Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts
1/07/2014
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:52 am
Assalamualaikum WBT
Kemasukan penuntut baru bagi pengambilan 2014 kali ke-6 untuk pengajian Pengubatan Islam anjuran PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA telah dibuka sekarang.
Bagi yang berminat sila daftar diri di cawangan yang berhampiran:
1. Melaka : 013-611 1706
2. Negeri Sembilan : 017-200 8467 / 010-533 5357
3. Kluang, Johor : 019-715 8888
4. Putrajaya SEL : 019-286 9670
5. Temerloh, PHG : 019-988 5781
6. Kuantan, PHG : 012-921 7722
7. Sg Petani KEDAH : 012-583 5474 / 012-963 6506
8. Taiping PERAK : 013-474 2240
9. Kuala Lumpur : 016-226 7020
10. Kelantan : 019-924 2519
Kuliah Pengubatan Islam akan bermula pada bulan Februari 2014.
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:50 am
7/02/2013
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
1 comment | 12:49 pm
Assalamualaikum...
Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana menigizinkan saya bersama-sama keluarga menunaikan ibadah umrah sempena cuti sekolah baru-baru ini. Berkat doa hamba-hamba Nya yang ikhlas segala urusan dimudahkan. Kesihatan pun baik sepanjang berada di Mekah dan Madinah. Terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan saya sekeluarga. Cuma sekembalinya ke tanah air mulalah batuk, demam dan selesema. Keadaan diburukkan lagi dengan cuaca berjerebu. Sampai sekarang pun masih belum dapat bersuara dengan betul. Ujian la tu sebab dah terlalu banyak bercakap yang lagha agaknya. Namun, sesi rawatan tetap diteruskan setakat yang termampu dan diizinkan oleh-Nya. Tak sampai hati nak hampakan hajat orang yang memerlukan.
Semasa di Mekah, saya sempat bertemu dengan beberapa kenalan dari Malaysia bahkan dari kariah yang sama. Tak sangka saya sempat bertemu Hj Manan, AJK Masjid tempat saya bertugas sebagai imam. Hari ke-6 berada di Mekah, Hj Manan beria-ia nak jumpa saya di tepi Kaabah selepas solat zohor sebab nak tunjukkan sesuatu. Rupa-rupanya dia nak tunjuk satu gambar misteri dalam telefon bimbitnya ketika mengundi di Parlimen Shah Alam 5 Mei lalu. Dia pun tak perasan kewujudan entiti misteri tu sehinggalah seorang syeikh Arab yang berminat nak tengok hp dia dan nak tengok gambar-gambar yang dia ambil bertanya tentang gambar tu. Sedangkan dia yang ambil gambar tu sejak sebulan yang lalu pun tak tahu-menahu tentang gambar tu. Ni bukan super impose tau. Soalnya....siapa la agaknya pak syeikh Arab yang tunjukkan gambar tu? Inikah yang dikatakan pengundi hantu? Atau hantu (jin) pun turut sama mengundi dalam PRU 13? Cubalah fikir-fikirkan ye......
5/14/2013
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 10:06 am
Assalamualaikum...
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa semua sesi rawatan (gangguan jin, bekam, resdung dan urut) ditangguhkan mulai 30 Mei 2013 hingga 12 Jun 2013. Hal ini demikian kerana saya bersama-sama keluarga akan ke tanah suci untuk melaksanakan ibadah umrah dan ziarah.
Mohon tuan-tuan dan puan-puan doakan keselamatan kami di sepanjang perjalanan, dianugerahkan kesihatan yang baik, dimudahkan segala urusan selama berada di tanah suci, dan memperoleh umrah yang makbul.
Kepada semua pesakit yang pernah atau sedang menjalani rawatan dengan saya (Rawatan Islam Al Jawhari), saya akan doakan agar Allah mengizinkan kesembuhan kepada tuan-tuan dan puan-puan....insya-Allah. Bi'iznillah....Bi'aunillah....
2/13/2013
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
4 comments | 8:52 am
Assalamualaikum..... Seperti biasa la, saya memohon jutaan kemaafan sebab tidak berkesempatan untuk mengemas kini blog akrineseremban ni. Memang ramai juga yang merungut sebab tiada entri baharu yang saya muatkan dalam blog. Entah la....kadang kala kesibukan kita terhadap sesuatu perkara memungkinkan kita terpaksa mengorbankan sesuatu yang lain. Inilah bukti bahawa kita ni hamba Allah, manusia yang serba kekurangan dan banyak kelemahan.
Sebab itu kita kena sentiasa taqarrub, tawajjuh dan tawakkal kepada Yang Maha Sempurna iaitu Allah SWT. Walau bagaimanapun, sebagai insan yang sentiasa berusaha menjadi ahsani taqwim (sebaik-baik kejadian) usaha dan ikhtiar perlu diteruskan. Dalam kaedah fekah ada menyebut "kalau tak mampu buat semua, janganlah tinggalkan semua". Maknanya buat la setakat yang termampu, yang Allah izinkan.
