1/07/2014
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:52 am
Assalamualaikum WBT
Kemasukan penuntut baru bagi pengambilan 2014 kali ke-6 untuk pengajian Pengubatan Islam anjuran PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA telah dibuka sekarang.
Bagi yang berminat sila daftar diri di cawangan yang berhampiran:
1. Melaka : 013-611 1706
2. Negeri Sembilan : 017-200 8467 / 010-533 5357
3. Kluang, Johor : 019-715 8888
4. Putrajaya SEL : 019-286 9670
5. Temerloh, PHG : 019-988 5781
6. Kuantan, PHG : 012-921 7722
7. Sg Petani KEDAH : 012-583 5474 / 012-963 6506
8. Taiping PERAK : 013-474 2240
9. Kuala Lumpur : 016-226 7020
10. Kelantan : 019-924 2519
Kuliah Pengubatan Islam akan bermula pada bulan Februari 2014.
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 9:50 am
11/21/2013
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 3:12 pm
Insya Allah tuan/ puan/ cik boleh menggunakan Order Online di dalam laman blog saya ini bagi memudahkan saya mengisi Form Pos Laju. Diingatkan bahawa, setiap tempahan produk perlu dijelaskan kosnya terlebih dahulu, selepas itu saya akan poskan produk Insya Allah. Dalam masa 1-3 hari produk tuan/ puan/ cik akan diposkan.
Tuan/ puan/ cik boleh mengisi form berkenaan di sini :
10/25/2013
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 10:42 am
- Susu dengan ikan
- Cuka dengan susu
- Buah-buahan dengan susu
- Daun salad dengan ikan
- Bawang putih dengan bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)
- Daging segar dengan daging kering
- Benda masam dengan benda berasid seperti cuka
- Cuka dengan nasi
- Buah delima dengan serunding
- Telur dengan ikan.
**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit lumpuh atau stroke.
**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!!
Perkara yang perlu dielakkan untuk kesihatan tubuh badan.
- Jangan mandi air suam selepas makan kenyang (paling bahaya daripada cara pemakanan di atas)
- Bersenam atau beriadah sebelum makan.
- Jangan bersenam atau berjalan selepas makan tengah hari (lebih kurang 2 jam)
- Jangan makan buah selepas makan (sunnahnya sebelum makan)
- Amalan makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadamkan makanan.
- Makanlah buah sebelum makan (seelok-eloknya 1/2 jam sebelum makan nasi)
- Jangan tinggalkan makan malam walaupun hanya sebiji kurma
- Makan sedikit pada waktu malam (awet muda, sunnah nabi). Jangan makan terlalu banyak pula.
- Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.
- Jangan tidur selepas makan sebab ini akan menyebabkan sembelit.
- 11. Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua.
**kalau tak makan malam, enzim akan memproses lemak dalam perut dan lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestrol bertambah..
(Petikan daripada Kuliah Dhuha/ Zohor ustaz Abdullah Mahmud di Ibu Pejabat BIMB berdasarkan hadis-hadis nabi riwayat Al Baihaqi, Termizi & Ibn Hibban)
9/30/2013
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 11:27 am
Dah terlalu lama rasanya tak menulis dalam blog ni. Mesti ramai yang bosan asyik melihat paparan yang sama setiap kali membuka blog saya ni. Untuk tidak mengecewakan, berikut adalah rangkuman beberapa pengalaman rawatan yang saya lakukan. Semoga dapat dijadikan iktibar.
Bagai Melepaskan Anjing Tersepit
Atas dasar setia kawan dan nak membantu kawan yang tiada kerjaya tetap selepas bersara, Hj Razi (bukan nama sebenar) mempelawa Jidon (bukan nama sebenar) untuk menjadi rakan kongsi dalam perniagaan restoran nasi beriani dengan sedikit modal. Hari demi hari, minggu demi minggu, semakin ramai pelanggan yang datang dan hasil jualan semakin berlipat ganda. Namun ujian menimpa Hj Razi apabila isterinya sering terganggu terutama ketika berada di restoran. Pening kepala, sakit perut, rasa nak muntah dan ada kalanya meracau-racau dan marah-marah,
Daripada sesi rawatan barulah terbongkar bahawa dia diganggu oleh jin sihir yang ‘dihantar’ oleh isteri rakan kongsi niaga Hj razi yang ada niat untuk mengambil alih perniagaan (nak cepat kaya la tu). Keadaan semakin hari semakin kritikal sehingga menjejaskan perniagaan. Jidon pula seolah-olah ‘merestui’ tindakan isterinya itu. Akhirnya Hj Razi dengan cara berhemah meminta Jidon berundur dan berjanji membayar balik modal yang dikeluarkan. Namun Jidon meletakkan syarat agar Hj Razi membayarnya 3 kali ganda daripada modal yang dikeluarkan. Demi masa depan perniagaan dan keselamatan isterinya, akhirnya Hj Razi akur dengan tuntutan Jidon. Alhamdulillah, segala masalah gangguan selesai setelah Jidon mufarakah daripada perkongsian itu. Mmmm….pelik manusia ni kan? Dah diberi betis, nak peha pula.
Penangan Saka Mantin
Sedang bersiap-siap untuk memenuhi temu janji sesi rawatan selepas Isyak, seorang wanita Cina menelefon saya minta bantuan untuk ‘tengokkan’ jirannya yang sedang ‘mengamuk’. Wanita Cina ni ada nombor telefon saya sebab saya pernah bantu merawat mak ciknya, seorang ahli perniagaan yang disihir 2 tahun yang lalu. Saya tak sampai hati untuk menolak permintaannya walaupun cuma ada masa setengah jam sebelum sesi rawatan temu janji bermula. Sebaik sahaja tiba di rumah pesakit yang tinggal di taman perumahan berhampiran tempat saya, saya disambut oleh anak lelakinya yang baru sampai dan wanita Cina yang menelefon saya tadi.
Rupa-rupanya pakcik yang ‘mengamuk’ tu seorang pesara tentera berusia 75 tahun dan tinggal bersama-sama isteri dan seorang anak lelakinya. Saya difahamkan sudah hampir 2 bulan pak cik ni tak tidur sama ada malam atau siang. Dia asyik membebel, meracau, marah-marah dan sesekali bertindak agresif terutama waktu malam sehingga isteri dan anaknya pun tak dapat tidur sebab risaukan keadaannya. Sewaktu saya tiba, pak cik tu dah agak tenang dan nampak biasa je. Tegap sahaja pergerakan dan ramah melayani pertanyaan saya. Mmm…dah 2 bulan tak tidur pun ‘steady’ lagi ye. Siapa la yang beri pak cik ni ‘tenaga’ yang luar biasa ni? Sesi ruqyah dan diagnos mendapati pak cik ni ada gangguan saka yang agak kuat dan dah lama bertapak dalam badan. Barang kali saka orang tuanya dulu yang berasal dari Mantin sebab asyik menyebut nak balik ke Mantin je. Saya cuba ‘deal’ agar semua jin saka tu keluar dengan cara baik dan berhijrah sama ada ke Serambi Madinah atau ke Darul Islah. Jika tidak mereka akan mati keracunan jika masih nak duduk dalam badan. Saya bekalkan air ruqyah untuk diminum dan bermohon diri untuk meneruskan jadual rawatan.
Malam tu, selepas rawatan, saya dimaklumkan bahawa pak cik tu dapat tidur lena tetapi terjaga jam 4 pagi lalu membuka pintu dan tingkap rumah cuma tidak agresif macam selalu. Selepas Subuh, dia tidur semula dan tak bangun-bangun sehingga jam 5.00 petang. Ketika dikejutkan dia amat tidak bermaya dan terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Setelah 2 hari di hospital, pak cik ni menghembuskan nafasnya yang terakhir. Al-Fatihah untuknya…
Gangguan Jin Pencawang TNB
Halim (bukan nama sebenar) murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR tak berapa lama lagi. Masalahnya selalu terhalang untuk ke sekolah. Ada sahaja aralnya. Sakit perut lah, demam lah, terlewat bangun lah dan macam-macam lagi. Yang peliknya selepas ibunya kata tak perlu ke sekolah dan berehat je di rumah, dia terus sihat dan ceria. Ni yang merisaukan ibunya sedangkan peperiksaan semakin hampir. Halim bukan budak bodoh bahkan antara murid harapan sekolah untuk cipta kecemerlangan dalam UPSR. Sewaktu di rumah, Halim suka bersendirian dalam bilik dan kadang-kadang ibunya terdengar Halim sedang bercakap-cakap dengan seseorang. Apabila ditegur atau ditanya, Halim akan bertindak agresif. Biasanya berlari ke dapur mengambil parang atau pisau dan cuba membunuh diri.
Sewaktu saya sampai di rumahnya pada suatu petang setelah ibunya menelefon saya perlukan bantuan, Halim sedang berada di dapur sambil memegang sebilah pisau dan dihalakan ke perutnya. Ibu dan makciknya masih berusaha menenangkan Halim agar tidak terus bertindak ganas hingga membahayakan dirinya. Saya terus membacakan ayat melumpuhkan tindakan jin sehingga Halim menjadi lemah dan melepaskan pisau dalam genggamannya. Sesi ruqyah dan dialog mendapati Halim diganggu sekumpulan jin yang berkampung di pencawang TNB di hadapan rumahnya. Jin-jin tu bukan Islam dan mempunyai nama yang pelik-pelik seperti ‘Damarkuszaskas’. Entah apa la spesies. Mereka mendakwa bukan nak ganggu Halim, Cuma nak berkawan sebab kesian budak tu selalu keseorangan (memang Halim tu anak tunggal). Alhamdulillah setelah sesi dakwah dan tanzir, jin-jin tu mahu beriman dan berhijrah ke Serambi Madinah. Saya menamakan mereka dengan nama-nama Islam dan berhijrahlah komuniti jin pencawang TNB tu ke Serambi Madinah. Sejak hari itu, Halim tak terhalang lagi untuk ke sekolah dan dapat menduduki UPSR 2013 dengan jayanya.
Akibat Buat Kerja Agama Untuk Dunia
Ustaz Hj Yunus (bukan nama sebenar) seorang kadi sebuah daerah di Negeri Sembilan ni bersungguh-sungguh nak berjumpa saya. Cuak dan cemas juga saya dibuatnya. Maklumlah kadi nak jumpa orang macam saya. Nak ‘check’ kaedah rawatan saya kot. Mana tau ada yang buat aduan tidak benar tentang pusat rawatan saya tu (Rawatan Islam Al Jawhari, Akrine Seremban). Pada masa yang dijanjikan beliau datang bersama-sama isterinya.
Kegusaran saya reda sedikit apabila beliau menyatakan keinginan untuk buat ‘scan’ sebab sejak beberapa minggu kebelakangan ni badan rasa sakit-sakit, demam tak kebah dan fikiran agak bercelaru. Saya tunaikan je maksud kedatangannya tu. Belum pun sempat saya menghabiskan bacaan ruqyah, tiba-tiba badan Ustaz Hj Yunus menggeletar dan suaranya bertukar garau memarahi saya sebab menganggu ‘dia’ Fahamlah saya rupa-rupanya jin yang mengganggu tuan kadi ni dah respons. Diringkaskan cerita, jin tu memang dihantar oleh seseorang yang sakit hati dengan tuan kadi berkenaan yang dikatakan memalukan dia dalam satu ceramah. Yang tragisnya tuan jin tu merupakan salah seorang pegawai masjid tempat Ustaz Hj Yunus berceramah beberapa minggu yang lalu. Setelah ‘berunding’ dengan jin tu, Alhamdulillah, dia sedar kesalahannya dan bersedia keluar dengan cara yang baik dan berhijrah ke Serambi Madinah (jin Islam).
