2/20/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 1:23 pm
Selepas memenuhi jemputan bacaan Yasin dan tahlil arwah di rumah seorang ahli kariah, saya pulang ke rumah jam 10.00 malam. Seperti yang dijanjikan 2 pasang suami isteri datang untuk sesi rawatan. Mereka mendakwa pernah disihir sebelum ini tetapi berjaya dipulihkan. Hasil cerapan dan soal selidik, mereka tidak mengalami gangguan yang serius cuma minta saya ‘scan’ kalau-kalau ada unsur gangguan dalam diri mereka. Di rumah kadang-kadang ada bunyi-bunyi pelik yang kedengaran terutama waktu malam. Sebelum ni mereka pernah dapatkan rawatan daripada seorang perawat di Kesang, Johor. Cuma bahan yang minta disediakan agak pelik termasuk ladam kuda. Entahlah, saya pun tak pernah tengok ladam kuda sebab tak pernah bela kuda. Kucing ada la. Mereka takut kalau-kalau ada unsur jin yang masuk ke dalam badan semasa rawatan dulu, itu je.
Untuk menjimatkan masa, saya minta mereka duduk bersandar sambil berlunjur secara berjemaah. Setelah membaca ikrar pemutus dan minum air ruqyah, saya minta semua bersedia untuk bacaan Bismillah 21. Sementara masing-masing membaca Bismillah 21, saya teruskan dengan bacaan ruqyah syar’iyyah. Alhamdulillah, semua dapat menyempurnakan bacaan Bismillah 21 dengan baik. Petanda awal tiada gangguan.
Saya lanjutkan ‘pencarian’ dengan teknik gantung tangan dan teknik 1881. Masih tiada tindak balas. Cuma Puan M kata, tangan dan kakinya panas macam kena renjatan elektrik semasa saya meruqyah dengan besi rawatan. Akhirnya, saya gunakan teknik pukulan serban ke seluruh badan pesakit dan teknik tarik jin menggunakan serban. Rawatan berakhir jam 12.15 tengah malam.
Meskipun sesi rawatan tidak menunjukkan reaksi kewujudan gangguan secara jelas, tetapi anak kedua saya yang baru nak terlelap di biliknya memberitahu saya yang dia ‘nampak’ beberapa gerombolan jin yang terbang pantas ke suatu destinasi tertentu. Anak kedua saya ni (lelaki) memang amat mudah menyerap gangguan terutama jin asyik. Mungkin yang dia ‘nampak’ tu jin-jin yang saya tarik dan hantar ke Darul Islah dan ke Serambi Madinah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Segala yang berlaku adalah dengan izin Allah jua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment