• RAWATAN ISLAM AL-JAWHARI

    AHLAN BIKUM dan SELAMAT DATANG ... Konsep Ikhtiar mencari kesembuhan dengan menggunakan ayatul ruqyah dan herba-herba semulajadi dalam rawatan Insya Allah.

  • PERAWAT ANDA

    Sila hubungi saya, Ust Bukhari melalui talian 019-650 8503 (24 jam) dan email walin9@yahoo.com. Insya Allah kita sama-sama berikhtiar

  • BUKU JIN UNDERCOVER

    Buku Terbaharu keluaran AKRINE, pengijazahan amalan merawat sekiranya pembelian buku yang original ...

  • BUKU BERDIALOG DENGAN JIN [BDJ]

    Nukilan kisah rawatan oleh penulis buku berkenaan, antara Best Seller pada tahun keluarannya, RM35.00 sahaja ...

  • PENGASAS AKRINE

    TG Dr. Ust Abdul Majid bin Hassan, sila layari laman blog beliau www.akrine.blogspot.com, beliau juga penulis buku Berdialog Dengan Jin [Pengalaman Perawat] dan buku Jin Undercover.

  • AKRINE

    Persatuan Perawat Islam Nur Ehsan Malaysia [AKRINE]. Sila layari laman web www.akrine.com, bagi yang berhajat dengan Kursus Intensif Rawatan Islam, sila ambil perhatian kerana selepas KIRI 1 sahaja akan dibenarkan mengikuti KIRI Tahap 2. Tuan/ Puan/ Cik juga dipelawa menyertai FB AKRINE, selepas selesai KIRI Tahap 2, dan emailkan sijil tamat KIRI 2 ke email webakrine@gmail.com.

  • URUTAN URAT DAN SARAF

    Ikhtiar pemulihan urat dan saraf dengan Terapi Urutan Badan, samada kerana kelesuan bekerja, urutan kesihatan, urutan kelelakian mahupun urutan pakej sebelum berkahwin, suatu ikhtiar, saya mengurut LELAKI sahaja... Mahar urutan boleh dibincangkan Insya Allah

  • RAWATAN GHURAH RESDUNG

    Ikhtiar mengeluarkan lendir pada saluran pernafasan yang mana lendiri-lendir ini mengganggu sistem pernafasan seharian, almaklumlah, kita menyedut toksin-toksin yang kotor seharian. Akan dibekalkan selepas rawatan Sabun Sireh [RM8.00 sebuku] dan Sabun Resdung [RM8.00 sebuku] sebagai ikhtiar selepas rawatan Ghurah Resdung ... Insya Allah membantu tuan/ puan/ cik ...

  • BEKAM atau ALHIJAMAH

    Ikhtiar mengeluarkan darah-darah kotor di bawah kulit atau sel darah merah yang mati selepas setiap 3 bulan, sel-sel ini yang tiada tempat atau jalan keluar tersimpan di bawah kulit, Insya Allah dengan al-Hijamah mampu memulihkan atau mengeluarkan darah mati berkenaan. Ianya juga amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan Baginda SAW. Insya Allah akan memberikan kesihatan berpanjangan dengan amalan berbekam ini. Nasihat selepas berbekam akan diberikan percuma, dan darah tuan akan didiagnos sepanjang sesi bekaman badan ...

:::::: :::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog AKRINE SEREMBAN [AL-JAWHARI] :::: :::: Syukran dan Terima Kasih :::: sama-sama usahakan untuk mendapatkan kesembuhan dariNya, bergantung hanya padaNya, Tukang Doa hanyalah asbab sahaja ....

9/30/2013

Posted by Bukhari bin Hj Kadam
No comments | 11:27 am

Dah terlalu lama rasanya  tak menulis dalam blog ni. Mesti ramai yang bosan asyik melihat paparan yang sama setiap kali membuka blog saya ni. Untuk tidak mengecewakan, berikut adalah rangkuman beberapa pengalaman rawatan yang saya lakukan. Semoga dapat dijadikan iktibar.

Bagai Melepaskan Anjing Tersepit
            Atas dasar setia kawan dan nak membantu kawan yang tiada kerjaya tetap selepas bersara, Hj Razi (bukan nama sebenar) mempelawa Jidon (bukan nama sebenar) untuk menjadi rakan kongsi dalam perniagaan restoran nasi beriani dengan sedikit modal. Hari demi hari, minggu demi minggu, semakin ramai pelanggan yang datang dan hasil jualan semakin berlipat ganda. Namun ujian menimpa Hj Razi apabila isterinya sering terganggu terutama ketika berada di restoran. Pening kepala, sakit perut, rasa nak muntah dan ada kalanya meracau-racau dan marah-marah,