Selepas tersedar dari kerasukan, dahi Ustaz Hj Yunus berpeluh-peluh. Dia bercerita kepada saya tentang program ceramah Maulidur Rasul anjuran sebuah masjid yang menjemputnya menyampaikan ceramah. Umum sahaja isi ceramahnya tentang sifat-sifat rasul yang wajib diteladani. Cuma beliau ada kaitkan dengan sesetengah golongan agama yang mengkhianati amanah orang ramai terutamanya yang melibatkan kewangan. Siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Agaknya hamba Allah berkenaan terasa seolah-olah ustaz menyindirnya, lalu meluap-luaplah amarahnya sehingga sanggup bersekongkong dengan syirik untuk menghancurkan orang lain yang dianggap musuh. Syukurlah…segala-galanya telah berakhir dan khabarnya orang yang berkenaan telahpun memohon maaf kepada tuan kadi atas perbuatannya tu. Begitu indahnya kehidupan beragama andainya kita sudi saling memaafkan….
7/02/2013
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
1 comment | 12:49 pm
Assalamualaikum...
Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana menigizinkan saya bersama-sama keluarga menunaikan ibadah umrah sempena cuti sekolah baru-baru ini. Berkat doa hamba-hamba Nya yang ikhlas segala urusan dimudahkan. Kesihatan pun baik sepanjang berada di Mekah dan Madinah. Terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan saya sekeluarga. Cuma sekembalinya ke tanah air mulalah batuk, demam dan selesema. Keadaan diburukkan lagi dengan cuaca berjerebu. Sampai sekarang pun masih belum dapat bersuara dengan betul. Ujian la tu sebab dah terlalu banyak bercakap yang lagha agaknya. Namun, sesi rawatan tetap diteruskan setakat yang termampu dan diizinkan oleh-Nya. Tak sampai hati nak hampakan hajat orang yang memerlukan.
Semasa di Mekah, saya sempat bertemu dengan beberapa kenalan dari Malaysia bahkan dari kariah yang sama. Tak sangka saya sempat bertemu Hj Manan, AJK Masjid tempat saya bertugas sebagai imam. Hari ke-6 berada di Mekah, Hj Manan beria-ia nak jumpa saya di tepi Kaabah selepas solat zohor sebab nak tunjukkan sesuatu. Rupa-rupanya dia nak tunjuk satu gambar misteri dalam telefon bimbitnya ketika mengundi di Parlimen Shah Alam 5 Mei lalu. Dia pun tak perasan kewujudan entiti misteri tu sehinggalah seorang syeikh Arab yang berminat nak tengok hp dia dan nak tengok gambar-gambar yang dia ambil bertanya tentang gambar tu. Sedangkan dia yang ambil gambar tu sejak sebulan yang lalu pun tak tahu-menahu tentang gambar tu. Ni bukan super impose tau. Soalnya....siapa la agaknya pak syeikh Arab yang tunjukkan gambar tu? Inikah yang dikatakan pengundi hantu? Atau hantu (jin) pun turut sama mengundi dalam PRU 13? Cubalah fikir-fikirkan ye......
5/14/2013
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 10:06 am
Assalamualaikum...
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa semua sesi rawatan (gangguan jin, bekam, resdung dan urut) ditangguhkan mulai 30 Mei 2013 hingga 12 Jun 2013. Hal ini demikian kerana saya bersama-sama keluarga akan ke tanah suci untuk melaksanakan ibadah umrah dan ziarah.
Mohon tuan-tuan dan puan-puan doakan keselamatan kami di sepanjang perjalanan, dianugerahkan kesihatan yang baik, dimudahkan segala urusan selama berada di tanah suci, dan memperoleh umrah yang makbul.
Kepada semua pesakit yang pernah atau sedang menjalani rawatan dengan saya (Rawatan Islam Al Jawhari), saya akan doakan agar Allah mengizinkan kesembuhan kepada tuan-tuan dan puan-puan....insya-Allah. Bi'iznillah....Bi'aunillah....
4/15/2013
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 10:43 am
Assalamualaikum wbt.
Insya Allah pada 18 Mac 2013, Pengurusan TIB akan melancarkan sabun ikhtiar rawatan sebagaimana yang diatas namanya.
Saiznya?
Sama sahaja macam Sabun al-Bayt/ Sabun Belireh dan Sabun Nuur Aura
al-Bayt [SNAB]. Beratnya kurang lebih 70 gram sahaja sebuku.
Sepanjang promosi ini, pembelian 5 buku ke atas, pengeposan adalah FREE sahaja. In sya Allah.
Bahan utama ialah :
- Daun Bidara
- Daun Durian Belanda
- Aroma Ros [bukan Rosdi yer hehehe]
- Di doakan dengan ayat ayat rawatan in sya Allah.
Panduan pembelian:
- Bank in kan jumlah pembelian dengan kos pos [jika berkaitan]
- Akaun Maybank : 164 687 004 480
- SMS kan bukti pembayaran kepada 016-958 5423 [Ust Rosdi]
- SMS kan alamat penuh dan penghantaran kepada TIB bagi tujuan penghantaran [sekali nama tuan/puan] lah yer.
p/s:
Pengeposan ke Singapura dan Brunei ditanggung oleh yang berhajat.
Moga bermanfaat In sya Allah, sepanjang testimoni penggunaan ini bagi yang berhajat, dengan izinNya jua nampak perubahan.
Antara khasiat Sabun Ros Bidara ini ialah:
- Baik bagi yang ada masalah santau [tiada unsur limau dimasukkan]
- Ikhtiar rawatan gangguan makhluk halus
- Ikhtiar masalah kulit sensitif.
Kelebihan:
- Buatan Bumiputera Islam
- Didoakan dengan ayatul Syifa'
- Didoakan dengan ayatul Ruqyah Syar 'Iyyah
- Didoakan dengan ayatul Salamun
- Selebihnya kesembuhan milikNya jua ... dengan izinNya jua.
Penggunaan Sabun ini perlulah paling kurang 3x penggunaan, bi iz NILLAH akan ada perubahan pada tuan empunya badan! Kaedah lain penggunaannya, sama sahaja dengan cara penggunaan Sabun al-Bayt [Sabun Syifa' alBayt]
2/13/2013
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
4 comments | 8:52 am
Assalamualaikum..... Seperti biasa la, saya memohon jutaan kemaafan sebab tidak berkesempatan untuk mengemas kini blog akrineseremban ni. Memang ramai juga yang merungut sebab tiada entri baharu yang saya muatkan dalam blog. Entah la....kadang kala kesibukan kita terhadap sesuatu perkara memungkinkan kita terpaksa mengorbankan sesuatu yang lain. Inilah bukti bahawa kita ni hamba Allah, manusia yang serba kekurangan dan banyak kelemahan.
Sebab itu kita kena sentiasa taqarrub, tawajjuh dan tawakkal kepada Yang Maha Sempurna iaitu Allah SWT. Walau bagaimanapun, sebagai insan yang sentiasa berusaha menjadi ahsani taqwim (sebaik-baik kejadian) usaha dan ikhtiar perlu diteruskan. Dalam kaedah fekah ada menyebut "kalau tak mampu buat semua, janganlah tinggalkan semua". Maknanya buat la setakat yang termampu, yang Allah izinkan.
