Assalamualaikum..... Seperti biasa la, saya memohon jutaan kemaafan sebab tidak berkesempatan untuk mengemas kini blog akrineseremban ni. Memang ramai juga yang merungut sebab tiada entri baharu yang saya muatkan dalam blog. Entah la....kadang kala kesibukan kita terhadap sesuatu perkara memungkinkan kita terpaksa mengorbankan sesuatu yang lain. Inilah bukti bahawa kita ni hamba Allah, manusia yang serba kekurangan dan banyak kelemahan.
Sebab itu kita kena sentiasa taqarrub, tawajjuh dan tawakkal kepada Yang Maha Sempurna iaitu Allah SWT. Walau bagaimanapun, sebagai insan yang sentiasa berusaha menjadi ahsani taqwim (sebaik-baik kejadian) usaha dan ikhtiar perlu diteruskan. Dalam kaedah fekah ada menyebut "kalau tak mampu buat semua, janganlah tinggalkan semua". Maknanya buat la setakat yang termampu, yang Allah izinkan.
Walaupun kewujudan saya sebagai perawat sambilan (maklum la masih berkhidmat sebagai kakitangan awam) ibarat setitis air di hujung jari berbanding lautan yang luas, terlalu kecil dan terlalu kerdil, bahkan terlalu mentah dalam dunia rawatan Islam ini, namun dah mula terasa bahang kesibukannya. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja insan-insan yang datang dari jauh dan dari dekat untuk memohon bantuan.
Yang datang pula dari pelbagai latar belakang sama ada orang awam, ahli politik, ahli perniagaan bahkan bomoh dan guru silat pun ada juga. Dari bayi (datang dengan mak ayah dia la), OKU, pesakit mental, yang bersaka, mangsa sihir, nak berbekam, rawatan resdung, nak berurut, masalah rumah tangga, anak menangis malam dan macam-macam tujuan lagi. Bahkan yang minta saya buatkan rawatan untuk tujuan pelaris,mudah dapat jodoh, pengasih, dan pemisah pun ada. Malah ada yang minta saya hantar jin untuk cekik orang yang menganiaya keluarganya.
Alamak....ni dah lain pula ceritanya. Silap-silap haribulan jadi bomoh pulak saya. Terpaksalah saya jelaskan tentang prinsip rawatan Islam. Perkara yang dibenarkan dan yang tak dibenarkan. Rupa-rupanya masih ramai yang tak dapat membezakan antara rawatan Islam dengan rawatan bomoh. Sabar je la.
Untuk mengelakkan pertembungan jadual rawatan dan pesakit menunggu terlalu lama, saya menetapkan rawatan melalui temu janji yang dibuat terlebih dahulu sebelum pesakit hadir. Biasanya 2 atau tiga minggu lebih awal. Saya tak dapat terima pesakit yang 'walk in' sebab kena beri keutamaan kepada mereka yang membuat temu janji lebih awal, kecuali untuk kes-kes kecemasan dan perlukan rawatan terus.
Takkan la nak biarkan pesakit yang datang dalam keadaan kerasukan dan nak cekik diri sendiri. Tak kan nak tangguh jika ada pesakit yang datang muntah darah. kalau kita minta dia datang 2 minggu lagi dan apa-apa yang tak baik berlaku pada dia, susah kita nak menjawabnya nanti. Sebab tu, kalau tak dapat buat semua....jangan tinggal semua.
Meskipun ramai yang dah tahu kewujudan pusat rawatan saya (AKRINESeremban), tetapi masih ada juga yang sesat barat tak jumpa tempat rawatan tu. Bahkan ada yang menghabiskan masa lebih satu jam 'tawaf' di kawasan tu sebab tak jumpa dan tak nampak tempat rawatan saya. Ada la benda-benda yang menutup pandangan tu agaknya, hehehe. Yang tragisnya, orang yang tinggal di Seremban, yang selalu masuk kawasan tu yang tak jumpa.
Sedangkan orang dari jauh, sama ada dari utara atau selatan Semenanjung termasuk dari Sabah dan Sarawak tak bermasalah pun untuk sampai ke tempat rawatan saya. Hai.... zaman dah canggih sekarang ni. Kan boleh gunakan GPS atau Google Map untuk sampai ke lokasi yang nak dituju. Tak apa lah, ada yang masih selesa dengan kaedah konvensional atau tradisional. Jadi, inisiatif saya untuk mengurangkan kes sesat barat ni....saya pacak la papan tanda di hadapan puast rawatan.
Alhamdulillah....sejak wujudnya papan tanda tu, tak ramai yang sesat. Bagi saya, semuanya tu ujian. Mungkin Allah nak tengok sejauh mana kesungguhan dan kesabaran pesakit untuk mendambakan kesembuhan. Dan yang penting, biar sesat tak jumpa tempat rawatan, jangan sesat akidah.... alamat tak jumpa la jalan ke syurga. Wallahu alam.
Wah dah ada penambahbaikan kat al-Jawhari ...
ReplyDeleteTerbaeklah Ust
ReplyDeletecantik..menarik... tertarik....hehehe
ReplyDeletekenapa ada ibu puspita dgn toto 6D
ReplyDelete