            Daripada sesi rawatan barulah terbongkar bahawa dia diganggu oleh jin sihir yang ‘dihantar’ oleh isteri rakan kongsi niaga Hj razi yang ada niat untuk mengambil alih perniagaan (nak cepat kaya la tu). Keadaan semakin hari semakin kritikal sehingga menjejaskan perniagaan. Jidon pula seolah-olah ‘merestui’ tindakan isterinya itu. Akhirnya Hj Razi dengan cara berhemah meminta Jidon berundur dan berjanji membayar balik modal yang dikeluarkan. Namun Jidon meletakkan syarat agar Hj Razi membayarnya 3 kali ganda daripada modal yang dikeluarkan. Demi masa depan perniagaan dan keselamatan isterinya, akhirnya Hj Razi akur dengan tuntutan Jidon. Alhamdulillah, segala masalah gangguan selesai setelah Jidon mufarakah daripada perkongsian itu. Mmmm….pelik manusia ni kan? Dah diberi betis, nak peha pula.



Penangan Saka Mantin

            Sedang bersiap-siap untuk memenuhi temu janji sesi rawatan selepas Isyak, seorang wanita Cina menelefon saya minta bantuan untuk ‘tengokkan’ jirannya yang sedang ‘mengamuk’. Wanita Cina ni ada nombor telefon saya sebab saya pernah bantu merawat mak ciknya, seorang ahli perniagaan yang disihir 2 tahun yang lalu. Saya tak sampai hati untuk menolak permintaannya walaupun cuma ada masa setengah jam sebelum sesi rawatan temu janji bermula. Sebaik sahaja tiba di rumah pesakit yang tinggal di taman perumahan berhampiran tempat saya, saya disambut oleh anak lelakinya yang baru sampai dan wanita Cina yang menelefon saya tadi.

            Rupa-rupanya pakcik yang ‘mengamuk’ tu seorang pesara tentera berusia 75 tahun dan tinggal bersama-sama isteri dan seorang anak lelakinya. Saya difahamkan sudah hampir 2 bulan pak cik ni tak tidur sama ada malam atau siang. Dia asyik membebel, meracau, marah-marah dan sesekali bertindak agresif terutama waktu malam sehingga isteri dan anaknya pun tak dapat tidur sebab risaukan keadaannya. Sewaktu saya tiba, pak cik tu dah agak tenang dan nampak biasa je. Tegap sahaja pergerakan dan ramah melayani pertanyaan saya. Mmm…dah 2 bulan tak tidur pun ‘steady’ lagi ye. Siapa la yang beri pak cik ni ‘tenaga’ yang luar biasa ni? Sesi ruqyah dan diagnos mendapati pak cik ni ada gangguan saka yang agak kuat dan dah lama bertapak dalam badan. Barang kali saka orang tuanya dulu yang berasal dari Mantin sebab asyik menyebut nak balik ke Mantin je. Saya cuba ‘deal’ agar semua jin saka tu keluar dengan cara baik dan berhijrah sama ada ke Serambi Madinah atau ke Darul Islah. Jika tidak mereka akan mati keracunan jika masih nak duduk dalam badan. Saya bekalkan air ruqyah untuk diminum dan bermohon diri untuk meneruskan jadual rawatan.

            Malam tu, selepas rawatan, saya dimaklumkan bahawa pak cik tu dapat tidur lena tetapi terjaga jam 4 pagi lalu membuka pintu dan tingkap rumah cuma tidak agresif macam selalu. Selepas Subuh, dia tidur semula dan tak bangun-bangun sehingga jam 5.00 petang. Ketika dikejutkan dia amat tidak bermaya dan terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Setelah 2 hari di hospital, pak cik ni menghembuskan nafasnya yang terakhir. Al-Fatihah untuknya…



Gangguan Jin Pencawang TNB

            Halim (bukan nama sebenar) murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR tak berapa lama lagi. Masalahnya selalu terhalang untuk ke sekolah. Ada sahaja aralnya. Sakit perut lah, demam lah, terlewat bangun lah dan macam-macam lagi. Yang peliknya selepas ibunya kata tak perlu ke sekolah dan berehat je di rumah, dia terus sihat dan ceria. Ni yang merisaukan ibunya sedangkan peperiksaan semakin hampir. Halim bukan budak bodoh bahkan antara murid harapan sekolah untuk cipta kecemerlangan dalam UPSR. Sewaktu di rumah, Halim suka bersendirian dalam bilik dan kadang-kadang ibunya terdengar Halim sedang bercakap-cakap dengan seseorang. Apabila ditegur atau ditanya, Halim akan bertindak agresif. Biasanya berlari ke dapur mengambil parang atau pisau dan cuba membunuh diri.

