6/13/2012
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 1:28 pm
Shamsiah (bukan nama sebenar) sudah agak lama mengalami gangguan yang memang menjejaskan kualiti hidupnya sekeluarga, Sudah banyak ikhtiar yang dilakukan untuk membebaskan diri daripada gangguan-gangguan tu, sama ada berjumpa dengan para perawat yang ikhlas untuk membantu atau berjumpa dengan golongan paw wang yang suka cari kesempatan atas kesempitan orang lain, Malah, perawat-perawat yang sering keluar dalam TV pun dia dah jumpa, cuma Allah belum izinkan kesembuhan, Akhirnya Shamsiah berjumpa saya atas cadangan saudaranya, Ish, kadang saya rasa malu dan rendah diri kalau nak dibandingkan dengan perawat-perawat yang lebih hebat, bahkan bergelar personaliti TV! Redha jelah, Tentu ada sebab mengapa Allah hantar dia kepada saya yang banyak kelemahan ni,
Cerapan yang saya buat mendapati Shamsiah memang masih mengalami gangguan jin sihir yang agak kuat dan agresif, Rawatan sesi pertama sekadar mampu mentarbiah jin-jin sihir dan menidurkan mereka agar tidak menganggu kehidupan Shamsiah sehingga ke sesi rawatan seterusnya, Syukurlah, jin-jin tu akur dengan arahan saya dengan izin Alla, Sesi rawatan kedua berlaku seminggu selepas itu, Kali ini Shamsiah datang dengan ramai ahli keluarganya yang dikatakan mengalami simptom gangguan yang berbeza tetapi masih daripada sumber yang sama, Saya menggunakan TKR untuk sesi rawatan terhadap Shamsiah dan keluarganya, Di samping dapat merawat diri sendiri. Shamsiah juga dapat membantu dengan izin Allah untuk merawat gangguan yang wujud dalam diri setiap ahli keluarganya walaupun terpaksa mengambil masa yang agak panjang,
Dua minggu selepas itu, Shamsiah menghubungi saya menyatakan simptom-simptom gangguan yang dah hilang selepas rawatan kedua tempoh hari dirasai kembali, Bukan dia seorang sahaja, malah ahli-ahli keluarganya yang berkunjung ke rumah kampung akan mengalaminya. Nampaknya saya kena rawat sekali rumah di kampungnya tu. Pada hari yang ditetapkan saya tiba di rumah kampungnya jam 5.30 petang. Tinjauan saya mendapati kawasan rumah tu agak luas, maklumlah rumah kampung.
Setelah selesai sesi ruqyah, saya terus arahkan ketua jin sihir tu mengesan, mengambil, dan memusnahkan barang sihir yang mungkin ada dalam diri Shamsiah dan di rumah tersebut, Alhamdulillah, ikhtiar saya dimudahkan Allah. ketua jin tu akur dengan arahan-arahan saya, Selesai rawatan diri sendiri dan ahli keluarga, tiba-tiba Shamsiah yang dalam keadaan tertutup matanya bangun dan bergerak ke seluruh kawasan rumah, Pada lokasi-lokasi tertentu dia menunjukkan aksi menghancurkan dan memusnahkan barang sihir, Ada barang sihir yang diletak di siling rumah dan dia mengisyaratkan untuk menggunakan tangga bagi memusnahkan barang sihir tu, Shamsiah sendiri yang menaiki tangga dalam keadaan mata tertutup. Laju je dia naik, mengalahkan orang yang celik.
Tidak semena-mena, Shamsiah berjalan menuju pintu rumah dan menunjukkan isyarat agar saya dan suaminya mengikut dia ke bahagian bawah rumah, Kami hampir merangkak berada di bawah rumah yang agak rendah. Macam cerita Pendekar Bujang Lapok yang mencari puteri raja dalam gua pulak. Sampai di suatu lokasi, Shamsiah mula mencakar-cakar tanah dan cuba menggali sesuatu. Dia memberi isyarat untuk meminta cangkul dan dia sendiri menggali kawasan tu dengan mata masih lagi tetutup, Tiba-tiba mata cangkul meengenai suatu objek keras dan berbunyi 'klang', Berdebar juga hati untuk melihat apa objek tu. Malangnya setelah puas menggali, objek itu masih gagal ditemui.
Azan maghrib sudah bergema di masjid berhampiran. Saya mengajak Shamsiah kembali ke dalam rumah untuk rawatan seterusnya. Setelah jin-jin sihir dalam tubuh Shamsiah bersedia dikeluarkan, Shamsiah tersedar dan terpinga-pinga. Namun dia sempat menyatakan bahawa 'perjalanan' dia kali ini memang untuk mengesan dan memusnahkan barang sihir yang ada di rumah kampungnya, Dia sedar cuma tidak dapat mengawal pergerakan tubuhnya sepanjang sesi rawatan tadi. Walaupun gagal mengeluarkan barang sihir yang ditanam secara fizikal, tetapi saya tetap ikhtiarkan untuk membatalkan dan menawarkan barang sihir tersebut agar tidak lagi aktif dan menganggu Shamsiah sekeluarga. Semuanya dengan izin Allah jua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment