• RAWATAN ISLAM AL-JAWHARI

    AHLAN BIKUM dan SELAMAT DATANG ... Konsep Ikhtiar mencari kesembuhan dengan menggunakan ayatul ruqyah dan herba-herba semulajadi dalam rawatan Insya Allah.

  • PERAWAT ANDA

    Sila hubungi saya, Ust Bukhari melalui talian 019-650 8503 (24 jam) dan email walin9@yahoo.com. Insya Allah kita sama-sama berikhtiar

  • BUKU JIN UNDERCOVER

    Buku Terbaharu keluaran AKRINE, pengijazahan amalan merawat sekiranya pembelian buku yang original ...

  • BUKU BERDIALOG DENGAN JIN [BDJ]

    Nukilan kisah rawatan oleh penulis buku berkenaan, antara Best Seller pada tahun keluarannya, RM35.00 sahaja ...

  • PENGASAS AKRINE

    TG Dr. Ust Abdul Majid bin Hassan, sila layari laman blog beliau www.akrine.blogspot.com, beliau juga penulis buku Berdialog Dengan Jin [Pengalaman Perawat] dan buku Jin Undercover.

  • AKRINE

    Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia [AKRINE]. Sila layari laman web www.akrine.com, bagi yang berhajat dengan Kursus Intensif Rawatan Islam, sila ambil perhatian kerana selepas KIRI 1 sahaja akan dibenarkan mengikuti KIRI Tahap 2. Tuan/ Puan/ Cik juga dipelawa menyertai FB AKRINE, selepas selesai KIRI Tahap 2, dan emailkan sijil tamat KIRI 2 ke email webakrine@gmail.com.

  • URUTAN URAT DAN SARAF

    Ikhtiar pemulihan urat dan saraf dengan Terapi Urutan Badan, samada kerana kelesuan bekerja, urutan kesihatan, urutan kelelakian mahupun urutan pakej sebelum berkahwin, suatu ikhtiar, saya mengurut LELAKI sahaja... Mahar urutan boleh dibincangkan Insya Allah

  • RAWATAN GHURAH RESDUNG

    Ikhtiar mengeluarkan lendir pada saluran pernafasan yang mana lendiri-lendir ini mengganggu sistem pernafasan seharian, almaklumlah, kita menyedut toksin-toksin yang kotor seharian. Akan dibekalkan selepas rawatan Sabun Sireh [RM8.00 sebuku] dan Sabun Resdung [RM8.00 sebuku] sebagai ikhtiar selepas rawatan Ghurah Resdung ... Insya Allah membantu tuan/ puan/ cik ...

  • BEKAM atau ALHIJAMAH

    Ikhtiar mengeluarkan darah-darah kotor di bawah kulit atau sel darah merah yang mati selepas setiap 3 bulan, sel-sel ini yang tiada tempat atau jalan keluar tersimpan di bawah kulit, Insya Allah dengan al-Hijamah mampu memulihkan atau mengeluarkan darah mati berkenaan. Ianya juga amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan Baginda SAW. Insya Allah akan memberikan kesihatan berpanjangan dengan amalan berbekam ini. Nasihat selepas berbekam akan diberikan percuma, dan darah tuan akan didiagnos sepanjang sesi bekaman badan ...

:::::: :::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog AKRINE SEREMBAN [AL-JAWHARI] :::: :::: Syukran dan Terima Kasih :::: sama-sama usahakan untuk mendapatkan kesembuhan dariNya, bergantung hanya padaNya, Tukang Doa hanyalah asbab sahaja ....

10/04/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
2 comments | 12:18 pm

Saya didatangi oleh sepasang pengantin baharu dari Johor Bahru. Si isteri (Puan M) mengadu sering pening kepala, letih, batuk berterusan dan rasa tak selesa dalam perut. Hati kecil saya berbisik, “Biasalah, pengantin baharu, kan?” Puan M nampak lembut orangnya tetapi suaminya mengadu isterinya tu memang mudah panas baran. Pantang silap sikit, mulalah dia marah-marah dan mengamuk tak tentu pasal. Mujurlar si suami (Encik Mz) ni penyabar orangnya. Maklumlah, baru memulakan kehidupan berumah tangga, agaknya masih dalam proses mencari keserasian dan penyesuaian. Harap-harap nanti ok la tu.

Puan M bertugas di sebuah institusi pengajian tinggi di selatan tanah air. Menceritakan situasi kerjanya, dia mendakwa selalu ‘diganggu’ oleh ketua jabatannya (KJ) sejak sebelum berkahwin lagi. Mungkin ketua jabatannya tu ada hati kepadanya. Mungkin. Ada sahaja isu dan hal yang memungkinkan Puan M terpaksa berurusan dan bersemuka dengan KJnya walaupun sebenarnya hal itu tak penting mana. Malah selepas dia bergelar isteri pun, KJnya itu masih meneruskan tabiatnya.

Setelah diruqyah dan di’scan’, Puan M terus kerasukan. Suaranya bertukar parau dan cukup garang.  Rupa-rupanya itu jin asyik yang telah lama mendiami badan Puan M sejak zaman anak dara sehinggalah sekarang. Jin asyik itu mendakwa Puan M milik dia dan dia yang jaga selama ini. Dia dah jatuh hati dan sayang sangat pada Puan M. Tak rela ada sesiapa yang cuba merampas Puan M daripada dia. Patutlah seboleh-bolehnya dia cuba menghalang perkahwinan Puan M. Ada sahaja halangan sebelum majlis penikahan berlangsung, sehingga hampir sahaja pernikahan itu dibatalkan atas ‘permintaan’ Puan M.

Saya cuba berlembut dengan jin asyik tu. Pujuk dia agar tinggalkan Puan M secara baik. Sedarkan dia dengan dakwah dan tanzir serta beri dia jaminan keselamatan juga pengganti pasangan dia jika dia sanggup berkorban demi ‘cinta’. Jin asyik tu mula menangis, merayu agar jangan dipisahkan dengan Puan M dan benarkan dia terus bersama Puan M. Tak mungkin dia akan tinggalkan Puan M sebab dia dah ada lima zuriat hasil ‘perkongsian’ dengan Puan M.  Entahlah, dalam sesi rawatan kali ni saya tak terfikir nak berkeras dan berkasar dengan jin. Kalau tidak mahu je saya belasah dan bunuh jin-jin degil macam ni. Tiba-tiba saya diilhamkan oleh Allah untuk menguji kalau-kalau wujud simptom-simptom gangguan lain, sebab suara garang, ganas dan agresif lazimnya bukanlah watak jin asyik. Serangan batuk (tanpa kahak) secara berterusan dan rasa sakit di dada juga memungkinkan kecenderungan saya untuk melihat simptom serangan sihir. Satu persoalan yang sering membelenggu Puan M ialah sakit yang dialaminya turut dirasai oleh adiknya yang sedang belajar di IPT di utara Semenanjung serentak dengan apa yang dialami. Jika Puan M diserang, pada masa yang sama adiknya turut diserang.

Jangkaan saya tepat. Selepas discan, muncul 2 lagi spesies jin dalam tubuh Puan M iaitu jin saka dan jin sihir. Maknanya sekarang Puan M sedang menghadapi 3 spesies jin sekaligus iaitu jin asyik, jin saka dan jin sihir….3 dalam 1 dah jadinya. Namun, antara ketiga-tiga puak ni, jin saka telah mendominasi keadaan. Dia yang paling ‘senior’ dan yang paling ‘berkuasa’. Jin-jin asyik dan dan jin sihir pun takut dan terpaksa akur dengan ‘kehebatannya’.  Apabila saya mendesaknya agar tinggalkan Puan M, dia cukup bengis dan marah pada saya malah mencabar saya untuk bertarung dengan dia. Jin saka tu memperlekehkan saya mengatakan saya tak cukup kuat untuk mengusirnya bahkan mengugut saya untuk membelasah saya menggunakan ‘tenteranya’ yang juga keturunan jin saka. Saya sahut cabaran dia dengan meminta jin saka itu bertahan dengan kepanasan yang saya salurkan melalui besi rawatan. Dengan ayat-ayat tertentu yang saya tiupkan pada besi rawatan, mula-mula jin saka tu nampak ‘steady’ je dan tergelak-gelak. Namun beberapa saat selepas tu dia terdiam dan mula merintih kesakitan dan kepanasan. Akhirnya jin saka terpaksa mengaku kalah dalam ‘pertarungan’ tu dan bersedia untuk keluar dengan beberapa syarat.

