangan menggunakan bacaan tertentu seperti mantera yang sukar difahami kononnya untuk merawat hatinya yang dipenuhi dosa.

Katanya, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat.

Zaki berkata, susuk itu juga mempunyai larangan tertentu yang perlu dipatuhi sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.

Wallahu a'lam!  
Tarikh : 18 November 2011

11/17/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 8:25 am

Diskusi Tareqat Tasawuf Negeri Sembilan

PENGENALAN
Diskusi ini adalah kesinambungan daripada seminar tarekat yang pernah diadakan pada tahun 2002, 2003, 2004 dan 2007. Ianya akan diadakan selama 3 hari dan akan mengupas perbahasan yang berkaitan dengan disiplin tarekat tasawuf bagi memantapkan pengamal-pengamal tarekat yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 dan memasyarakat ilmu tasawuf kepada orang ramai.

Tarikh : 22-24 November 2011

Tema : Memantapkan Pengetahuan, Memurnikan Amalan.

Anjuran : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri & Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Tempat : Klana Resort, Seremban

OBJEKTIF
  1. Memantapkan pengamal tarekat berdaftar di Negeri Sembilan dengan ilmu pengetahuan yang selari dengan tuntutan Syarak dan disiplin ilmu Tasawwuf.
  2. Merungkai permasalahan yang menjadi perselisihan di kalangan ulama yang berkaitan dengan tarekat dan tasawwuf.
  3. Mengetengahkan buku yang menjadi rujukan tentang tasawuf agar dapat disuburkan dalam pengajian agama Islam di Negeri Sembilan.
  4. Mendedahkan perkembangan terkini dakwah dalam tarekat tasawwuf.
SENARAI TAJUK DAN PANEL.

1. Ucaptama: Golongan Sufi: Kedudukannya dalam Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah.
Oleh: Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady

2. Tren Semasa Memeluk Islam Dalam Kalangan Masyarakat Eropah dan Amerika Menerusi Tarekat Tasawuf
Panel: Dr. Muhammad Yusuf bin Khalid (USIM)

3. Kedudukan Karamah Dalam Islam Khususnya Dari Perspektif Ilmu Tasawwuf
Panel: Dr. Jahid bin Sidek

4. Silsilah.
Panel: Dr. Abdul Manan bin Mohamad (UnisZA)

5. Zikir Jahar dan Zikir Khafi: Isu dan Pelaksanaannya Dalam Amalan Tarekat.
Panel: Prof. Madya Dr. Faudzinaim Hj. Badarudin (UKM)

6. Syarah Hikam Pengaruhnya Kepada Masyarakat Islam di Malaysia
Panel: Dr. Sulaiman bin Ibrahim al-Baruhi (UNISSA, Brunei)

7. Kedudukan dan Peranan Tasawuf Dalam Pembinaan Umat
Panel: Y.Bhg. Dr. Zulkifli bin Mohamed Al Bakri

PENYERTAAN
Diskusi ini mensasarkan 300 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan tarekat yang berdaftar di Negeri Sembilan dan wakil-wakil tarekat tasawuf di luar Negeri Sembilan, pegawai agensi kerajaan, ahli-ahli akedemik Institusi Pengajian Tinggi, pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi, orang perseorangan yang berminat.

YURAN PENYERTAAN

· Wakil Agensi - RM100.00
· Individu - RM50.00
· Pelajar/Mahasiswa - RM30.00
(Jemputan khas Jabatan Mufti tidak dikenakan bayaran)

PENGINAPAN PESERTA

Klana Resort Seremban
Tel: 06-7667888
Kadar bilik (Single: RM230.++/Twin: RM280.++)

Royale Bintang
Tel: 06-7666666
Kadar bilik (Single: RM248.++/Twin: RM248.++)

Hotel Seri Malaysia Seremban
Tel: 06-7644180
Kadar bilik (Single: RM140.00 nett/Twin: RM140.++)

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI

Urusetia Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Tel: 06-7652423 (P) 013-6254043 (HP) (Ust. Syaiful Nizam bin Md Jan) atau 06-7652432 (P) 012-3418373 (HP) (Ust. Nor Hafiz bin Abu Kassim)
Fax: 06-7652427
sumber : http://qolbusolehin.blogspot.com/2011/11/diskusi-tareqat-tasawuf-negeri-sembilan.html

11/10/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
2 comments | 12:03 pm
Upacara akad nikah antara Cik Yati dan pasangannya  berjalan lancar selepas asar. Malam itu suasana rumah Encik Yusri meriah dengan gurau senda, gelak tawa dan keriuhan kanak-kanak yang bermain.  Nampaknya semua seronok meraikan pengantin yang akan disandingkan pada hari berlangsungnya majlis walimatul urus keesokan harinya. Semua persiapan telah dibuat, hanya menunggu hari langsungnya sahaja.

Kemeriahan suasana malam itu tiba-tiba terganggu apabila pengantin perempuan tiba-tiba mengadu kepanasan, pening kepala dan sakit-sakit seluruh badan. Saudara Amin, bapa saudara pengantin perempuan cuba memberikan bantuan. Dia ni pun ada asas ilmu rawatan Islam dan selalu membantu sahabat saya Ustaz Rosdi dan para perawat di Bandar Tasik Puteri, Rawang dalam sesi rawatan setiap hujung minggu. Ruqyah mula dibaca dan secara tiba-tiba si pengantin terus lemah, tak bermaya. Saudara Amin seolah-olah tak mampu meneruskan bacaan ruqyah. Lidahnya terkunci dan fikirannya agak bercelaru. Mujurlah dia masih mampu mengulang-ulang Surah Al-Fatihah.

Keadaan semakin kelam-kabut apabila Puan Zah (kakak pengantin perempuan) tiba-tiba kerasukan. Suaranya mula berubah menjadi kasar dan garau (suara lelaki). Perlakuannya juga tiba-tiba menjadi agresif dan sukar dikawal apatah lagi untuk ditenangkan. Rupa-rupanya jin yang mengganggu pengantin telah berpindah kepada kakaknya. Mungkin sebab ada laluan masuk yang mudah. Wallahu ‘alam.

“Aku dah cakap, perempuan ni aku punya. Dah lama aku suka dia. Dah lama aku tunggu dia. Alih-alih, dia kahwin dengan orang lain. Memang aku marah, memang aku tak dapat terima. Serahkan dia pada aku semula. Kalau tidak, kau tengoklah apa aku nak buat nanti. Suami dia pun aku akan kerjakan juga. Kau tengoklah nanti.” Jin yang merasuk kak Zah membebel-bebel.

Dalam kepayahan, saudara Amin menelefon saya yang kebetulan memang tak merawat malam tu. Seronok rasanya sesekali dapat bersantai dan berehat-rehat. Rupa-rupanya Allah tak izinkan perawat buang masa dengan bersantai-santai. Dengan suara yang agak perlahan, saudara Amin minta saya datang membantu. Mujurlah rumah pengantin dengan rumah saya tak la jauh sangat. 10 minit kemudian saya tiba di rumah pengantin. Encik Yusri selaku tuan rumah mempersilakan saya masuk dan mengucapkan terima kasih sebab sudi datang membantu.

Kak Zah terus maracau-racau. ‘Dia’ minta pengantin perempuan ‘dilepaskan’ jadi hak dia barulah semua akan selesai. Banyak cantik muka ‘dia’, bisik hati saya. Bila saya tanya siapa ‘dia’ , datang dari mana, dan apa agamanya, dengan bangganya ‘dia’ memang dah lama nakkan pengantin perempuan tu dan mengaku tinggal tidak jauh dari rumah pengantin, malah ‘dia’ mendakwa ahli surau dan biasa berulang-alik ke surau. Kiranya, orang kuat beramal la jugak. Maklum la ‘orang’ surau….  

Setelah usaha memujuk tidak  mendatangkan apa-apa kesan, saya terus membacakan beberapa potong ayat ruqyah dengan nada yang keras  dengan niat untuk membakar  jin yang merasuk tu.  Kak Zah menutup kedua-dua belah telinganya seolah-olah enggan mendengar  bacaan ayat-ayat Allah. Akhirnya dia rebah dan terus menutup kedua-dua telinganya.  Jin tu nampaknya semakin menggelupur kepanasan.

“Kamu nak keluar ke tidak ni?
“Tak naaaaaaakkk….!
“Tak nak ye….aku akan terus ‘bakar’ kamu dengan ayat-ayat Allah…!”
“ Tak naaaakkkkk…. Aku tak nak keluar!”

            ‘Dos tambahan’ dibuat terhadap ayat-ayat pembakar dan akhirnya jin itu mengalah dan bersedia untuk keluar. Saya arahkan dia keluar melalui mulut. Akhirnya kak Zah muntah dan tak semena-mena dia tersedar daripada kerasukan. Dia terpinga-pinga dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Alhamdulillah…..segala-galanya telah selesai dengan izin Allah. “Dan katakanlah….apabila datang kebenaran, akan lenyaplah kebatilan kerana kebatilan itu sesuatu yang pasti akan lenyap." Al-Israk:81.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      


11/02/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 12:18 pm
ALHAMDULILLAH, berakhir sudah Kursus Intensif Rawatan Islam [KIRI] Tahap 1, yang dijadualkan pada 29 -30 Okt. 2011 bertempat di AKRINE, Kuang.

Untuk tahap ini kursus memfokuskan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini adalah bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar beberapa perkara antaranya:

* Pengenalan kepada makhluk halus
* Kaedah membenteng diri
* Teknik mengesan
* Teknik racun
* Teknik dialog
* Teknik mengeluar (tarik guna serban / botol) atau membunuh
* Teknik mandian
* Teknik bakar batu-bata
* Akrionics
* Garis panduan merawat
* Latihan rawatan

Antara bingkisan KIRI Tahap 1 adalah seperti berikut :
 Penuh juga Dewan Burhanuddin Helmy nie kali nie, begitulah AKRINE mendapat sambutan hangat oleh mana-mana Muslimin yang berusaha untuk menjadi perawat dalam Rawatan Islam.





 ada kemajuan dengan menyediakan meja kursus, sebelum ni, takder 

 Peserta kursus khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Pengasas AKRINE, Ust Abdul Majid bin Hasan

 Sesi praktikal rawatan pada hari kedua berkursus.



  Bersambung pada KIRI tahap 2 nanti pada bulan Disember 2011 bertempat di AKRINE Kuang juga, Insya Allah. Dan yang telah hadir selamat beramal dan bolehlah mencuba untuk merawat.

10/31/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:12 am
ALHAMDULILLAH, dalam ikhtiar menuntut ilmu Allah Taala yang sangatlah luas nie, jadi ana luangkan masa menghadiri seminar lanjutan 3 anjuran Rawatan Islam Darul Manzil [RIDAM] pada Ahad 30 Okt 2011 bertempat di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penceramah adalah Saudara Khairul Syakirin. Peserta yang menghadiri seminar ini kurang lebih 30 orang sahaja. Pelbagai ilmu dan petua serta kaedah diberikan oleh penceramah RIDAM.

Insya Allah bagi yang berhajat dengan Rawatan Islam RIDAM boleh layari laman sesawang http://darulmanzil.blogspot.com untuk tujuan janji temu dengan al-Fadhil Ustaz Khairul Syakirin. Peserta kursus kali ini dari pelbagai negeri dan ada dari Republik Singapura iaitu Tn Hj Yusof at-Thobib, antara hero-hero kursus ini ialah :








Dan Seminar Lanjutan ini berkahir jam 5:50 petang. Insya Allah bermanfaat dengan kehadiran ana ke kursus ini.

10/27/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 10:29 am

ALHAMDULILLAH, dalam meeting AKRINE pada 23 Oktober 2011 [Ahad], Penaung dan semua AJK AKRINE bersetuju sebulat suara untuk mengadakan Rawatan Hujung Minggu atau Rawatan Terbuka di AKRINE Kuang.

Rawatan akan bermula pada 13 November 2011 [Ahad] bertempat di AKRINE Kuang [Dewan Burhanuddin Helmy], bermula jam 2:30 petang sehingga jam 5:00 petang sahaja. Tiada bayaran rawatan dikenakan namun sumbangan/ hadiah digalakkan dalam menambah dana AKRINE.