Walaupun kewujudan saya sebagai perawat sambilan (maklum la masih berkhidmat sebagai kakitangan awam) ibarat setitis air di hujung jari berbanding lautan yang luas, terlalu kecil dan terlalu kerdil, bahkan terlalu mentah dalam dunia rawatan Islam ini, namun dah mula terasa bahang kesibukannya. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja insan-insan yang datang dari jauh dan dari dekat untuk memohon bantuan.
Yang datang pula dari pelbagai latar belakang sama ada orang awam, ahli politik, ahli perniagaan bahkan bomoh dan guru silat pun ada juga. Dari bayi (datang dengan mak ayah dia la), OKU, pesakit mental, yang bersaka, mangsa sihir, nak berbekam, rawatan resdung, nak berurut, masalah rumah tangga, anak menangis malam dan macam-macam tujuan lagi. Bahkan yang minta saya buatkan rawatan untuk tujuan pelaris,mudah dapat jodoh, pengasih, dan pemisah pun ada. Malah ada yang minta saya hantar jin untuk cekik orang yang menganiaya keluarganya.
Alamak....ni dah lain pula ceritanya. Silap-silap haribulan jadi bomoh pulak saya. Terpaksalah saya jelaskan tentang prinsip rawatan Islam. Perkara yang dibenarkan dan yang tak dibenarkan. Rupa-rupanya masih ramai yang tak dapat membezakan antara rawatan Islam dengan rawatan bomoh. Sabar je la.
Untuk mengelakkan pertembungan jadual rawatan dan pesakit menunggu terlalu lama, saya menetapkan rawatan melalui temu janji yang dibuat terlebih dahulu sebelum pesakit hadir. Biasanya 2 atau tiga minggu lebih awal. Saya tak dapat terima pesakit yang 'walk in' sebab kena beri keutamaan kepada mereka yang membuat temu janji lebih awal, kecuali untuk kes-kes kecemasan dan perlukan rawatan terus.
Takkan la nak biarkan pesakit yang datang dalam keadaan kerasukan dan nak cekik diri sendiri. Tak kan nak tangguh jika ada pesakit yang datang muntah darah. kalau kita minta dia datang 2 minggu lagi dan apa-apa yang tak baik berlaku pada dia, susah kita nak menjawabnya nanti. Sebab tu, kalau tak dapat buat semua....jangan tinggal semua.
Meskipun ramai yang dah tahu kewujudan pusat rawatan saya (AKRINESeremban), tetapi masih ada juga yang sesat barat tak jumpa tempat rawatan tu. Bahkan ada yang menghabiskan masa lebih satu jam 'tawaf' di kawasan tu sebab tak jumpa dan tak nampak tempat rawatan saya. Ada la benda-benda yang menutup pandangan tu agaknya, hehehe. Yang tragisnya, orang yang tinggal di Seremban, yang selalu masuk kawasan tu yang tak jumpa.
Sedangkan orang dari jauh, sama ada dari utara atau selatan Semenanjung termasuk dari Sabah dan Sarawak tak bermasalah pun untuk sampai ke tempat rawatan saya. Hai.... zaman dah canggih sekarang ni. Kan boleh gunakan GPS atau Google Map untuk sampai ke lokasi yang nak dituju. Tak apa lah, ada yang masih selesa dengan kaedah konvensional atau tradisional. Jadi, inisiatif saya untuk mengurangkan kes sesat barat ni....saya pacak la papan tanda di hadapan puast rawatan.
Alhamdulillah....sejak wujudnya papan tanda tu, tak ramai yang sesat. Bagi saya, semuanya tu ujian. Mungkin Allah nak tengok sejauh mana kesungguhan dan kesabaran pesakit untuk mendambakan kesembuhan. Dan yang penting, biar sesat tak jumpa tempat rawatan, jangan sesat akidah.... alamat tak jumpa la jalan ke syurga. Wallahu alam.
7/20/2012
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:45 am
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...
Rawatan Islam Al Jawhari (Akrine Seremban) mengucapkan selamat menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa pada sepanjang bulan yang mulia ini kepada seluruh umat Islam. Mudah-mudahan puasa dan ibadah-ibadah lain yang kita lakukan akan melahirkan jiwa hamba dan melayakkan kita menjadi golongan yang bertaqwa. "...dan Allah menjadi pembela bagi mereka yang bertaqwa" (maksud firman Allah).
Di sepanjang bulan Ramadhan ini, sesi rawatan bekam, resdung dan urut ditangguhkan. Walau bagaimanapun rawatan untuk masalah gangguan jin (saka, sihir, asyik dan sebagainya) dijalankan seperti biasa dengan sedikit pengubahsuaian seperti berikut:
Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum:
9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
3.00 petang hingga 5.00 petang
10.30 malam hingga 12.30 malam
Hari Isnin hingga Jumaat:
10.30 malam hingga 12.30 malam
Sila hubungi saya untuk temu janji rawatan untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Terima kasih.