Antara syaratnya ialah saya perlu menyembelih haiwan untuk dia minum darahnya, selepas tu dia minta saya cadangkan orang yang sesuai sebagai pewaris selepas dia keluar nanti dan minta saya halau dulu jin asyik dan jin sihir sebelum dia keluar. Saya tolak syarat pertama dan kedua sebab menyalahi aqidah Islam dan saya terima syarat ketiga. Maklumlah, dia kan ‘boss’, jatuhlah maruah dia kalau boss kena keluar dulu daripada kuli. Tapi, saya bagi jaminan kat dia, kalau dia bersedia masuk Islam, beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, saya akan doakan agar jin-jin Islam Serambi Madinan sediakan apa yang dia minta. Dia tak perlukan pewaris tetapi saya akan doakan dia akan dapat pasangan yang baik di sana nanti. Setelah yakin dengan jaminan saya dia pun setuju untuk mengucap syahadah dan setuju untuk dihantar ke Serambi Madinah.

Walau bagaimanapun saya minta jin saka tu bantu saya kerana Allah untuk buang gangguan saka pada adik Puan M yang selalu kena serang serentak dengan Puan M tu. Saya minta jin saka panggil jin saka yang mengganggu Cik MD dan sama-sama berhijrah ke Serambi Madinah. Jin saka bersetuju. Tak semena-mena satu suara parau mengejutkan saya.
“Apa hal kau panggil aku ni”
Hasil dialog dengan jin saka kedua ni, memang dia dah berpakat dengan jin saka  Puan M untuk sama-sama  menganggu. Maklum la, sama spesies, sama keturunan , sehati dan sejiwa. Dipendekkan cerita dia pun setuju berhijrah bersama-sama ‘saudara kembarnya’ tadi.
Berdasarkan dialog saya dengan jin sihir, memang dia mengaku dia dihantar oleh KJ Puan M untuk mengganggu dan menyakitkan Puan M sebab Puan M tak layan tuannya. Malah dia dah tanam racun dalam dada Puan M untuk menyiksanya. Patutlah Puan M batuk tak berhenti-henti dan sakit dada. Setelah didakwah, diugut, dipujuk dan disakitkan barulah jin sihir mahu keluar tinggalkan Puan M dengan pesanan agar saya bantu Puan M buang bisa racun yang ada dalam badan Puan M. Saya kata insya-Allah saya akan ikhtiarkan.
Dengan ‘kerjasama’ jin-jin saka yang mengetuai gangguan, akhirnya jin-jin asyik dan sihir yang menganggu Puan M selama ini  telah keluar. Akhir sekali dengan hati yang berat, jin saka Puan M dan adiknya keluar  dan berhijrah ke Serambi Madinah diiringi oleh tentera-tentera Islam dari Serambi Madinah. Saya terus menyedarkan Puan M dan wajahnya cukup ceria dengan senyuman terukir di bibir, Cuma mengadu berasa amat letih. Saya katakan bahawa memang la meletihkan sebab bergelut dengan 3 spesies jin sekaligus ditambah pula dengan satu jin yang menganggu adiknya. Alhamdulillah….Allah mudahkan kerja-kerja rawatan saya. Beberapa hari selepas itu saya dimaklumkan bahawa adik Puan M yang sering diganggu tu pun dah semakin sihat. Syukurlah….terima kasih ya Allah. Saya Cuma berdoa dan berikhtiar serta bertawakal untuk membantu pesakit-pesakit saya sekadar yang termampu. Selebihnya saya serahkan kepada ketentuan dan keizinan Allah…

10/03/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:06 am
InsyaALLAH pihak kami akan menganjurkan kursus rawatan Islam bagi bulan Oktober dan Disember. [rujuk http://www.akrine.com]

Kursus kali ini dibahagikan kepada tahap 1 dan 2.

Tahap 1 akan diadakan pada 29 - 30 Okt. 2011 bertempat di Akrine Kuang.

Untuk tahap ini kursus akan memfokuskan kepada perkara-perkara asas dalam rawatan Islam. Kursus ini adalah bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.

Pada tahap ini, peserta akan diajar antaranya:
  1. Pengenalan kepada makhluk halus
  2. Kaedah membenteng diri
  3. Teknik mengesan
  4. Teknik dialog
  5. Teknik mengeluar (tarik guna serban / botol) atau membunuh
  6. Teknik mandian
  7. Teknik bakar batu-bata
  8. Akrionics
  9. Garis panduan merawat
  10. Latihan rawatan

Tahap 2 pula akan diadakan pada 3 - 4 Disember 2011 bertempat di Akrine Kuang.

Pada tahap ini hanya bagi mereka yang telah mengikut kursus tahap 1 dan perawat-perawat (bekas pelatih Akrine) yang ingin mengulangkaji / mendalami teknik rawatan. Ia lebih memokus kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang perawat.

Antara kandungan kursus adalah:
  1. Persiapan diri seorang perawat
  2. Keperluan bilik rawatan
  3. Teknik tikam
  4. Teknik racun
  5. Teknik baling
  6. Teknik Kembara dan Rawat (TKR)
  7. Teknik Rotan Objek (TRO)
  8. Teknik ambil barang sihir
  9. Teknik Rawat Tanpa Sentuh Pesakit (RENTAP) dll
  10. Keberkesan Rawatan
  11. Latihan
Yuran bagi setiap tahap adalah RM 250.00 sahaja (sila bank in ke Maybank Islamic 562740110528 Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan Malaysia [AKRINE])

Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 ptg

Sila sms nama, tempat tinggal, pekerjan dan tahap kursus yang dipohon ke 019-7584801

Penginapan di tempat kursus bagi peserta lelaki (percuma-  sila bawa kelengkapan peribadi anda) dan sesiapa yang memerlukan Homestay sila membuat tempahan (Homestay 1: Tn. Hj. Saad 0126794304 Homestay 2 : En. Majid 0136051892 Homestay 3: Tok 4 Taufik 0122670577) dengan kadar yang segera.

9/28/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 12:40 pm
“Jin asyik” dikategorikan sebagai jin yang menyukai, menyintai dan menjadikan manusia-manusia tertentu sebagai idola, pujaan atau kekasih mereka. Ada antara kes yang serius sehingga jin-jin itu bersetubuh atau berkahwin dengan manusia sehingga melahirkan anak-anak jin.

Mangsa-mangsa terdiri dari pelbagai latarbelakang, ada di antara mangsa ialah mereka yang terkenal seperti artis-artis pujaan, wanita-wanita yang suka bersolek berlebih-lebihan dan yang suka mendedahkan aurat, ada mangsa dikalangan orang biasa yang mempunyai sejarah bersaka, ada juga dalam kalangan orang-orang yang rajin beramal ibadat tanpa berguru.

Jangan terperanjat jika saya katakan ahli-ahli thoreqat juga perlu berhati-hati, kerana ada di antara jin-jin asyik meminati mereka yang kuat berzikir, apatah lagi mereka yang mengaku sebagai ahli hakikat atau ahli makrifat, kita perlu banyak mengislah diri dan berwaspada, kerana itulah apa jua pengalaman rohani dan kedapatan di dalam zikir perlu dirujuk kepada guru yang mursyid, dikhuatiri jin-jin yang suka “menolong” ini mengelirukan anda di alam ghaib dan alam rasa, apatah lagi alam rahsia.
Perawat-perawat juga tidak ketinggalan berkemungkinan menjadi idola kepada puak-puak jin yang kagum dengan kejantanan anda bertarung dengan jin-jin gangguan, apatah lagi jika anda suka bersifat ria’ dan ‘ujub. Kesimpulannya sesiapa sahaja boleh terdedah kepada masalah ini.

Kebiasaannya tahap-tahap gangguan yang dihadapi adalah bergantung kepada individu-individu itu sendiri. Kekuatan diri seseorang tidak sama diantara satu sama lain, ada yang lemah dan ada yang kuat. Kekuatan rohani yang lemah, menyebabkan jin-jin yang samseng ini membuli individu-individu tersebut, sehingga ke tahap menodai mangsa. Mereka boleh tinggal dan mempengaruhi diri mangsa dalam kehidupan seharian sehingga kadar tujuh puluh peratus malahan boleh mencapai hingga sembilan puluh peratus.
Jika kekuatan diri bertahap sederhana, kemungkinan jin-jin asyik ini dapat mempengaruhi mental dan emosional. Ini boleh menyebabkan kehidupan seharian kadang kala terganggu, apabila fizikal anda lemah emosi menjadi tidak stabil, fikiran kusut dan tidak dapat fokus. Kadang kala jin-jin ini berjaya juga bermastautin di dalam tubuh badan mangsa, seperti di kepala, dada, perut, belikat dan lain-lain tempat yang berkemungkinan.

Jika kekuatan diri atau rohani seseorang itu tinggi, berkemungkinan jin-jin asyik yang meminati mereka adalah di kalangan jin-jin yang beretika dan memahami hak-hak asasi manusia, oleh itu jin-jin ini hanya memerhati dari jauh atau mengekori sahaja tanpa mengganggu kehidupan mangsa.

Kebanyakan kes-kes gangguan jin asyik tidak disedari oleh pesakit sehinggalah mereka datang untuk mendapatkan rawatan pemeriksaan. Kebiasaannya ini disedari setelah pesakit sudah mula merasakan bahang-bahang masalah dan gangguan yang menimpa mereka.
Di antara simptom gangguan jin asyik yang biasa ialah, berat jodoh, sentiasa ada halangan didalam perhubungan cinta, pertunangan dan perkahwinan, kerap sakit kepala, kerap mimpi bersama (bersetubuh), kerap mimpi berkahwin, kerap letih lesu dan malas, kerap memarahi dan membenci pasangan, kerap mimpi kanak-kanak atau bayi, bagi yang perempuan kerap mimpi melahirkan anak, ada juga sampai ketahap mangsa dirogol dan dinodai jin, kebiasaannya yang menjadi mangsa adalah kaum wanita.

Fakta tentang Jin Asyik
1. jin asyik secara ringkasnya ialah jin yangg jatuh cinta dgn manusia.
2. antara yang paling bahaya: susah dikeluarkan dan ganas.
3. biasanya jatuh hati kepada orang yang baik
4. bukan hanya berlaku kepada orang bujang, tapi juga yang telah berkahwin
5. mangsa biasanya perempuan, tapi lelaki pun ada yang jadi mangsa
6. kemungkinan jin itu yang memang berada di rumah mangsa, jin yang lalu dan ternampak, atau jin yang memang dihantar untuk menyihir mangsa, tapi berubah tujuan kerana jatuh cinta.

Antara sebab jin asyik boleh jatuh cinta
1. suka bertelanjang ketika di rumah atau ketika mandi
2. jin ternampak mangsa ketika berada dalam bilik air
3. tak membaca doa sebelum bersama isteri
4. selalu tidur berseorangan. Contoh orang bujang tinggal seorang diri di rumah. (tiada housemate)

Antara tanda kehadiran jin asyik
1. isteri mengamuk tetiba bila tengok perempuan lain mendekati suami
2. ada kalanya jin asyik hanya berada di rumah, mangsa di luar baik, bila di rumah ada saja yang tak kena.
3. sering mimpi bersama dengan suami/isteri/orang yang tak dikenai.
4. mendengar nafas di tempat tidur, terasa ada seseorang tidur bersama.
5. badan selalu lesu, sebab selalu didakap/ditindih jin asyik.
6. jadi tak suka bercakap banyak
7. selalu mimpi naik pelamin / hamil.
8. selesa duduk menyendiri.
9. tarasa alat kelamin disentuh semasa tidur.

Antara kesan gangguan Jin Asyik
1. boleh menyebabkan berat jodoh, atau berkahwin tapi anak jadi sangat degil
2. dipinang orang tapi selalu tak jadi sebab jin asyik berusaha menghalang perkahwinan

Jika anda, anak anda, saudara mara anda, rakan anda atau sesiapa sahaja yang mengalami simptom sedemikian, mungkin anda telah diganggu jin asyik. Jangan biarkan masalah menjadi lebih parah. Berikhtiarlah dengan merujuk kepada perawat Islam. jangan jumpa pawang atau bomoh, sebab itu tidak menyelesaikan masalah tetapi akan menambah masalah.

9/27/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 1:01 pm
LOGO AKRINE

9/26/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 11:18 pm


Umum telah mengetahui bahawa kes-kes gangguan membabitkan sihir agak komplikated dan rumit untuk diselesaikan. Segala-galanya bergantung kepada ikhtiar dan kesungguhan pesakit untuk pulih serta keizinan daripada Allah SWT. Sepanjang pengalaman saya menangani kes gangguan sihir ni, ada yang baru beberapa minggu mengalami gangguan, ada yang dah beberapa bulan , ada yang dah beberapa tahun. Ada yang kena serangan sejak 30 tahun yang lalu, bahkan ada pesakit saya dari Kajang yang telah menderita akibat gangguan sihir sejak 40 tahun yang lalu. Masya-Allah….! Sepanjang tempoh itu, pesakit bukan setakat mengalami gangguan emosi, malah minda, fizikal dan hubungan keluarga dan masyarakat juga turut terjejas. Kalau kena gangguan sihir tafriq, mau porak peranda dan bercerai berai antara suami isteri dan ahli keluarga. Memang itulah agenda dan kerja iblis….nak merosakkan kehidupan manusia.

Sebab itu, di samping ikhtiar untuk memulihkan diri, pesakit perlu ada usaha untuk melindungi diri (pagar diri) daripada serangan jin-jin sihir atau ahli sihir. Yasin 9 dan benteng 7 penjuru boleh diamalkan bagi mengelakkan serangan baru (dengan izin Allah). Dengan niat untuk menjaga maruah diri dan sebagai peringatan kepada rangkaian sihir agar mereka sedar, insaf dan menghentikan kezaliman terhadap pesakit, usaha-usaha untuk menyerang balas boleh dilakukan. Bukan untuk membalas dendam atau sakit hati, tapi sebagai kifarah terhadap kezaliman yang dilakukan. Terserah kepada Allah untuk membalasi perbuatan kejam dan zalim rangkaian sihir tu terhadap mangsanya.

Antara teknik yang saya syorkan kepada pesakit ialah teknik bacaan Yasin, gores kertas dan bakar. Ini sekadar teknik. Nak guna teknik yang lain pun tak apa, atas dasar untuk mempelbagaikan teknik. Jangan sekali-kali mempertikaikan atau memperlekeh teknik orang lain sebab apa-apa pun teknik yang kita gunakan semuanya berlaku dengan izin Allah jua. Kalau Dia tak izinkan, tak ada lah apa-apa kesan. Yang penting keyakinan dan pergantungan kepada Allah perlu seratus peratus dengan niat semoga Allah bantu dan berikan petunjuk-Nya. Pesakit saya Puan NB yang mengamalkan teknik ni dengan penuh yakin dan istiqamah mendapati wujud kesan berminyak dan tompokan darah sebaik sahaja kertas yang digores habis terbakar. Adakah ini sebagai petanda, ahli sihir dan pengupahnya telah menerima kifarah daripada Allah. Adakah mungkin mereka juga sedang menderita kepanasan atau kesakitan. Atau mungkin mereka telah mengalami muntah darah….? Dalam pada itu Puan NB bermimpi didatangi seekor ular yang sangat besar pada bahagian badannya tetapi kepala dan ekornya terlalu kecil. Apakah ini petanda rangkaian sihir itu sudah mulai lemah dan hampir menyerah kalah? Wallahu ‘alam. Kita serahkan sahaja kepada ketentuan dan kebijaksanaan Allah SWT.
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 10:30 am
ALHAMDULILLAH, selesai sudah AGM AKRINE 2011 pada 25 September 2011, hari AHAD bertempat di dewan burhanuddin al-Helmy, Kuang [HQ AKRINE]. Perjalanan AGM berlangsung seperti yang dicadangkan. 