Walaupun kewujudan saya sebagai perawat sambilan (maklum la masih berkhidmat sebagai kakitangan awam) ibarat setitis air di hujung jari berbanding lautan yang luas, terlalu kecil dan terlalu kerdil, bahkan terlalu mentah dalam dunia rawatan Islam ini, namun dah mula terasa bahang kesibukannya. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja insan-insan yang datang dari jauh dan dari dekat untuk memohon bantuan.
Yang datang pula dari pelbagai latar belakang sama ada orang awam, ahli politik, ahli perniagaan bahkan bomoh dan guru silat pun ada juga. Dari bayi (datang dengan mak ayah dia la), OKU, pesakit mental, yang bersaka, mangsa sihir, nak berbekam, rawatan resdung, nak berurut, masalah rumah tangga, anak menangis malam dan macam-macam tujuan lagi. Bahkan yang minta saya buatkan rawatan untuk tujuan pelaris,mudah dapat jodoh, pengasih, dan pemisah pun ada. Malah ada yang minta saya hantar jin untuk cekik orang yang menganiaya keluarganya.
Alamak....ni dah lain pula ceritanya. Silap-silap haribulan jadi bomoh pulak saya. Terpaksalah saya jelaskan tentang prinsip rawatan Islam. Perkara yang dibenarkan dan yang tak dibenarkan. Rupa-rupanya masih ramai yang tak dapat membezakan antara rawatan Islam dengan rawatan bomoh. Sabar je la.
Untuk mengelakkan pertembungan jadual rawatan dan pesakit menunggu terlalu lama, saya menetapkan rawatan melalui temu janji yang dibuat terlebih dahulu sebelum pesakit hadir. Biasanya 2 atau tiga minggu lebih awal. Saya tak dapat terima pesakit yang 'walk in' sebab kena beri keutamaan kepada mereka yang membuat temu janji lebih awal, kecuali untuk kes-kes kecemasan dan perlukan rawatan terus.
Takkan la nak biarkan pesakit yang datang dalam keadaan kerasukan dan nak cekik diri sendiri. Tak kan nak tangguh jika ada pesakit yang datang muntah darah. kalau kita minta dia datang 2 minggu lagi dan apa-apa yang tak baik berlaku pada dia, susah kita nak menjawabnya nanti. Sebab tu, kalau tak dapat buat semua....jangan tinggal semua.
Meskipun ramai yang dah tahu kewujudan pusat rawatan saya (AKRINESeremban), tetapi masih ada juga yang sesat barat tak jumpa tempat rawatan tu. Bahkan ada yang menghabiskan masa lebih satu jam 'tawaf' di kawasan tu sebab tak jumpa dan tak nampak tempat rawatan saya. Ada la benda-benda yang menutup pandangan tu agaknya, hehehe. Yang tragisnya, orang yang tinggal di Seremban, yang selalu masuk kawasan tu yang tak jumpa.
Sedangkan orang dari jauh, sama ada dari utara atau selatan Semenanjung termasuk dari Sabah dan Sarawak tak bermasalah pun untuk sampai ke tempat rawatan saya. Hai.... zaman dah canggih sekarang ni. Kan boleh gunakan GPS atau Google Map untuk sampai ke lokasi yang nak dituju. Tak apa lah, ada yang masih selesa dengan kaedah konvensional atau tradisional. Jadi, inisiatif saya untuk mengurangkan kes sesat barat ni....saya pacak la papan tanda di hadapan puast rawatan.
Alhamdulillah....sejak wujudnya papan tanda tu, tak ramai yang sesat. Bagi saya, semuanya tu ujian. Mungkin Allah nak tengok sejauh mana kesungguhan dan kesabaran pesakit untuk mendambakan kesembuhan. Dan yang penting, biar sesat tak jumpa tempat rawatan, jangan sesat akidah.... alamat tak jumpa la jalan ke syurga. Wallahu alam.
11/20/2012
Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 2:28 pm
Subscribe to:
Posts (Atom)