Beberapa produk AKRINE disediakan untuk tujuan jualan bagi yang berhajat. Tiada paksaan sedikitpun daripada pihak AKRINE. Antara produk yang disediakan ialah Air Zam Zam AKRINE, Air Penawar/ Doa AKRINE, Pil Penawar AKRINE, Aromatheraphy AKRINE, Kasturi Ruqyah AKRINE, Buku Berdialog Dengan Jin [BDJ].

Yang berhajat dengan rawatan di AKRINE, boleh terus hadir ke Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan [AKRINE] pada 13 November 2011 [walk-in rawatan], bermula jam 2:30 petang sehingga 5:00 petang.

Yang berhajat dengan rawatan diminta memakai pakaian yang menutup syariat Islam dengan betul, dan sila bawa pakaian solat [telekung solat bagi perempuan], memakai stokin, dan menutup aurat dengan sempurna!! Wallahu a'lam!!

10/20/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
2 comments | 12:57 pm
“Anak saya ni ustaz, malas belajar, malas sembahyang, malas tolong mak, asyik dengan FB dan HP je dalam bilik dia. Ada jin asyik ke anak saya, ustaz ?”
“Anak saya baru je 3 tahun, tapi lasaknya ustaz, tak tahan saya. Kalau mengamuk saya ditumbuk, ditendang dan dipukulnya. Ada gangguan saka ke anak saya tu?”
Inilah antara keluhan ibu bapa yang ‘pening’ memikirkan kerenah anak-anak mereka.
Seharusnya kita memahami, bahawa  masalah pada manusia ini dapat dibahagikan kepada empat elemen, iaitu fizikal, mental, emosional dan spiritual. Ramai ibu bapa yang mengadu tentang masalah anak-anak mereka yang degil dan tidak mendengar cakap. Adakah mereka ini mengalami gangguan jin..? Berdasarkan pengalaman saya merawat anak-anak yang nakal dan degil ini, memang benar wujud  gangguan jin pada mereka. Namun adakah kita akan salahkan jin terhadap semua masalah kedegilan atau kenakalan anak-anak?

Kalau hendak diikutkan yang sebenar-benarnya, mentarbiah anak-anak ini sebenarnya bermula  dari sewaktu suami isteri "bersama" lagi. Bacaan doa dan adab-adab sewaktu "bersama", serta mengikut tarikh dan waktu yang digalakkan, dan mengelakkan tarikh-tarikh dan waktu yang dilarang oleh agama. Perkara-perkara ini semua membantu kita dalam ikhtiar untuk mendapat anak-anak yang soleh dan solehah yang menjadi penyejuk mata dan hati kita.

Ada bermacam-macam kes anak nakal yang kita temui, antaranya  kes  seorang anak mengalami masalah tabiat suka mencuri dari kecil lagi, dan apabila anak itu dirawat, kita dapati, berpuluh-puluh ekor jin berada di dalam tubuh badannya. Jadi... adakah kesalahan mencuri itu kita letakkan pada golongan jin tersebut? Cuba kita fikirkan dan renungkan sejenak. Ada antara kes anak yang sangat nakal dan degil, padahal umurnya baru mencecah lima tahun, bila dirawat didapati memang ada gangguan jin yang mendampingi anak ini. Jadi.. setelah jin tersebut dikeluarkan dengan izin Allah, adakah masalah kenakalan dan kedegilannya selesai? Tidak semestinya...

Ada juga kes anak nakal yang dirawat,  tiada masalah gangguan jin padanya, tetapi apabila diajukan soalan demi soalan pada ibu dan bapa anak itu, didapati sumber pendapatan mereka adalah daripada sumber yang syubhah (meragukan) dan ada juga dari sumber yang haram... Kesan dari sumber pendapatan yang syubhah dan haram ini anak-anak boleh menjadi nakal, degil, tidak cerdik dan mengalami kesukaran untuk mengaji Al-Quran serta bermasalah dalam pelajaran. Apabila pendapatan syubhah, makanan, minuman , pakaian dan apa-apa sahaja  yang kita beri pada anak-anak juga syubhah. Ini juga faktor yang menjadi punca kedegilan anak-anak. Ingat mafhum hadis Rasulullah, “ Hati ditempa melalui makanan, jika makan makanan yang haram atau syubhah (tak pasti halal haramnya), maka gelaplah hati daripada kebenaran.”

Pada pandangan saya, untuk menangani masalah anak-anak nakal dan degil ini, kita perlu mulakan sejak dari mereka kecil lagi, kasih sayang, ketegasan, disiplin perlu diterapkan pada jiwa anak-anak ini, supaya apabila mereka sudah meningkat remaja, kita tidak kekok untuk menegur mereka. Bayangkan, jika anda bersama keluarga bertandang ke rumah orang lain, anak-anak anda tidak menjaga adab dan kelakuan di rumah orang, menyentuh dan mengusik barang-barang di rumah orang, membuka peti sejuk, mengambil makanan sesuka hati, memanjat sofa, melompat-lompat dan membuat bising.... apakah yang anda lakukan...? adakah anda akan terus berborak dengan tuan rumah dan membiarkan sahaja kenakalan anak anda...? Tahukah anda bahawa sebenarnya hati tuan rumah tersebut tidak tenteram melihat kenakalan anak-anak anda mengusik barang-barang di rumahnya walaupun kelihatan dia tersenyum sambil berborak dengan anda..? Adakah anda prihatin terhadap perkara ini?

Kalau perkara sekecil ini anda tidak prihatin, kalau perkara sekecil ini anda tidak dapat kawal, maka tidak mustahil lah satu hari nanti kenakalan dan kedegilan mereka ini akan mendatangkan musibah kepada anda. Tidak mustahil anda juga akan menjadi mangsa ‘keganasan’ mereka. Kes-kes anak membunuh atau mencederakan ibu bapa sendiri sudah menjadi lumrah sekarang ini.

Kesimpulannya para pembaca sekelian, kita sebagai ibu bapa perlu bijak dalam mendisiplinkan anak-anak kita, ada kalanya memang kita beri mereka "gula-gula", tunjukkan kasih sayang, lemah lembut dan membiarkan mereka bebas  meneroka alam kanak-kanak mereka dengan sedikit kenakalan, itu tidak mengapa... tetapi kita juga harus berani memberi mereka "ubat pahit", menegur dan memarahi mereka dengan berkata “jangan” atau “tidak” supaya mereka mengerti tentang erti "batasan".Jangan lupa untuk didik mereka dengan agama, solat, mengaji Al-Quran dan sebagainya, agar jiwa mereka di sinari cahaya agama, ajar mereka doa-doa membenteng diri dari kejahatan jin dan syaitan, ajar mereka tentang dosa pahala, selalu doakan mereka agar menjadi anak yang soleh.

Ada antara ibu bapa yang mengabaikan solat, tidak cenderung kepada agama, berpakaian tidak menutup aurat dan mencorakkan suasana keluarga mereka dengan budaya yang berlawanan dengan  hukum Allah. Inilah yang menjadi punca kerosakan  jiwa dan akhlak anak-anak. Ibu bapa perlu solat dulu sebelum menyuruh anak mereka solat, ibu bapa perlu berakhlak mulia dulu sebelum mendidik anak-anak mereka agar berakhlak mulia. Cakap serupa bikin.

Setelah membebel dengan panjang lebar, maka di sini saya kongsikan sedikit amalan untuk masalah anak yang degil, ayat ini juga dikatakan ayat selusuh (ayat untuk memudahkan kelahiran bayi), dibaca tujuh kali pada air, minyak, madu lebah atau makanan berikan pada anak-anak, dengan niat dan doa agar Allah lembutkan hati anak-anak dan menghilangkan kenakalan serta kedegilan mereka.
 