            Sewaktu saya sampai di rumahnya pada suatu petang setelah ibunya menelefon saya perlukan bantuan, Halim sedang berada di dapur sambil memegang sebilah pisau dan dihalakan ke perutnya. Ibu dan makciknya masih berusaha menenangkan Halim agar tidak terus bertindak ganas hingga membahayakan dirinya. Saya terus membacakan ayat melumpuhkan tindakan jin sehingga Halim menjadi lemah dan melepaskan pisau dalam genggamannya. Sesi ruqyah dan dialog mendapati Halim diganggu sekumpulan jin yang berkampung di pencawang TNB di hadapan rumahnya. Jin-jin tu bukan Islam dan mempunyai nama yang pelik-pelik seperti ‘Damarkuszaskas’. Entah apa la spesies. Mereka mendakwa bukan nak ganggu Halim, Cuma nak berkawan sebab kesian budak tu selalu keseorangan (memang Halim tu anak tunggal). Alhamdulillah setelah sesi dakwah dan tanzir, jin-jin tu mahu beriman dan berhijrah ke Serambi Madinah. Saya menamakan mereka dengan nama-nama Islam dan berhijrahlah komuniti jin pencawang TNB tu ke Serambi Madinah. Sejak hari itu, Halim tak terhalang lagi untuk ke sekolah dan dapat menduduki UPSR 2013 dengan jayanya.


Akibat Buat Kerja Agama Untuk Dunia

            Ustaz Hj Yunus (bukan nama sebenar) seorang kadi sebuah daerah di Negeri Sembilan ni bersungguh-sungguh nak berjumpa saya. Cuak dan cemas juga saya dibuatnya. Maklumlah kadi nak jumpa orang macam saya. Nak ‘check’ kaedah rawatan saya kot. Mana tau ada yang buat aduan tidak benar tentang pusat rawatan saya tu (Rawatan Islam Al Jawhari, Akrine Seremban). Pada masa yang dijanjikan beliau datang bersama-sama isterinya.

            Kegusaran saya reda sedikit apabila beliau menyatakan keinginan untuk buat ‘scan’ sebab sejak beberapa minggu kebelakangan ni badan rasa sakit-sakit, demam tak kebah dan fikiran agak bercelaru. Saya tunaikan je maksud kedatangannya tu. Belum pun sempat saya menghabiskan bacaan ruqyah, tiba-tiba badan Ustaz Hj Yunus menggeletar dan suaranya bertukar garau memarahi saya sebab menganggu ‘dia’ Fahamlah saya rupa-rupanya jin yang mengganggu tuan kadi ni dah respons. Diringkaskan cerita, jin tu memang dihantar oleh seseorang yang sakit hati dengan tuan kadi berkenaan yang dikatakan memalukan dia dalam satu ceramah. Yang tragisnya tuan jin tu merupakan salah seorang pegawai masjid tempat Ustaz Hj Yunus berceramah beberapa minggu yang lalu. Setelah ‘berunding’ dengan jin tu, Alhamdulillah, dia sedar kesalahannya dan bersedia keluar dengan cara yang baik dan berhijrah ke Serambi Madinah (jin Islam).

            Selepas tersedar dari kerasukan, dahi Ustaz Hj Yunus berpeluh-peluh. Dia bercerita kepada saya tentang program ceramah Maulidur Rasul anjuran sebuah masjid yang menjemputnya menyampaikan ceramah. Umum sahaja isi ceramahnya tentang sifat-sifat rasul yang wajib diteladani. Cuma beliau ada kaitkan dengan sesetengah golongan agama yang mengkhianati amanah orang ramai terutamanya yang melibatkan kewangan. Siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Agaknya hamba Allah berkenaan terasa seolah-olah ustaz menyindirnya, lalu meluap-luaplah amarahnya sehingga sanggup bersekongkong dengan syirik untuk menghancurkan orang lain yang dianggap musuh. Syukurlah…segala-galanya telah berakhir dan khabarnya orang yang berkenaan telahpun memohon maaf kepada tuan kadi atas perbuatannya tu. Begitu indahnya kehidupan beragama andainya kita sudi saling memaafkan….

           

0 comments:

Post a Comment

.

HUBUNGI

Rawatan Islam al-Jawhari [Akrine Seremban] dikelolakan oleh Ustaz Bukhari b. Hj Kadam secara part time sahaja. semua rawatan adalah berdasarkan janji temu sahaja dan semuanya perlu mengikut masa yang telah diberikan.

Suatu ikhtiar dalam rawatan gangguan makhluk halus, sihir, saka, jin asyik, urutan badan bagi lelaki dan bekam darah/ angin serta rawatan resdung/ ghurah. Insya Allah membantu sekadar ilmu yang Dia pinjamkan pada saya sahaja. Saya hanya Tukang Doa sahaja, tiada lebih dari itu.

Alamat Pusat Ikhtiar Rawatan:
No 700 Jalan Semarak 13
Taman Panchor Jaya
70400 Seremban
Neg Sembilan


Sila hubungi :
Tel : 019-650 8503
Email : walin9@yahoo.com