 Gaya Pengerusi Tetap AGM AKRINE 2011.

 Ucaptama Penaung AKRINE TG Ustaz Abdul Majid bin Hassan. Nasihat dan panduan diberikan, moga beroleh keberkatan semuanya. Insya Allah.

  Ucaptama Penaung AKRINE TG Ustaz Abdul Majid bin Hassan. Nasihat dan panduan diberikan, moga beroleh keberkatan semuanya. Insya Allah.

 Antara yang hadir ke AGM AKRINE 2011.

 Antara perawat AKRINE yang hadir, dari AKRINE Segamat, AKRINE Putrajaya, AKRINE Seremban sendiri dan PEBATAP
 Barisan Perawat AKRINE yang aktif merawat.

 Perbincangan teknik/ kaedah/ cerita rawatan, menghubungkan silaturrahim sesama AKRINEr.

 Lepas duduk, berdiri, kemudian duduk semula, masih dengan sesi perbincangan alam rawatan gangguan makhluk berkenaan.


 Doakan ana sihat dan dipermudahkan urusan rawatan kerana Allah Taala.

 AKRINEr Ust Mohd Jim membuat pendaftaran dengan TCM [http://tcmonline.moh.gov.my/tcmonline]

 Sesi makan pun berbincang lagi, macam tuelah bila berjumpa dengan sahabat-sahabat perawat nie.

Eh Saudara Azahar dari Faqir Design pun datang, logo AKRINE akan diolah semula agar menepati kehendak pihak ROS, jadi saudara Azahar diberi mandat oleh TG Ustaz Abdul Majid.

9/22/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
7 comments | 11:22 am
 
 
Assalamualaikum…rakan-rakan perawat dan para pengunjung yang budiman,

Alhamdulillah, barulah ada kesempatan untuk menjenguk blog akrineseremban setelah agak lama ‘bercuti’ sepanjang Ramadhan dan Syawal yang dah semakin di penghujung ni. Bukan bermakna sepanjang Ramadhan dan Syawal ni tiada rawatan. Rawatan berjalan seperti biasa malah jadual rawatan saya lebih padat sepanjang Ramadhan berbanding hari-hari biasa. Jadi, mengesahkan pendapat bahawa jin tetap mengganggu atau merasuk manusia sekalipun dalam bulan Ramadhan. Wallahu ‘alam.

Pada minggu awal Ramadhan, saya didatangi seorang pesakit perempuan yang mengalami masalah bengkak pada bahagian kaki kanannya. Puas dah mendapatkan rawatan di hospital dan klinik. Dah banyak ubat yang dah ditelan atau disapu tetapi tak juga berkurangan malah lebih teruk sehingga terpaksa dipapah untuk berjalan. Seperti biasa, saya akan diagnos pesakit melalui scanning menggunakan kombinasi beberapa ayat ruqyah. Pening juga kepala saya dibuatnya apabila semua teknik scanning yang saya gunakan tak memberikan apa-apa respon untuk mengenal pasti spesies jin yang menganggu Tengku NF ni. Dialog anggota badan menunjukkan jin yang menganggu bukan jin sihir, bukan jin saka dan bukan jin asyik. Tiba-tiba Allah ilhamkan untuk bertanya tentang jin tanah. Tindak balas terus diterima. Hasil dialog jari , jin tanah itu memang marah sebab Tengku NF terpijak ‘rumah’ dia. Habis rosak ‘rumah’ dia dan ada anak-anak dia yang tercedera. Sebagai misi balas dendam, jin tanah dan keluarganya telah membina ‘rumah baru’ di kaki Tengku NF. Tu yang bengkak tak surut-surut, sakit dan bias menyucuk-nyucuk.