Ayat ini adalah dari Surah An-Nahlu : 78


10/19/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:55 am


Dalam banyak kes melibatkan jin sihir, jin saka atau jin asyik, terdapat jin yang memang amat liat untuk keluar disebabkan dah sebati dengan tubuh pesakit atau memang dah berada dalam zon selesa dalam diri pesakit. Disarankan agar pesakit selalu melafazkan ikrar pemutus ini setiap kali sebelum minum atau menjamah makanan untuk memberikan 'signal' kepada jin-jin degil tu bahawa tuan punya badan dah tak merestui kewujudannya. Insya-Allah ini amat membantu dalam ikhtiar perawat untuk membebaskan diri pesakit daripada gangguan jin dengan izin Allah.


IKRAR PEMUTUS

BismiLLAHirrahmanirrahim...

Ya Allah, sesungguhnya saya dan mewakili keluarga saya dengan penuh sedar dan insaf dengan ini mengisytiharkan:

1) Memutuskan semua perjanjian atau ikatan, yang kami atau orang sebelum kami pernah lakukan, secara sedar ataupun tidak, dengan golongan jin sekiranya ada.

2) Mengharamkan tubuh kami dari dimasuki atau dijadikan sebagai tempat tinggal apa jua jenis jin.

3) Menegaskan bahawa kami hanya bergantung kepada perlindungan dan pertolongan Allah sahaja.

4) Mulai hari ini, saya haramkan seluruh kehidupan saya, anggota badan saya, makanan dan minuman saya, keluarga dan keturunan saya daripada gangguan segala jenis jin.

5) Jika mereka masih mengganggu saya dan keluarga saya, jadikanlah anggota badan saya, minuman dan makanan saya sebagai racun yang amat bisa, amat panas dan amat menyiksakan serta membunuh semua jin yang mengganggu saya mulai saat ini sehingga selama-lamanya.

Amin…amin…Ya Rabbal Alamin

10/18/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
1 comment | 10:08 am
Sudah beberapa hari Puan U ‘berperang’ dengan ketidakselesaan akibat gangguan yang datang bertali arus. Sesungguhnya gangguan itu benar-benar menguji kesabarannya. Bukan sekadar mempengaruhi emosi dan minda malah hubungan antara dia dengan suami dan anak-anak juga semakin ‘panas’. Silap sedikit sahaja mesti dia akan ‘mengamuk’ dan berleter panjang. Pening suami dan anak-anak dibuatnya.

Akhir-akhir ini, gangguan tu dah mula menyakiti tubuh badannya secara fizikal. Seluruh anggota badannya bisa dan gatal-gatal seperti dicurah miang nibung. Sakit seolah-olah digigit-gigit atau ditusuk dengan sembilu terutama pada bahagian kewanitaannya. Memang cukup menyiksakan dan menghalang untuk beribadah dan melaksanakan rutin harian secara normal. Tak cukup dengan itu, gangguan turut dirasai oleh suaminya yang sering pening dan kejang otot pada kaki sehingga tak dapat bergerak ke tempat kerja. Anak-anak pula menjadi malas dan emosional. Rumahnya pula sering dikunjungi oleh ‘tetamu’ yang agak misteri seperti biawak dan kelibat-kelibat yang menakutkan. Ini tak termasuk mimpi-mimpi ngeri yang dialami setiap kali melelapkan mata sehingga menyebabkan Puan U dan keluarga seakan-akan trauma dan fobia dengan situasi yang dihadapi. Tak tahan dengan gangguan yang semakin mengganas, saya diminta datang membantu apa-apa yang termampu.

Saya mulakan sesi rawatan dengan mengajak Puan U, suami dan anak-anak melafazkan zikir tolak bala. Melihat kepada situasi gangguan yang agak kronik dan menyeluruh saya terfikir untuk menggunakan TKR (Teknik Kembara dan Rawat) melalui bantuan anak sulungnya yang selalu ‘nampak’ kelibat-kelibat misteri di rumah mereka. Alhamdulillah, niat saya dimudahkan Allah. Setelah membacakan Fatihah, selawat Tafrijiah dan ayat-ayat tertentu serta membekalkan adik Z dengan ‘senjata’ tertentu, dia terus ‘diperlihatkan’ dengan entiti-entiti tertentu di alam ghaib.