Ramadhan Kareem
Bukhari Al Jawhari
019-650 8503
2/15/2012
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 11:12 am
Assalamualaikum wbt.
Dapatkan majalah Q & A isu kedua d pasaran atau pembelian secara online melalui link yang diberikan. Cerita/ tulisan Pengasas AKRINE berada pada halaman 100.
Bagi sesiapa yang mahu membaca tulisan saya, jemputlah menelaah majalah Q&A terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd, [harga majalah RM10 dan kos pos laju RM5 sahaja] tempahan boleh dibuat melalui http://www.iqramall.com
12/27/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
2 comments | 9:17 am
Sekiranya saudara saudari, tuan puan berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Sila hubungi saya untuk temu janji dan sesi penerangan:
019-650 8503 (Bukhari)
Konsultan Akademi Mutawwif Training & Consultancy
11/17/2011
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 8:25 am
Diskusi Tareqat Tasawuf Negeri Sembilan
PENGENALAN
Diskusi ini adalah kesinambungan daripada seminar tarekat yang pernah diadakan pada tahun 2002, 2003, 2004 dan 2007. Ianya akan diadakan selama 3 hari dan akan mengupas perbahasan yang berkaitan dengan disiplin tarekat tasawuf bagi memantapkan pengamal-pengamal tarekat yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 dan memasyarakat ilmu tasawuf kepada orang ramai.
Tarikh : 22-24 November 2011
Tema : Memantapkan Pengetahuan, Memurnikan Amalan.
Anjuran : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri & Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Tempat : Klana Resort, Seremban
OBJEKTIF
- Memantapkan pengamal tarekat berdaftar di Negeri Sembilan dengan ilmu pengetahuan yang selari dengan tuntutan Syarak dan disiplin ilmu Tasawwuf.
- Merungkai permasalahan yang menjadi perselisihan di kalangan ulama yang berkaitan dengan tarekat dan tasawwuf.
- Mengetengahkan buku yang menjadi rujukan tentang tasawuf agar dapat disuburkan dalam pengajian agama Islam di Negeri Sembilan.
- Mendedahkan perkembangan terkini dakwah dalam tarekat tasawwuf.
SENARAI TAJUK DAN PANEL.
1. Ucaptama: Golongan Sufi: Kedudukannya dalam Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah.
Oleh: Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady
2. Tren Semasa Memeluk Islam Dalam Kalangan Masyarakat Eropah dan Amerika Menerusi Tarekat Tasawuf
Panel: Dr. Muhammad Yusuf bin Khalid (USIM)
3. Kedudukan Karamah Dalam Islam Khususnya Dari Perspektif Ilmu Tasawwuf
Panel: Dr. Jahid bin Sidek
4. Silsilah.
Panel: Dr. Abdul Manan bin Mohamad (UnisZA)
5. Zikir Jahar dan Zikir Khafi: Isu dan Pelaksanaannya Dalam Amalan Tarekat.
Panel: Prof. Madya Dr. Faudzinaim Hj. Badarudin (UKM)
6. Syarah Hikam Pengaruhnya Kepada Masyarakat Islam di Malaysia
Panel: Dr. Sulaiman bin Ibrahim al-Baruhi (UNISSA, Brunei)
7. Kedudukan dan Peranan Tasawuf Dalam Pembinaan Umat
Panel: Y.Bhg. Dr. Zulkifli bin Mohamed Al Bakri
PENYERTAAN
Diskusi ini mensasarkan 300 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan tarekat yang berdaftar di Negeri Sembilan dan wakil-wakil tarekat tasawuf di luar Negeri Sembilan, pegawai agensi kerajaan, ahli-ahli akedemik Institusi Pengajian Tinggi, pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi, orang perseorangan yang berminat.
YURAN PENYERTAAN
· Wakil Agensi - RM100.00
· Individu - RM50.00
· Pelajar/Mahasiswa - RM30.00
(Jemputan khas Jabatan Mufti tidak dikenakan bayaran)
PENGINAPAN PESERTA
Klana Resort Seremban
Tel: 06-7667888
Kadar bilik (Single: RM230.++/Twin: RM280.++)
Royale Bintang
Tel: 06-7666666
Kadar bilik (Single: RM248.++/Twin: RM248.++)
Hotel Seri Malaysia Seremban
Tel: 06-7644180
Kadar bilik (Single: RM140.00 nett/Twin: RM140.++)
KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI
Urusetia Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Tel: 06-7652423 (P) 013-6254043 (HP) (Ust. Syaiful Nizam bin Md Jan) atau 06-7652432 (P) 012-3418373 (HP) (Ust. Nor Hafiz bin Abu Kassim)
Fax: 06-7652427
sumber : http://qolbusolehin.blogspot.com/2011/11/diskusi-tareqat-tasawuf-negeri-sembilan.html
Subscribe to:
Posts (Atom)