Sesi dakwah dan tanzir yang saya lakukan menyedarkan jin-jin tanah tu tentang kesilapan tindakan mereka. Tetapi, mereka keberatan untuk keluar sebab dah rasa selesa berada di ‘rumah baru’ mereka. Akhirnya saya terpaksa berkasar atas kedegilan mereka. Teknik pukul, bakar, racun dan sebagainya saya gunakan untuk menyiksa dan melemahkan jin-jin tersebut tapi dalam sesi kali ini , Allah tak izinkan jin-jin itu keluar semuanya. Saya tamatkan sesi pertama rawatan setelah mendapati pesakit nampak kurang bermaya dan saya pun agak keletihan.

Sebelum sesi kedua rawatan dijalankan, saya minta pesakit menjalani terapi rendaman air garam untuk melemahkan unsur gangguan yang liat dan degil. Alhamdulillah, dengan izin Allah rawatan sesi kedua lebih mudah. Jin-jin tanah tu dah mula lemah dan tak seagresif sebelumnya ketika sesi rawatan pertama. Nampaknya jin-jin tu mahu beri kerjasama bagi setiap arahan yang diberi. Ancaman untuk bakar mereka bersama-sama dengan ‘kediaman’ mereka dapat memaksa jin-jin tu ‘berhijrah’ ke lokasi baru. Syukurlah, keadaan kaki yang bengkak telah beransur-ansur susut dan Tengku NF dapat berjalan sendiri tanpa perlu dipapah lagi. Semoga Allah kurniakan beliau kesihatan yang berpanjangan….
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 8:12 am
Assalamu'alaikum wbt,

Berikut adalah tentatif aturcara AGM AKRINE
8.30 pagi - Pendaftaran ahli mesyuarat
9.00 pagi - Kata-kata aluan Pengerusi Majlis
9.05 pagi - Bacaan Al-Quran
9.15 pagi - Bacaan doa
9.30 pagi - Taklimat oleh Dr. Shamsaini Shamsuddin (Senior Principal Assistant Director)
Cawangan Amalan & Pendaftaran TCM, KKM
10.15 pagi - Pendaftaran secara talian e-PENGAMAL bermula
10.15 pagi - Ucapan Oleh Ust. Marzuki Ismail, Presiden AKRINE
10.30 pagi - Ucapan Perasmian Oleh Ust. Abdul Majid Hasan, Penaong AKRINE
11.00 pagi - Rehat / Kudapan
11.15 pagi - Mesyuarat agong bermula
12.30 tghari - Jamuan dan bersurai

dan ini pula Agenda AGM:
  1.  Melantik Pengerusi Tetap mesyuarat
  2.  Melantik 2 orang pencatit minit mesyuarat
  3.  Membentang dan menerima minit mesyuarat penubuhan AKRINE
  4.  Membubarkan AJK Penaja AKRINE
  5.  Melantik Presiden, Naib Presiden dan 8 orang ahli Jawatankuasa 2011/2012
  6.  Melantik 2 orang pemeriksa kira-kira
  7.  Membahaskan cadangan dan usul
  8. Ucapan Penangguhan

9/20/2011

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:39 pm
Semua Yang Pernah Menghadiri Kursus di AKRINE dijemput dan mempersilakan ke AGM dan Jamuan Eidulfitri pada ketetapan di atas Insya Allah
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:30 am

.

HUBUNGI

Rawatan Islam al-Jawhari [Akrine Seremban] dikelolakan oleh Ustaz Bukhari b. Hj Kadam secara part time sahaja. semua rawatan adalah berdasarkan janji temu sahaja dan semuanya perlu mengikut masa yang telah diberikan.

Suatu ikhtiar dalam rawatan gangguan makhluk halus, sihir, saka, jin asyik, urutan badan bagi lelaki dan bekam darah/ angin serta rawatan resdung/ ghurah. Insya Allah membantu sekadar ilmu yang Dia pinjamkan pada saya sahaja. Saya hanya Tukang Doa sahaja, tiada lebih dari itu.

Alamat Pusat Ikhtiar Rawatan:
No 700 Jalan Semarak 13
Taman Panchor Jaya
70400 Seremban
Neg Sembilan


Sila hubungi :
Tel : 019-650 8503
Email : walin9@yahoo.com