Saya minta adik Z scan seluruh bahagian rumah dan kawasan sekeliling rumah. Benar, rumah mereka telah diserang dengan penghantaran jin berupa ular, monyet, biawak, harimau dan unsur-unsur panas. Saya minta adik Z bakar, pancung dan musnahkan semuanya. Alhamdulillah, dapat dibereskan. Scan terhadap Puan U mendapati tubuhnya penuh dengan barang-barang sihir seperti gunting, pisau, parang, paku, jarum, bisa dan racun. Malah bahagian belakang badan Puan U telah dipasung dengan deretan paku yang berbentuk salib. Masya-Allah. Saya minta adik Z cabut, bersihkan dan musnahkan semua barang sihir yang menyiksa ibunya selama ini. Misteri telah terbongkar dengan penemuan barang-barang sihir itu.

Kembara diteruskan lagi dengan rawatan terhadap ayahnya. Adik Z mendapati kaki ayahnya ‘diikat’ sehingga ke paras lutut. Sebab tu tak boleh nak bergerak. Saya minta adik Z cantas ikatan tu tetapi tiba-tiba ‘tali’ ikatan tu bergerak membelit seluruh tubuh ayahnya. Saya minta adik Z cantas dan musnahkan semua ikatan di seluruh badan ayahnya. Objek seperti labah-labah yang melekat di dada ayahnya juga dapat dimusnahkan. Alhamdulillah. Scan terhadap adik-adiknya mendapati ada ‘batu besar’ di atas kepala mereka dan ia dapat dihancurkan dengan izin Allah. Cuma ada satu entiti seperti klon adiknya yang kedua berdiri di samping adiknya. Saya katakana itu pendamping yang jahat dan minta musnahkan dia dengan balingan bebola api. ‘pendamping’ tu hanya beundur sedikit sambil ketawa besar apabila kami gagal ‘menewaskan’ dia. Saya diilhamkan untuk membekalkan ayat daripada surah Al-Fil untuk musnahkan pendamping tu. Alhamdulillah, hancur luluh tubuhnya akibat lontaran ‘batu-batu berapi’.

Segala persoalan telah terjawab dan segala misteri telah terbongkar. Semuanya dapat dirungkai dan diselesaikan dengan izin Allah. Saya sarankan Puan U terus amalkan zikir tolak bala, ayat 33, surah Yasiin, ayat 5 dan 7 serta amalan-amalan lain untuk pendinding diri dan keluarga daripada segala kejahatan jin dan manusia.


Kita sebagai hamba-Nya hanya perlu berikhtiar melalui jalan-jalan yang diredhai-Nya. Yakinlah dengan ayat-ayat Allah dan yakinlah dengan bantuan Allah melalui pergantungan penuh kepada-Nya. Jangan sesekali cuba menghilangkan masalah dengan mendatangkan masalah. Contohnya, kita nak halau jin tetapi memanggil jin lain untuk halaukan jin yang mengganggu. Wah, seronok la jin tu sebab manusia dah bergantung dengan dia dan mengiktiraf ‘kehebatan’ dia. Di mana kita letak keagungan Allah waktu tu? Ni kan syirik namanya. Ingatlah, kebenaran tetap akan menang menumpaskan kebatilan, sebab kebatilan adalah sesuatu yang pasti binasa. Ini janji Allah. Cuma kita perlu bersabar, berikhtiar dan bertawakal atas ujian yang menimpa.

.

HUBUNGI

Rawatan Islam al-Jawhari [Akrine Seremban] dikelolakan oleh Ustaz Bukhari b. Hj Kadam secara part time sahaja. semua rawatan adalah berdasarkan janji temu sahaja dan semuanya perlu mengikut masa yang telah diberikan.

Suatu ikhtiar dalam rawatan gangguan makhluk halus, sihir, saka, jin asyik, urutan badan bagi lelaki dan bekam darah/ angin serta rawatan resdung/ ghurah. Insya Allah membantu sekadar ilmu yang Dia pinjamkan pada saya sahaja. Saya hanya Tukang Doa sahaja, tiada lebih dari itu.

Alamat Pusat Ikhtiar Rawatan:
No 700 Jalan Semarak 13
Taman Panchor Jaya
70400 Seremban
Neg Sembilan


Sila hubungi :
Tel : 019-650 8503
Email : walin9@yahoo.com